11:33 AM

mak.ibu.mama.mami

Rotation nisaaiyah (Obs & Gyne) hanya tinggal seminggu. Memang bersyukur dapat rotation O&G yang last. Mini osce & osce dijadualkan 10 & 11hb. Then b4 17hb (final) ada fatrah untuk study week. Sian banget buat kawan-kawan yang lain tak kira yang amik minor atau submajor. Takde masa senggang langsung kan. Lagi-lagi kalau yang amik neurology/orthopedics untuk 2 minggu terakhir. Aduh, boleh pengsan dibuatnya. Allah yusahhil 3alaina jamian insyaAllah.
3 hari lepas, jumpa sorang patient ni. Admitted for elective caesarian section (CS). Classified as high risk pregnancy sebab ada gestational diabetes. Dia juga ada past two CS. So untuk kelahiran kali ni elective CS is scheduled. Kita tak go for NVD (normal vaginal delivery) sebab paling utama risk of rupture uterus. Umur dia dalam pertengahan 30-an. Ibu kepada 4 orang anak. Sedang hamil anak yang ke-5. Tengah-tengah ambil history, attending specialist pun datang untuk check patient. Lepas tanya itu ini, tengok latest reading of her blood glucose, specialist pun mula beredar.
Tiba-tiba makcik tu panggil doktor,


"Duktur, mumkin bas su2al?" (Doc, nak tanya boleh?)

"Eyh, na'am" (Yep?)

"Duktur, sorohatan, ana bas biddi behki ma3ak inni bikhaf katheer 3an 3amaliyati.."

(Doc, sebenarnya aku nak cakap, aku takut sangat untuk pembedahan lusa ni..)

Mak cik tu mukanya sangat risau. Dia sambung lagi, (sambung BM lah eh, malas lak nk translate)


"Ok ke aku ni doktor?"

Doktor terus jawab,
"Wallah, aku lagi takut nak buat operation ni."

Muka patient tu tambah sayu. Air mata dah mula bergenang. Mungkin butir-butir yang diharapkan akan keluar dari mulut doktor macam, "Don't worry, we'll try our best" atau "InsyaAllah kher" Tapi mungkin doktor tu try to be sincere?

Doktor sambung lagi,
"Tawakkal 3allah."

"Kita tengok nanti operation tu macamana. Tapi nanti aku nak bincang dengan kau, kalau jadi apa-apa dalam pembedahan tu dan kemungkinan besar terpaksa kena buang rahim, terpaksa buat."


Air mata yang ditahan-tahan tadi, terus mengalir laju.
Aduh, sayunya.. Perkara terakhir yang ingin didengar oleh seorang wanita, isteri dan ibu adalah ketidaksempurnaan & kecacatan pada organ peranakan - buang rahim, buang ovary. pada usia yang boleh kira masih mampu, insan mana yang mahu rahimmnya dibuang dikala usia yang belum pun mencecah 40 tahun? Walaupun kalau ikut perkiraan aku, 4-5 anak itu sudah cukup alhamdulillah, namun bila memikirkan kebiasaan orang Arab yang punya anak lebih dari itu, aku jadi juga terkedu.

"Takde cara lain ke doktor?" tanya makcik tadi (mungkin istilah kakak lah kan lebih sesuai)
"Tawakkal 3alallah."

Lepas cakap serba sedikit, doktor pun beredar, tinggalkan makcik tadi dengan aku dan kawan aku. Masing-masing diam. Makcik tadi dengan tisu, mengesat-ngesat baki air mata yang mengalir seolah tidak mahu berhenti. Aku dan kawan aku berpandangan sesama sendiri.

Kawan aku pun cakap,
"Jangan risau, kita doa banyak-banyak. Anak kan rezeki dari Dia. InsyaAllah, mudah-mudahan kher semua nanti."

Bagus-bagus.
Makcik tu angguk, mengiyakan kata-kata kawan aku.
Tetiba aku teringat ada seorang patient di Hospital Mafraq yang dah 5 kali buat CS. Aku cerita kat makcik tu pasal patient tu. Alhamdulillah, keadaan dia ok, sihat. Semuanya kena banyak-banyak doa, tawakal. Muka dia pada perkiraan aku nampak lega sedikit. Alhamdulillah. Mungkin berkira-kira yang ada orang lebih banyak kali CS dari dia dan alhamdulillah ok dan dengan harapan diri dia sebaik itu nanti.

Oleh kerana doktor dah sampai, kami minta izin untuk minta diri dulu dengan harapan dan doa moga makcik tu tabah hadapai ujian ini dan moga pembedahannya selamat semua. Kelmarin, aku sempat jumpa makcik tu, tanya kabar serba sedikit. Alhamdulillah dia nampak tenang. Semalam aku cuma sempat senyum dari jauh je. Tak jumpa betul-betul. CS dia dijadualkan semalam. Harini, kawan aku ajak jumpa makcik tu, kitorg cari tak jumpa pula. Mungkin kat tingkat atas.
Moga-moga keadaan makcik tu selamat. Amin.

Itulah kisah serba sedikit. Kalau nak ikut memang banyak cerita nisa2iyah yang nak kongsi. InsyaAllah lain kali kalau aku tak lupa dan punya tangan yang ringan untuk menaip :P

Bak kata doktor, dalam banyak-banyak keadaan manusia, wanita yang sedang hamillah paling berisiko untuk dapat 1001 macam penyakit. Kalau kebiasaan takde hypertension/DM, masa pregnancy boleh dapat. Walau hanya dengan demam, gatal-gatal (rashes), UTI semuanya boleh beri kesan yang besar terhadap kehamilan - baik kesan kepada ibu mahupun bayi yang dikandungnya. Besarnya pengorbanan seorang ibu hanya untuk melahirkan seorang anak. Berpadananlah dengan kata-kata Allah, ganjarannya umpama berjihad di jalan Allah. Jika mati diangkat sebagai syahid.


Soalan bonus : Kehamilan bayi kembar merupakan satu berita gembira atau tidak?

3 silent voices:

'Aqilah Suhaimi said...

thumbs up!
ak suka entry ni..

apa sbb dr nk nk buat oophrectomy kt dia??hnya sbb dia dm ke??
cm pelik je..

ishikawa said...

ade yang buat sampa8 kali CS alhamdulillah xde pape pun..
dR siap bagitau lagi NO LIMIT bilangan CS yang boleh dibuat on one patient...

salah satu medical myths mungkin, CS hanya boleh buat 3 kali je...
tapi ikut praktikal yang sebenar boleh je lebih dari tu...

kehamilan bayi kembar ??
waaa... sebagai seorang kakak yang ade adik bongsu kembar... kita saaaangat gembira dapat adik kembar..
tapi mak kita dapt tau lambat, tym dah 3rd trimester (8th/9th month da..)
baru2 ni kite tanya mak kite..
sbnarnya mak kite syukur dapat tau twin pregnancy tu lambat, sbab dier pun ade perasaan takut gak mengandungkan anak kembar..
smoga soleh2 laa adik2 kita tu.. amiiiin

sendoh said...

wa wa~ hebat2 entry kawanku ini.

ekceli kakak 7eloo tu ade adhesions, multiple CS have to b stopped at 1 point. kalau dia mengandung lagi xde option but CS, wth its complications. oophorectomy x kut, paling2 hysterectomy. moga2 Allah kurniakan rezeki anak lagi...

twins mcm best, aku still rasa ianye good news walau berbagai2 hujah doktor zuheyr ckp bad news haha.. tp kalau sendiri mamoo x berani lah