Assalamualaikum
Hari ini agak rajin. Majoriti baju kurung, kain batik, seluar dan lain-lain habis saya gosok. Ke'rajin'an menggosok helaian-helaian pakaian yang agak banyak tu semuanya berpunca dari ke'tidak-cukup-kering'an dalam cuaca musim sejuk ni. Dalam tengah menggosok telekung tu, tetiba teringat pulak zaman kat skolah asrama dulu.
Begini ceritanya.. Mari baca (ceh, bajet menarik aje)
Sewaktu di SMKA (tingkatan 1 sampai 3) antara rutin mingguan sebagai budak hostel adalah membasuk telekung. Wajib. Mesti basuh. kalau miss rasa tak best aje nak guna telekung tu. Lepas basuh dengan sabun Dobi (jenama paling glamer kat asrama sebab banyak buih - puas rasanya kalau basuh baju ada buih banyak), kemudian disusuli pula dengan celupan soflan yang wangi itu dan terakhir skali disudahi dengan celupan nila Ujala (ingat lagi tak sahabat-sehabat sehostel - jenama nila paling glamer) agar nampak putih berseri walaupun hakikatnya kaler seperti marjerin. Lepas siap sidai, kering dan angkat - sebelum guna semula, telekung tu mesti dah digosok rapi. Rasa suka sangat bila pegi solat dengan telekung yang wangi bersinar dan tegang aja nampaknya. Tenang. Kalau salah satu step ni tak buat, mesti rasa tak kena.
Waktu tu, terutamanya di tingkatan 1, surau tu bestfriend. Al-qur'an juga. siap nangis-nangis lagi kalau baca Qur'an. Sampai senior yang duduk bawak katil pun pelik, nape lah budak ni asyik nangis aje (owh~ thiqah sungguh waktu itu) Kehidupan di asrama seawal usia 13 tahun memang sayu. Selalu risau tak tentu punca. Risau ibu kat rumah, ayah kat tempat kerja. macam-macam. Sebab tu lah alhamdulillah bleh jadi bestfriend surau dan qur'an. sebab tak de orang lain nak cakap. kalau cakap pun dengan orang, kesian pula. nak cakap sakit, tak tau sakit ape. kalau cakap homesick, tak tahu pula nak bagi ubat apa.
Berbalik kepada kisah telekung, bila kita rasa macam dekat dengan Dia, rasa semua benda nak jaga. Benda yang selalu nampak jarang orang buat adalah telekung. Waktu tu selalu terfikir, bila nak pegi sekolah, kita semua mesti gosok baju, betul tak? Kita selalu sekali jaga penampilan depan guru mahupun rakan. Apatah lagi kalau yang ada partner main-main mata. Tajam je side kat lengan baju kurung. Kalau lelaki, kat seluar tu lah. Lagi-lagi hari Isnin, mesti tegang punyalah. Siap kalau nak duduk dalam kelas, ada sesetangahnya, duduk adjust cukup baik tak nak nampak baju jadi komot. Nampak kemas lagi presentable gitu.
Tapi terkadang (atau selalu?) kita ter'lupa' nak jaga penampilan kita bila jumpa Dia. Ada sesetengahnya selalunya basuh hanya bila nampak kotor, apatah lagi nak menggosoknya. (Maaf siap-siap ya pada yang tak macam ni, tapi dari pemerhatian mata yang dua ini masih ramai yang begitu) Cuba cek balik telekung kita. Ada tak cik itam si bulat yang selalu membiak banyaknya di bahagian bawah dagu atau kekek? Atau cuba kita cek bawah lampu ke, ada tak peta negara 'asing' kat telekung yang elok terletak tanpa sedar bila kita tertidur. Cek-cek jangan tak cek.
Dek kerana fitrah mengatakan Allah itu penguasa Paling Agung dan Paling Tinggi, maka akal yang suci waktu usia belasan tahun waktu itu mewajibkan diri untuk melakukan kesekian proses yang disebutkan di atas terutamanya bab gosok tu. Waktu tu memang rasa pelik sangat orang yang bila pegi sekolah baju sangat cantik rapi, tapi apabila ke surau, ala kadar. ronyok aje nampak. kadang-kadang ada sesetengah kita (minta maaf ya cakap) bau telekungnya satu macam. Tak tahan sungguh kalau berdiri bersebelah di saf yang sama.
Dalam saf yang sampai beratus, terasa nak jadi hamba yang boleh di'spot' oleh Allah walaupun dengan hanya penampilan. Allah memang memandang taqwa itu dari segala-galanya. dan harapnya, telekung yang bersih dan tenang tu mampu jadi pencetus segalanya.
tamat cerita
Huhu...
Dah lama sangat perkara tu. Bila dah kat Jordan yang kurang air, ditambah lagi dengan cuaca kering, hampir terlupa saya pada rutin yang pernah sebati dengan diri. Kadang-kadang telekung yang renyuk juga saya pakai tanpa sedar. (maknanya sensitiviti saya makin kurang.... adeh)
Kerana saya rasa lebih tenang hidup yang dahulu, saya nak menyeru kepada diri saya sendiri dan kawan-kawan semua, jom kita jaga penampilan kita depan Dia. Tak perlu setiap hari basuh, tapi kalau kita punya rutin tetap basuh telekung alangkah bagusnya. kebersihannya lebih terjamin. (seminggu sekali ke, dua minggu sekali ke, kalau yang negara sejuk kering sebulan sekali pun ok lagi rasanya) ikut kesesuaian masing-masing. Sebulan sekali ke kita gosok, lepas solat kita lipat elok-elok. Teratur nampaknya kan.
Moga atas asbab usaha kecil ini, Allah pandang kita lebih insyaAllah..
P.S: Lama banget tak menulis (menaip sebetulnya) terasa skemanya ayat yang digunakan. Layan je lah aah~
Walk in Titiwangsa.
14 hours ago
3 silent voices:
Saya pun mula belajar menggosok telekung di asrama.. haha... (bila tengok methink punya telekung tegang kot) =D
Betul2. kalau telekung putih bersih dan tegang (x kedut2), lagi khusyuk dan semangat nak solat...
methinks to fez >
hoho, ye lah tu. kat skolah dulu mane kenal sangat. Sbb insiden 'tarik-tarik tali' baru lah tau huhu
betul2
suka sangat kalau telekung baru basuh dan wangi, kemas dan cantik
~indah dan cantik itu menenangkan...~
Post a Comment