6:47 PM

Pengalaman mendewasakan kita

Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya saya meninggalkan blog ni tanpa sebarang utusan. Kali terakhir adalah pada kira-kira 3 bulan yang lalu. Fuh, lamanya. Cik moderator pun dah bising haritu...minta maaf ye cik, klu ada payment bolehla konsisten :p




Apa khabar semua rakan2? Baik yang telah ditinggalkan di bumi Jordan, yang baru bertemu semula di bumi Malaysia atau yang sentiasa bersama saya, kalian tetap di hati. Pejam celik, sudah dua bulan saya menetap di kampung halaman. Satu tempoh yang agak lama berbanding cuti2 sebelum ini. Cuti kali ini sudah tentunya berbeza dengan cuti2 lepas, kali ini saya sudah tidak perlu menyediakan keperluan untuk di bawa balik ke Jordan, tidak perlu bersusah payah ke KLIA untuk terbang balik ke negara perantauan...tetapi cuti kali ini adalah fatrah untuk saya menebus balik hutang2 saya dengan keluarga yang tidak tertunai sebelum ini. Fatrah untuk cuba tidak menyusahkan mereka lagi walaupun dari segi kewangan tetap menyusahkan (duit claim xdapat lg!).
Saya memang merindukan saat ini, disamping fatrah untuk bertemu dengan kenalan2 lama yang sudah lama terpisah, menghubungkan kembali jambatan silaturrahim yang telah terbina sejak dahulukala.

Pengalaman menjadi seorang pemegang ijazah telah merubah persepsi saya terhadap kehidupan. Banyak perkara yang datang dan banyak yang perlu dipelajari. Banyak yang difikirkan dan banyak juga yang perlu ditangani dengan sendiri. Rasanya seperti bebas berterbangan di udara tetapi terlalu banyak ujian2 udara yang perlu dihadapi, hujan, petir, angin kuat, panas dan seumpamanya.

Menjadi seorang kawan kepada ibu bapa menjadikan saya lebih beringat dan faham tentang kehidupan. Cerita, celoteh, nasihat, kritikan, teguran setiap hari menjadi matapelajaran yang paling berguna. Pabila kedua ibu bapa telah meletakkan kepercayaan kepada kita, percayalah wahai anak bahawa kamu sudah besar dan perlu berdikari.

"Esok pegi Putrajaya hantar nenek sekali kat Klang ye. Masuk highway kat Jalan Kebun tu pastu amik highway ni, masuk tu etc. Ikut je signboard. Bapak tunggu kat sana nanti"

Bagai itik melepaskan anaknya, memberi kepercayaan penuh, walaupun baru first time keluar sendiri sejauh ini.

"Boleh x?"

"Boleh kot. Lia cuba"

Alhamdulillah dengan keberanian yang ada, saya gagahkan jua walau pada awalnya khuatir tetap ada. Bukan ape, takut sesat je. Bila halangan berjaya dilepasi, maka bertambah kepercayan mereka dan kepercayaan kita terhadap diri sendiri juga bertambah. Pengalaman sesat memang banyak, (betul x Tiqah?), tapi dengan sesatlah kita belajar pengalaman baru. Itu satu contoh.


Seronok berkonvoi


Contoh lain adalah pabila mak mentaklifkan urusan rumah kepada saya. Yang pasti dia nak semuanya setel. Rumah, makan, pakai, pasar, bil, bank, kereta, hantar/amik adik. Wah, ni lebih dari bibik ni ^^ nampak macam banyak je tapi sebenarnya xdelah susah keje2 ni. Mula2 xbiasa, lama2 biasalah.

Matapelajaran kehidupan ini sungguh bermakna buat saya dan saya amat menghargainya. Tidak memerlukan silibus dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Yang penting kita kena pandai adaptasi, jangan stereotaip. Pengalaman harini takkan sama dengan hari2 lain.


terima kasih buat pakcik yang bukak pin tu masjid :p


sawah padi dan anak2 yang menghayati kemerdekaan


p/s Buat Faezza, Hetty, Qilah, Dayah dan Hajar yang sempat bertanang ke rumah. Thanks, akhirnya sampai jugak ke Tg Karang. Ada rezeki datanglah lagi.

"Pengalaman mendewasakan kita"

6 silent voices:

Anonymous said...

lps ni drive ke johor pulak ye kakya..hey, bibik bukan sbrg bibik.den skrg tgh dlatih jd istri cerdik solehah!haha..selain mjaga kebajikan anak2 sedara bik memasak,kms umah,menghias,jahit baju,kenal jns2 ikan yg ad kt msia ni,blaja kete lagi.itu belum dtambah dgn prog2 kemasyarakatan yg bik ikuti n jadualkan...waduh waduh..gamat sekali.=P

apepun, bik juga sedar kehidupan sbg pelajar lebih ringkas.setelah keluar ke dunia persekolahan,cabaran sebenar mendatang menguji kekentalan diri.ianya seperti memandu di jalan raya.kita yang menentukan gaya pemanduan,perlu berfikir menghadapi sebarang kemungkinan serta berhemah supaya selamat ke destinasi.di samping itu, tawakal kpd Allah menjadi bekalan diri.waLLahua3lam..

Selamat mengemudi!Selamat Menjalani ibadah puasa.Kullu3am wa entum bkher bik ucpkan kepada warga school of life.

Anonymous said...

oooh.. kak aliaa dah dewasa...

k dayah pula dah menjadi bibik
pandai sungguh mereka mencari kerja sampingan.. hehe

Anonymous said...

owh part kanak2 dan seumpamanya mmg xdilatih...memang kalahla nmpknya...lgpn xde anak buah lg...tggula anak sdiri nnt :p bolela kursus dgn bibik. klu bibik xnak latih, cuba2 melatih time posting pedi nnt ^^

penat rupanya jd org besar nih~

Anonymous said...

rindunyee...slamat la ye sume..kullu am wa antum bikhair

Anonymous said...

bestnya ke tg karang. singgah sebentar di sg besar! sekarang dh pun smpi irbid.

selamat hari raya sume...

Anonymous said...

saya mesti dtg lagi pnya lah..gila seronok..kali lain,nk rasa mandi sungai kalau ada..heee..buat bbq,camping pon syok..nanti,bila2 kita g konvoi naik kete g jalan2 lah..