Surat terbaru sampai jugak ke tangan akhirnya. Setelah mendapat asakan mesej daripada mak, "dah dapat ke belum?" hehe sori ye mak sebab lambat ambik ^^ miss u.
Hmm, surat dari penulis yang sama (orang yang paling rajin menulis surat) dan tulisan yang tidak pernah berubah. Siapa lagi kalau bukan ayahanda tersayang *wink*. Terharu rasa. Kawan2 pun dah hafal siapa yang selalu bagi surat, dengan gaya bahasa yang bersastera (hikhik)... owh, tak sangka bapakku seorang yang begini. Masa dulu2 kat Malaysia tak pernah dapat surat peribadi macam ni. Tup tup bila first surat diterima pada 2002, hadoi, nak nangis rasa, dengan gaya bahasa yang menyusuk di hati... trimas again ^^
Sebab tu kadang2 kalau difikir, bila berjauhan begini, rasa macam lagi banyak memahami apa yang ibu bapa kita rasa kat Malaysia tu. Segala perasaan diluahkan (tak kiralah dalam apa jua medium). Segala harapan dicurahkan (tak kiralah dalam apa jua medium). Walaupun jauh tapi dekat dihati. Subhanallah...
Bila kita dah besar ni, dah mencapai tahap kematangan yang ibu bapa kita pun percaya untuk berkongsi cerita dan pandangan tentang keluarga, tentang adik-adik, tentang rumah, tentang pelaburan jangka panjang, tentang masa depan etc, rasa seronok menjalar dihati. Dah pandai rupanya kita berfikir. Dah pandai rupanya kita mencari penyelesaian.
"Dah besar rupanya anak aku"
"Dah besar rupanya aku"
Teringat pesanan bapak semasa di airport 5 tahun lalu, masih segar terngiang-ngiang di telinga ;
“Satu je pesanan bapak, jaga nama baik keluarga. Jangan conteng arang di muka mak bapak. Jangan risau pasal mak dengan keluarga. Yang penting belajar”
Aduss, pesanan apakah ini…sangat menyusuk di hati.
“Insyaallah”
Inilah sebuah harapan. Dari dulu sampai sekarang memang inilah harapan sepasang ibu dan ayah. Walau dari ceruk mana pun mereka datang, bangsa mana pun mereka dilahirkan. Alhamdulillah, apa yang dijanji masih mampu ditunaikan sehingga ke saat ini. Kumohon agar ianya berkekalan...
p/s sorila, post kali ni dan sebelum ni agak menusuk (diri sendiri). Homesick agaknya ^^ buat sahabat2, ingatkanlah diri ini selalu agar tidak tersasar... trimas! menunggu komen dari fez ngeh3
Walk in Titiwangsa.
14 hours ago
13 silent voices:
akk!
eh muka org jawa la ayh akk ni..(jawa lagi):p
surat ayah akk menjadi tatapan kami sume.. kitorg pun turut sayu membacanya.
petikan surat: "Dah 6 tahun belajar susah-susah, tinggal 6 bulan je lagi" Caya lah akk.. kitorg mendoakan juga.
6 bulan je lagi. caiyokkk.. Sabarlah menghadapi rotation ini yeah.
p/s: reservekan seat utk kami dtg special konvo kat amman nnti. heh.
akk meng'induce' homesick adik2 lain..hoho..
selamat berjaya!
insyaAllah kitorang doakan kakak2 berjaya grad with flying colours!, menjadi sumber inspirasi dan motivasi adik2 semua.. cecece (betul ni x tipu)
ingat pesan mak bapak..jangan menconteng arang di muke mereka
hehe... anak solehah la katekan.
selamat menghadapi rotation niiii..
salam..
hemoi2.tak sangka u dah nak grad kan..6 tahun jd 6 bulan..6thn 6 bulan(leh buat novel;P)..ingat time dulu2 mula2 dtg cni, u br nak masuk thn 3(baru nak blaja system mss,endocrine,git...hikhik) sekarang BOBOM! dah blaja management surgery..departMent Of Internal MedIcInE..UuuuUUUuu gempak2..TUP2! nanti tinggal lagi 6 hari..dtg family kasi surat(edisi ke-2) kata..Kak ya,dah 6 tahun blaja,6 bulan dah lepas..tinggal 6 hari lagi hehehe..apepon TAHNIAH KAK!kuatkan usaha..tabahkan hati..semangat nk abiskan blaja medic..gembira dah nak jd true-DoC..sedih tapi kan nak tinggalkan JorDan.(tkpe sempat gak kot rasa GaS 10JD hehehe)..nanti kalau mengidam syawarma..kitorg bawak balik(skali basi).takpe yang penting InsyaAllah akak semua akan jd DoC-IsLaM yang PowER2..k jumpa lagi tata salam
I'm sorry to say but recently this blog becoming less and less informative. Kategori 'diary' nampaknya berada pada tempat kedua selepas selepas 'tazkirah'.
Harap lepas ni, blog ni dapat menghasilkan lebih banyak artikel ilmiah/akademik sesuai dengan tahap kematangan para penulis. Tak salah nak tulis diary, tapi kalau asyik2 diary, maka silalah ke kedai stationary dan terus membeli diari.
7 orang penulis takkan tak dapat menghasilkan gabungan idea yang mantap...
(bukan blog kau pun, lantaklah)
hmm.. mungkin jadi 'less informative' utk sesetengah org. tp tetap 'motivative' utk yg lainnya...
inilah dia kepelbagaian dalam corak penulisan dan penyampaian.tak stereotaip katanya.
terima kasih atas komen yang membina. insyallah ke'informative'an akan di pertingkatkan dr semasa ke semasa..
betul3..'motivative' utk yg lain..
but then we can give more ryte(^^)
salam buat mr saifuddin,
terima kasih byk atas komen yg agak membina.dan terima kasih krn ambil berat ttg perjalanan blog nih.utk pengetahuan mr s, sebelum terbinanya blog ni, kami tidak sempat utk duduk semeja 7 org berbincang mengenai pengisian2 yg bakal dimuatkan di dlm blog ni.either tazkirah/motivation/ fikir/news/diary/uncategorized, terpulang kpd masing2 utk berkongsi idea dan cerita.
kehidupan adalah sebuah cerita. di dalamnya terkandung banyak pengajaran dan peringatan jika pandai mencarinya. terpulang kpd pembaca utk menilai dan mentafsir sesebuah karya. mgkin bg sesetengah orang menganggapnya sbg picisan, tetapi bg sesetengah yg lain sesuatu yang ada nilainya.
menurut pengamatan saya, dlm byk2 blog yang wujud di alam maya ni, pasti ada kisah hidup blogger tersebut utk dikongsi bersama. kecuali ada satu blog je yg saya jumpa stkt nih yg mmg fully tazkirah.
insyaallah kami akan cuba utk membaiki kelemahan blog ni. hrp2 bermanfaat buat semua.
p/s lepas ni bolehlah tlg supply diary utk semua warga SOL ^^
terima kasih krn ambil berat ttg perjalanan blog nih
oh maaf, ada silap tafsiran di sini. saya tak ambik berat pun.
owh janganlah segan Mr. Den kalau ko mengambil berat. xder 'orang lain' tau nyer. ngeh ngeh ngeh.
betul kata muui & fez. maybe blog2 banyak citer pasal kehidupan sendrik yang pada orang lain jadi pengajaran. sebagia contoh: Study rajin-rajin supaya time exam tak blank. Ha kan menjadi tauladan kepada semua orang? (jangan marah Din, kita kan sekampung)
Teruskan berkarya.
terima kasih atas galakan berkarya buat kami ^^
terima kasih juga krn mengomen dgn tenang dan ceria ^^
kosong-kosong buat semua
nak komen jugak
tergelak pun ada bila membaca komen-komen atas ni
macam entry pertama dulu, rasanya pernah saya nyatakan yang majoriti entry dalam blog ni mungkin didominasi dengan cerita / diari kehidupan.
tapi tetap satu teguran yang membina.
one thing- nama blog pun... ~SCHOOL OF LIFE~
so pengalaman kehidupan seharian terselit seribu satu pengajaran yang Tuhan nak sampaikan sebenarnya..
either we take it or leave it
ambillah iktibar, mana yang bermanfaat..
salam sis sume..
1st tym drop comment..hik3..
cm sorg kanak2 tgh menyebok ngn rmai org besar je..:((
just nk ckp...saya amatlah suke bace post esp. yg kt bhg diary...
kak alia ni kt umah cm cool je ek..homesick jgk rupenyer..xpe kak..sikit lg..be strong!!
doakan saya...long journey to go..
more,more n more to achieve..
may Allah inspire us..ameen.
Post a Comment