Batu pun cukup untuk apa??
Untuk main batu seremban, 7 biji batu memang mencukupi.
Untuk melontar jamrah pun, memang guna batu, asalkan cukup.
Tapi untuk melawan tentera yahudi, cukupkah dengan batu?
Topik tentang Palestin sering menjadi buah butir pebualan kami dalam kumpulan se'round' di hospital sementara menunggu kedatangan doktor memandangkan hampir separuh dari ahli kumpulan kami berasal dari Palestin.Malah mereka turut memiliki pasport Israel untuk memudahkan laluan keluar masuk ke luar Israel.
Kebanyakan rakan-rakan dari Palestin yang saya kenal tinggal di Jerusalem. Ada juga yang berasal dari Hebron dan Qalansawa.
Berminat untuk mengetahui pengalaman mereka secara 'live', kerana selama ini kita hanya menonton televisyen, membaca akhbar tentang kekejaman tentera ISrael pada saudara-saudara kita di Palestin, lalu saya pun bertanya kepada salah seorang rakan saya.
Saya: Awak ada pengalaman baling batu pada tentera Israel tak?
Rakan : Mestilah. Saya ingat masa kecil-kecil dahulu, saya dan kawan-kawan baling batu kat askar Israel. Mereka mengawal di merata-rata tempat. Kami baling tanda 'protes'.
Saya : Nasib baik dia tak tembak korang semua.
Rakan : Lepas baling kami lari terus.
Saya ketawa kecil. Dalam hati rasa kasihan sangat. Jika ingin dibandingkan dengan keadaan di Malaysia, batu-batu itu hanyalah diguna untuk membaling anjing hitam yang mengejar. Namun di bumi Palestin, mereka hanya punya batu-batu untuk memprotes. Apalah sangat 'kuasa' yang ada pada batu untuk mengalahkan tentera Israel yang kejam itu.
Pernah satu ketika juga ketika saya berbual dengan mereka tentang 'martial art' yang ada di seluruh dunia.
Rakan : China, Korea semua ada martial-art masing-masing. Di Malaysia ada x 'martial-art' tersendiri?
Saya : Mestilah. Namanya 'silat. Stepnya like lil-bit like a dance. Kami pun praktis taekwondo, kungfu, bla bla...
Rakan : Kholas. Di Palestin kami guna batu saja.(selamba rakan saya menjawab)
Saya terus terdiam. Nak bergenang juga air mata tiba-tiba. Tidak sangka tajuk yang kami bincangkan tadi turut mengingatkannya tentang tanahairnya yang sedang dijajah.
Saya : Ingat, live with dignity or die as martyr!
Rakan : Insyallah kami akan cuba berjuang dengan ilmu dan teknologi yang kami ada.
(Mudah-mudahan kamu berjaya wahai sahabat. Semoga kamu tidak leka dan lupa dengan jawatan dan kemewahan yang kamu bakal depani yang mungkin membuatkan kamu terus berhijrah meninggalkan bumi Palestin itu. Terus mekarkan semangat juangmu!)
Setiap kali mereka melepasi sempadan Jordan-Israel, hati mereka membuak-buak, geram melihat keangkuhan tentera Israel yang berkawal bebas, berlagak dengan bangsa Arab Palestin, bangsa asal di situ.
Semangat rakan-rakan Arab lain yang tinggal di Jordan, Syria mahupun Arab Saudi tidak sekental sahabat-sahabat Palestin. Mungkin kerana mereka di Palestin lebih menyaksikan keangkuhan tentera Israel di tempat mereka. Justeru mereka lebih merasai semangat itu. Rakan-rakan yang berasal dari Jordan masih lagi boleh menerima tolak ansur yang dibuat di antara negara Jordan-Israel. Kata mereka, 'we are brothers'.
"Brothers apa macam tu, buat zalim kat adik beradik." Fikir saya dalam hati. Mereka turut senang mengaku, "Dah dasar kerajaan Jordan yang memang baik dengan Israel dan US, so what can we do??"
Saya perasan riak wajah rakan-rakan Palestin. Saya yakin di sudut hati, mereka memberontak walau apapun tindakan Israel atau US terhadap negara mereka. Walaupun keluarga mereka tinggal di zon selamat seperti di Jerusalem dan sebagainya, rasa tercabar tetap ada selagi tanah Palestin itu masih diduduki Israel.
Al-Aqsa??
Saya : Awak pernah solat di Masjidil-Aqsa?
Rakan : Pernah. Ramadhan 2-3 tahun tahun yang lalu. Saya solat di sana pada Malam
Lailatul-Qadar sehingga 'Jumaat Yatim'. (Dalam hati saya, seronoknya mereka dapat bersolat di tanah suci itu, tanah yang turut disebut namanya dalam Al-Quran)
Saya : Boleh ek masuk solat dalam masjid tu?
Rakan : Boleh. Tapi memang ramai tentera Yahudi berkawal di luar masjid.
(Menurut rakan saya, Jumaat Yatim merupakan hari Jumaat pada minggu Lailatulqadar tersebut. Kalau saya tidak silap faham)
Di sebalik wajah tenang itu, seolah terdengar rintihan hatinya, "Biarkan kami solat di tanah suci itu dengan aman Ya rabb.."
Sampai bila??Saya : Sampai bila Israel nak keluar dari negara kamu?
Rakan : Sehingga ada kesatuan dalam umat Islam, mungkin.
Saya : Ada hikmahnya apa yang berlaku. Saya pernah dengar tazkirah dari seorang
ustaz tentang bumi Palestin. Kata ustaz, sememangnya orang Israel akan
dikumpulkan di bumi Palestin sehingga turunnya Nabi Isa pada akhir zaman
nanti untuk membunuh mereka semua di bumi itu, bagi menyaksikan kemenangan
umat Islam di akhir zaman. So, kita sedang melalui semua itu. Sama-samalah
kita berdoa dan sabar.
Rakan : Insyallah.
Berita terkini dari Palestinkini, Gaza memang telah kehabisan ubat bius @ anesthetics. Justeru, mungkin banyak pembedahan-pembedahan untuk menyelamatkan nyawa dibuat dalam kesakitan yang amat dahsyat ditanggung oleh para pesakit. Masya-allah. Berikan mereka ketabahan dan kekuatan Ya Allah.
Gaza turut diserang lagi.
Lagi? Lagi?
Berikan perhatian pada isu yang tidak pernah 'sejuk' ini. Show, that we are concern about them!
Titipkan doa buat mereka di akhir solat kita. Ingat ! Umat Islam adalah bersaudara. Sekurang-kurangnya ada bukti usaha kita membantu mereka. Do not be ignorant!
Walk in Titiwangsa.
13 hours ago
12 silent voices:
sedeynye.. tapi fez tak tanye ke..
"ko minum pepsi tak?" heh~
oh lupa nak tanya. nanti kalau ada masa borak time doktor x dtg lenkali kte tnya.. hehhe insyallah.
bercakap tentang palestin
apa sebenarnya yang dipertahankan? masjidkah? atau muslim?
masjid sekiranya diruntuhkan sekalipun, boleh dibina semula. 1000 kali runtuh 1000 kali kita bina
tapi seorang manusia sekiranya dibunuh apakah boleh dihidupkan semula? siapakah manusia yang dibunuh itu? Muslim
ketika Abrahah dan tentera bergajahnya ingin menyerang Kaabah, Abdul Mutallib telah ditanya oleh Abrahah, "Apa yang kamu mahu?"
Lalu jawab Abdul Mutallib, "Aku hanya mahu agar raja (Abrahah) mengembalikan 200 ekor unta yang dirampas dariku"
Abrahah lalu berkata, "Pada awal saat aku melihat engkau, aku kagum dengan engkau. namun aku jadi memandang rendah terhadapmu apabila engkau memberitahu keperluanmu. Kenapa engkau berbicara tentang 200 ekor unta yang aku rampas? dan engkau membiarkan rumah tempat ibadatmu, milik agamu dan agama nenek moyangmu yang akan aku hancurkan, mengapa engkau tidak menyampaikan tentang hal ini?"
Seraya Abdul Mutallib menjawab
"Sesungguhnya aku adalah pemilik unta-unta tersebut, sedangkan tempat ibadah itu ada pemilik (Tuhan) yang akan melindunginya"
bukan masjid yang kita pertahankan, tapi muslim.
maaf jika komen ini nampak blasphemous
100% sangat2 setuju dgn komen di atas
betul! bukan masjid yang kita pertahankan, tapi Muslim
kerana itu, disebabkan ramai yang mungkin terlalu menumpukan tanah palestin dan masjid suci Aqsa, ramai yang terlupa nasib dan perihal saudara Muslim kita yang ditindas di merata dunia
Chechnya.. tahukah kita masih ada gerakan mujahidin yang bergerak dan bersembunyi di hutan2 di sana?
Kosovo.. isu lama yang kononnya biarlah NATO yang tanganinya
sejarahnya, pernah kita kaji..?
apabila kosovo sendiri yang minta keluar dari pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah satu ketika dulu, apa yang kita rasa?
Afghanistan.. sejarah jatuh bangun Islam di sana
Iraq.. isu yang sepatutnya tidak boleh dilupakan- campur tangan pihak US yang sangat ketara, dalam perang-perang yang disertainya.. Perang Iran-Iraq 80-88, Perang Teluk- 90-91, dan Perang Iraq US/ Perang Teluk 2 2003-sekarang
Jangan dilupa umat Islam sbelah negara kita, Thailand, Indonesia dan Filipina..
Bagaimana pula dengan umat Islam di Kasymir? Masih dengar lagikah berita mengenainya?
Semua memerlukan perhatian dan doa kita..
Tapi Palestin tetap tanah suci umat Islam yang perlu dipelihara, warga dunia kini seolah-olah melihat Palestin dan Masjid Aqsa sebagai satu simbol kebanggaan Islam..
Fokus utama dunia
Apabila jatuhnya simbol kebanggaan itu, maka seolah-olah jatuhlah Islam itu sendiri
Jika kita kembali mendapatkan semula Palestin, seolah-olah Islam itu telah menang seluruhnya.. Ingat Perang Salib?
Apepun.. betul, bukan masjid yang kita kejar, tapi Muslim yang kita pertahankan
Allahummansuril islama wal muslimin
p/s: mungkin SOL boleh buat artikel2 perihal umat Islam sedunia yang ditindas selain Palestin..
cadangan saje
Kenapa mesti memilih untuk mempertahankan yang mana satu? Bukankah keduanya saling memerlukan dan kita perlu pertahan kedua-duanya? Orang Muslim perlu pertahan MasjidilAqsa dan MasjidilAqsa juga perlu bertahan sebagai sumber semangat pejuang Muslim.
Masjidil Aqsa...
Sejarahnya turut tercatat dalam al-quran (17:1).Umum mengetahui, sekiranya runtuh masjidil Aqsa,pastinya tercetus kemarahan seluruh umat ISlam kerana simbol agama islam secara langsungnya turut tercemar. Dengan adanya masjid itu juga para mujahidin dan rakyat palestin terus bersemangat mempertahankan tanah itu. Mana mungkin mereka tegar melihat masjid itu terus dikepung Yahudi?
Tambahan pula, sekiranya masjid yang satu itu diruntuhkan dan dibinanya 1000 masjid lain, samakah? Manakan sama Masjidil Aqsa dengan Masjid Jamiah Yarmouk. Kewujudan masjid itu juga masyhur dalam hadis2 Rasululullah SAW.
Muslim perlu dipertahan?
Ya sememangnya benar. Saya terfikir 2 cara.
Pertama: Pertahankan Islam dalam Muslim itu.
Kedua : Pertahankan jasad muslim yang sebenar-benar muslim (Baca: Muslim yang mempraktikkan Islam)
Kenapa penting?
Mestilah penting. Islam tertegak dengan adanya Muslim. Kalau tiada muslim, bagaimana nak nampak Islam? Setakat wujudnya bangunan berciri binaan ISlam? ataupun tinggalnya Al-Quran lapuk tidak berbaca? Sudah tentu tak cukup....
Kita tidaklah berada di 2 persimpangan di mana kita perlu memilih untuk mempertahankan Masjid (Baca: masjidil Aqsa) atau muslim kerana kedua-duanya penting.
Isu umat ISlam di seluruh dunia? Jangan tinggal juga. Tetapi kita jangan lupa 'sometimes' lokasi saja berbeza, tapi musuhnya jika dikaji hingga ke akar umbi,rupa-rupanya tetap sama. Jangan palingkan pandangan kita dari isu Palestin semata-mata kerana timbulnya ISu di tempat lain. Kerana ia mungkin menjadi taktik musuh Islam itu, diwujudkannya krisis di tempat lain agar kita lupa bumi Palestin yang sentiasa perlu keprihatinan kita.
Kesimpulannya: Selagi ada daya kita, pertahankanlah Islam (Segalanya...) Teringat keratan hadis 19 dalam hadis 40 yang bermaksud..Be mindful of Allah, and Allah will protect you. (Peliharalah Allah dan Allah akan memelihara kamu).
hmm.. ada betul jugak apa yang fez cakap
haa.. alang2 kalau fez tny pasal air pepsi tu kat diorg, tnykan sekali atas dasar ape diorg ni nak mempertahankan palestin..
(cam nak buat coursework pulak)
hmm.. good question. sbbnya kalau atas dasar 'wataniah' semata pun x guna kan.
kwn sekolah,
tanyalah kawan sekolah punya member pulak.
kenapa saya kata boleh bina masjid lain.
sebab masjidil haram yg kita buat umrah/haji sekarang ni bukan masjidil haram zaman nabi dulu. kaabah zaman skrg tak sama dgn kaabah zaman nabi. tapi pahala solat kat situ still sama.
mulia masjid kerana kawasannya yg disebut Allah/nabi. bukan struktur. masjid nabawi zaman nabi kecik je. la ni dah besar. so kawasan masjid yg dibesarkan tu pun dikira masjid nabawi n dpt pahala sama klu solat kat situ.
klu umat islam kata palestin hak mereka sbb ada masjid, yahudi pun buleh claim palestin hak dorg pasal ada haikal sulaiman. mmg la kite kate dorg salah psl kite tgk dr point of view kite. dorg pun yakin dorg betul. dorg yakin dorg ni the chosen one. kaum lain ghoyyim
zionis pun bukan nak sangat masjidil aqsa tu. apa je dia boleh buat kat masjid. dr dulu lagi kata masjidil aqsa nak diruntuhkn tapi xruntuh2 pun (pasal kite yakin ada Pemilik yg menjaga). tapi yg pasti kite punye adik, abang kakak setiap hari ada yg jadi mayat. pasalyg zionis nak bkn masjid tapi nak bangsa lain tunduk kat kekuasaan dia.
tgk kat palestin, nak solat kat masjidil aqsa ada askar zionis jaga. kdg2 dia tak bagi pun solat. klu tak nak bg solat, runtuhkan jela, apa susah.
tapi dorg nak bukan masjid, tapi ketundukan bangsa lain kat dorg. nak solat kena mintak kebenaran dorg, so maknanya kena tunduk kat dorg walaupun nak solat.
nampak tak poin saya ni? sorila macam karangan la plak.
erm.. ade sorang je kut rasernye
pernah sembang ngan dier, dier kate dier duduk kat ntah la tak ingat nama tempat tu..
tapi dier kate tempat dier aman je.. (sebab kawasan yang memang israel dah amik kita rasa, bukan tebing barat ataupun gaza yang masih lagi palestine territories)
tapi dier still bangga mengaku dier org palestin
so.. takde la pengalaman bertanya kawan2 palestin yang berdepan dengan buldozer/ keta kebal/ n orang israel hanya dengan batu....
jd point anda en. saifudin, adakah kita atau muslim lain xperlu pertahankan masjidil Aqsa itu?
lorr mestila kena defend jgk... cumanya skrg ni defend masjid bukan sebab utama. pasal umat islam dh jadi mcm zmn abrahah nak serang mekah. takde power. so yang kita mampu cuma tlg muslim saje. camne?
tu yg ada fatwa boikot tu. boikot utk selamatkn nyawa muslim. xdela plak kite boikot spy masjidil aqsa tak kena runtuh. kita serahkan urusan masjid tu kpd Pemiliknya. Allah Maha Mengetahui.
petik sikit kata ulama saper tah,
"anda tidak akan mati kalau anda tidak boikot. tapi ada orang yang akan mati kalau anda tidak boikot"
so, kita nampak kat sini isu palestin adalah soal nyawa umat islam. bukan isu masjid.
tu yg saya fikir la. anyway, u have made your poin.
Oklah tu.Make it clear, supaya tidak lah nampak ke'blesphemous'an itu. Barulah difahami melalui komen yang baru sebentar tadi bahawa point anda ingin pertahan kedua-duanya, tapi keutamaan sekarang lebih kepada mempertahankan muslim, dan masjid itu kita tetap usaha dan letakkan tawakal kerana pemiliknya sedang menjaganya. Xdelah nampak seolah-olah kita tak ambil tahu langsung kepentingan masjid itu semata-mata kerana ingin memfokuskan perjuangan menyelamatkan nyawa muslim. Kan?
Anway Tq for the opinion.
Post a Comment