6:21 AM

Tidak jujur itu menyakitkan!

Entry ni saya edit sikit lepas dapat komen dari kher. Risau pula kalau ter'promote' kedai yang tidak sepatutnya..

Assalamualaikum.



Harini, saya teman kawan cari ink untuk laser printer dia yang makin semput. Habis je kelas, kami pun berjalan menuju Syari3 Jamiah. Memandangkan saya ada beberapa cadangan kedai, kami pun menuju ke situ.



Kedai pertama yang kami pergi dekat dengan Jami3 Yarmouk. Kami pun masuk kedai tu dan tanya pasal ink untuk laser printer macamana, sebab tak pernah guna printer jenis ni. Takut tak sama dengan ink ada. Pak cik tu pun tunjuk cartridge untuk laser printer. Lebih kurang macam ni bentuk dia >>
Kawan saya bagitahu model laser yang dia guna, HP Laser Jet 1005. Pakcik tu pun tunjuk, laser jet guna ink powder, tak sama macam ink deskjet yang berbentuk cecair tu. Dia bagi satu botol putih, tertulis made in Malaysia. Katanya boleh refill sampai 4-5 kali. Pakcik tu lagi, ink dari Malaysia tu lah produk paling bagus. (Barang Malaysia memang lah bagus kan, kan)


Saya : Emm, bleh tak ajar kitorang macamana nak refill? Aku tak pernah guna laser, tak tahu nak refill macamana.

Pak cik tu sengih. Dia cakap,

Tuan kedai #1 : Ko bawak je cartridge tu datang sini, nanti aku buat. Bayar JD3.

(Murahnya, macam refill deskjet pulak)

Kami : Tu sekali dengan ink ke apa?

Tuan kedai#1 : Tak, aku tolong refill kan je. Nanti ko bawak sekali ink tu.

(Mahalnya pakcik ni charge. Baik try belajar buat sendiri)

Kami : Ajar x boleh ke?

Tuan kedai #1 : Susahlah, nak buka tu buka ni. Ko bawak je lah cartridge tu. Aku isi.



Haih, pak cik ni, susah sangat ke. Bagilah tunjuk dulu. Sengih-sengih macam nak gelakkan orang pula.

Kawan saya tanya buat kali yang terakhir. Boleh tak ajarkan.


Tuan kedai#1 : Dahlah, ko beli je ink tu aku isikan, x payah bayar!



Fed up agaknya kitorang asyik minta tolong ajar. Takpelah, balik karang try cari kat internet. Bukan kemut sangat nak bayar JD3 tu, tapi rasa tak salah pun kalau cuba belajar dulu camne nak refill laser printer. Kalau betul-betul leceh dan menyusahkan lepas diajar, nanti hantar lah kedai.



Lepas saya tanya harga ink yang pernah saya beli kat kedai ni dulu untuk compare harga dengan kedai lagi satu, nampaknya kedai ni jual dengan harga yang jauh lebih murah. Kurang JD3. So, saya buat kesimpulan tak payahlah naik kedai atas, kedai ni punya harga lebih murah. Memandangkan untuk laser printer memang guna ink serbuk dan kedai tu jual satu jenis tu je. Kami pun belilah lah. JD12.


Dalam perjalanan pulang,
kawan saya tunjuk kedai tempat dia beli printer dulu. Kami pun masuk lah kedai tu nak tanya tuan kedai tu pula, boleh tak tolong ajar.

Tuan kedai #2 : Yes, welcome!

Kawan : Dulu aku beli printer kat sini, boleh tak tolong ajar macamana nak refill ink? Aku baru beli ink baru.

Pakcik ni pun sengih-sengih gak.

Tuan kedai #2 : Ko balik amik catridge tu je lah, nanti aku buat.


Kawan : Kire ko nak refill sekali ke ni? Berapa ko charge?


Tuan kedai #2 : JD10!


Aduh, mahalnya. Dah lah dah beli ink tu tadi harga JD12 boleh refill 4-5 kali. Ni sekali isi je JD10. Tak ke rugi namanya?


Kawan : Tak boleh ke ko ajar camne nak refill? Aku nak cuba buat sendiri kat rumah.

Tuan kedai #2 : Susah. Em..mula-mula ko kena bukak skru.


(Lepas tu dia diam.)


Tuan kedai #2 : Susah aku cakap. Ko bawak je cartridge ko tu nanti aku buat.



Lorr..Dalam hati terdetik, pakcik ni memanjang aje cakap susah. Tak nak ajar, xpelah.

Dekat-dekat kedai kedua tadi, ada lagi satu kedai yang memang saya selalu juga pergi dulu. Dah besar kedai tu sekarang. Saya terdetik, singgah jap lah kedai ni. Ni last. Lepas kedai ni, kalau cakap susah juga, nanti hantar je kedai.

Saya : Pakcik, kawan aku ada beli ink ni untuk laser printer punya. Boleh tak ko ajar macamana nak refill?

Tuan kedai #3 : Ko nak belajar ke? Bak sini ink tu (merujuk kepada ink yang kawan aku pegang)



Dia teliti tulisan yang ada kat botol tu



Tuan kedai #3 : Berapa ko beli ink ni?


Kami : JD12


Tuan kedai #3 : Ko nak refill sendiri, model ko yang macamana?


Kawan : Laser 1005. Yang macam ni (sambil menunjuk printer yang sama model)


Tuan kedai #3 : Em, ink ni bukan untuk model ko tu. Laser 1005 pakai ink lain.
Sambil tunjuk satu botol lain. Harganya JD8 tapi boleh isi 2 kali saje.

Tuan kedai #3 : Ko tengok no ni, printer ko guna ink yang ni. Yang ko beli tu lain, tu untuk jenis laser jet yang saiz lagi besar.


Loh, pulak dah. Tadi tanya pakcik kedai #1 tu, memang pakai ni.


Kami : Tadi kitorang tanya pakcik kedai tu, dia kata memang pakai ni..


Tuan kedai tu diam sekejap. Berfikir kot. Then dia cakap,

Tuan kedai #3 : Emm, mungkin boleh kot. Tapi aku rasa kalau guna yang ni, resolution dia kurang baik sebab asalnya bukan ink dia. Tapi ko boleh try kot. Ko balik, amik cartridge ko datang sini. Nanti aku tunjukkan macamana nak refill.


Kawan : Kalau aku nak suh ko isikan je, berapa ko charge?


Tuan kedai #3 : JD8



Em, lagi murah dari kedai tadi tu. Haih.. Bagusnya pakcik ni nak ajarkan. Muka pun jujur je masa terangkan. Takde teragak-agak macam pakcik berdua sebelum ni.



Kitorang ni geram betul rasa. Macam diperkotakkatikkan je dengan pakcik-pakcik tadi. Kenapa lah pak cik kedai #1 tak cakap printer tu ink dia jenis lain. Yang lagi satu lagi charge mahal. Geram!


Kami pun patah balik nak pulangkan ink tadi. Kawan aku cakap, buat apa nak guna ink yang sah-sah bukan untuk dia. Kalau rosak nanti macamana? Rugi je.

Sampai kat kedai tu, kawan aku cakap dia tak nak ink ni. Ink ni bukan untuk printer model aku. Ada ink lain. Pak cik tu buat muka dah.

Tuan kedai #1 : Mana ada ink lain. Ko tengok, aku refill guna ink lah. Mana ada ink lain.


Mati-mati dia kata xde ink lain. Satu jenis ni je. Siap ulang lagi tu barang ni made in Malaysia, paling bagus.


Haih..



Kami : Pak cik, kitorang tak kisah pun benda ni dari Malaysia. Masalahnya ink ni bukan untuk model printer 1005. Nanti resolution dia tak elok sebab tu kitorang tak nak.



Alih-alih pak cik tu cakap,

Tuan kedai #1: Kalau tak nak barang tu, kena amik barang lain lah. Aku dah key in barang tadi tu dalam komputer. Mana boleh buat apa dah.



Ish! Walapun kami tahu selalunya memang susah orang kedai nak pulang balik duit, tapi dalam kes ni rasa teraniaya pun ada. Sapa yang jual barang, patut cakap betul-betullah produk yang dijual.



Kawan: Ko tak boleh nak cancel ke? Aku tak nak barang ni.


Tuan kedai #1 : Tak boleh. Tak boleh cancel, masalah karang system problem..bla..bla.. bla..


Kalau boleh cekik, nak aje saya cekik pak cik ni. Takkan lah dia tak pernah buat silap langsung masa jual barang? Takkanlah takde backup?


Last-last kawan aku kluar je trus dari kedai tu. Dia kata, duit tu bukan perkara utama, tapi kalau dah rosak nanti printer tu sebab guna ink yang salah macamana. Pak cik tu pun macam tak nak mengalah. Dah la..


Ujian kesabaran betul hari ni..


Allah..


Lain kali tak nak dah pergi kedai tu. Rasa tawar hati sangat.


Moral : Semua orang pun tahu, tak jujur memang menyakitkan hati, jiwa raga semua. Sakitnya rasa, macam kena perkotak-katikkan. Minta-minta dijauhkan dari sikap sebegini dari seluruh keturunan! Nothing happens without reason kan. Walaupun geram dengan pakcik dua orang tu, Allah jumpakan juga dengan pakcik yang baik, yang sudi nak tolong. Alhamdulillah~


5 silent voices:

kher said...

salam. kedai Zain kat Bank Iskan? bukan tuh kedai yg Fird buat business dlu ker? hurm... bagi kita orang plak ada banyak pengalaman buruk dengan kedai tuh (kalau betul kedainya). actually mmg payah nak cari tokei kedai yg jujur. tp ada sorang junior tunjuk sorang pakcik nie. dia ada kedai comp jgak. dan dia selalu pergi masjid. so lagi percaya kat dia kot. nway goodluck dengan tonner baru....

sempliciotto said...

>> kher : rasanya nama kedai tu zain kot. ke silap, nnt cek balik. kedai tu yang ke dalam sikit. ada dua pintu. Tuan kedai yang mata kanannya kurang sempurna. Minta-minta lah tak silap kedai. (klu tidak kecewanya..)Pakcik yang awak cakap tu kedai dia yang mana ek?

kher said...

yup definitely kedai yg sama. tapi tak boleh nak generalize-kan jgak. maybe time tuh nasib kurang baik. tapi takperlah kalau awak xkena tipu. sebab pasal top-up tonner ntuk laserjet biasanya lebih kurang JOD10 ajer.

cumanya kena sentiasa hati-hati dengan masyarakat arab nie(actually sama ajer kat mana-mana pun). bukan nak curiga, cuma nak berhati-hati agar tidak menyesal.

sempliciotto said...

>> kher : owh i c.. iAllah lebih berhati-hati lepas ni. mmg x bleh nak letak threshold 'baik' rendah as foreigner ni ne

saifuddin said...

apakah etimologi sempliciotto itu?

Nothing happens without reason kan.

rasa-rasanya sempliciotto ni evolusi dari methinks kan? pasal methinks tiba2 menghilang.