12:14 PM

Jangan 'lari' jauh-jauh, letih!

"Abah, you sweat a lot lah lately. Pergi buat medical check-up kat spital?"



Dalam cuak-cuak kuku, (maksudnya macam suam-suam kuku) aku memulakan perbualan dengan abah
petang tu dalam kereta depan kedai-kedai runcit sementara tunggu mak amik barang kat Cosway (tang mak amik barang kat Cosway ni fiction, tak ingat kat depan kedai mana sebenarnya) Cuak sikit nak cakap dengan abah bab-bab serius ni, macam bendahara nak menghadap sultan. Kena tertib gitu. Lagi-lagi mak dah warning cakap siang-siang, abah tu takut hospital! Tapi sebab tengok peluh abah lebih dari biasa, sampai anak menantu sume perasan. Makan sikit pun peluh, taram je lah cakap. Dah ada peluang ni.

"Eh, mana ada (ma tu ditekan-tekan sket bunyinya). Sape cakap abah peluh. Biasa lah orang kuat, cergas. Memanglah peluh."


Haha kerek sungguh bunyinya. Boleh tahan.



"Eleh, Ramai orang cakap. Bla..bla..bla..mak lagi lah dah perasan lama. Mak kata abah selalu terbangun malam buang air. Siang-siang lagilah kan. Bukan buat ape pun, pergi check je kejap. Mudah-mudahan nothing serious lah. Bla..bla.. lagi"


"Mana ada abah bangun buang air malam-malam. Malam tido je lah."


"Mak yang kata ada. Takkan tak pernah langsung?"



Abah diam. Lama jugak. Aik, silap cakap atau tersalah intonasi ke. Tak sedap hati pulak aku dibuatnya. Bila dapat lecture dari anak sendiri memang tak semudah yang disangka untuk kes aku lah. Atau lebih tepat lagi, bukan senang nak lecture ibu bapa sendiri berbanding patient kat hospital.



Tik..tok..tik..tok..



Masa terus-terus berlalu
.


"Selalu kalau orang peluh banyak ni kenapa?"



Tiba-tiba abah memecah suasana. Yeah! jarumku sudah masyuk. Serba salah juga nak cakap as dalam case macam abah, umur 50+, ada darah tinggi, agak overweight, cepat dahaga tapi suka minum air gas pulak tu lagi, excessive sweating lately, cepat penat. Em, diabetes? Dah la abah ni takut
hospital. Nak cakap ke, dah lama pendam ni. Kali ni nak buat parental counseling bleh? Lantas dengan agak kejam, aku pun cakap,


"Macam-macam boleh. Selalunya diabetes, heart problem..."


Sengaja aku tekankan macam-macam tu.



Abah diam lagi. Aih.. niat di hati bukan nak menakutkan abah. Tapi sebab memang ikutkan nak 'paksa' abah pergi juga medical check-up. Dah komplot plan dengan mak, kalau abah tak mahu juga, nanti senyap-senyap beli over-the-counter glucocheck, then cucuk tangan abah. Sampai ke situ kami plan. Punyalah nak buat self-analysis.

Perbualan terhenti di situ. Instict kata macam agak hampeh jugaklah sesi counseling kali ni. Tak jaga psychology patient sungguh. Lagi rasa nak menakut-nakutkan ditambah unsur-unsur paksaan.



KESEDARAN


Memang kita sedia maklum, tahap kesedaran masyarakat di negara-negara membangun terhadap
kesihatan memang jauh kedepan. Search sahaja di internet, banyak patient information centre/page yang kedapatan. Sampaikan kita boleh tengok perbezaan dalam medical-based series sendiri seperti House, ER, Grey's Anatomy yang lagak mereka terkadang mengalahkan ahli perubatan! Lakonan mereka nampak hidup dan bernyawa. Macam real doctors, real patients. Mereka lebih berminat untuk ambil tahu dan bertindak jika ada yang tidak kena baik pada diri mereka mahupun ahli keluarga. Untuk bersikap denial, itu mungkin cerita lama.

Namun, tidaklah dinafikan, ramai juga masyarakat Malaysia yang sebegitu. Tetapi, masih
terlalu ramai juga yang memilih untuk bersikap 'mengelak' untuk tahu hal yang sebenar. Ayat-ayat skema yang acapkali kita dengar apabila meminta mereka untuk buat pemeriksaan mahupun jaga kesihatan termasuklah,

"Ish, tak nak lah. Bukan ada ape pun"

"Alaa, kalau nak mati, bila-bila pun boleh mati."

"Lebih baik tak tahu dari tahu. Takut!"


DENIAL

Kenapa kita takut? Mungkin sebab kita rasa lebih tenang hidup tanpa tahu yang sebenarnya kita
punya penyakit dalam badan. Tak perlu risau sebab kalau sah-sah tahu memang ada penyakit ni macam nak cakap dah nak mati pula. Betul tak? Isu mentaliti lah tu.

Tapi, bagi saya sendiri, sebenarnya kita tahu bila kita rasa kurang selesa kalau ada tanda-tanda yang luar dari biasa. Lagi-lagi kalau dah meningkat usianya. Kalau dulu, kita tak selalu buang air sangat, tapi lately kalau asyik keluar masuk tandas selang setengah jam, sapa yang larat? Kalau dulu, kita mampu jalan jauh berbatu-batu, tapi tiba-tiba nak naik tangga yang setingkat pun dah rasa semput, nak tak nak mesti terdetik jugak kat hati. Tapi selalunya kita cakap apa?

"Ah, biasalah dah tua-tua sikit. Memanglah. Takde apa-apa lah."

Bunyinya lebih kepada ayat penyedap hati dan telinga. Senang, habis cerita. Tak nak tipu pun,
aging process is one big thing. That's nature. Tapi yang kita nak cakap kat sini mainly hal yang agak tiba-tiba. Yang kalau kita tengok rakan sebaya kita takde lah seseksa macam tu.



THE POWER OF KNOWLEDGE AND EDUCATION

Teknologi memang membuka mata dan minda. Syukur! Tanpa teknologi langkah kita pasti agak terbatas. Mana nak tengok sendiri kepakaran orang dan kemajuan orang lain kalau tak ada ribu riban dalam poket. Nak-nak, dengar ajelah kalau ada antara saudara atau kawan-kawan yang melancong balik bercerita. Tapi, alhamdulillah dengan kemajuan internet masa kini, macam negara kita boleh 'pergi' dan 'tengok' sendiri. Hanya dengan hujug jari. Untung kan?

Point paling penting - mendidik masyarakat dengan ilmu kesihatan secara lebih agresif. Mendidik di luar hospital dan klinik. Mendidik masyarakat agar tidak takut dengan doktor dan perawat. Mendidik masyarakat dengan ilmu pencegahan. Mendidik masyarakat dengan kesedaran kerana kebanyakan penyakit yang biasa tetapi kronik sepanjang hayat seperti hypertension dan diabetes mellitus adalah penyakit yang mampu dielak dengan kesungguhan dan tabiat. Dan mendidik masyarakat dengan kesedaran merawat sebelum parah. Seek for help. Kebanyakan penyakit yang biasa bersifat reversible pada peringkat awal. Macam terlajak perahu boleh diundur. Tetapi, jika kita lengah dan berdolak-dalik, ia jadi macam terlajak kata yang buruk padahnya!


Itulah dia. Nak cerita. Susah tak susah, besar tak besar tanggungjawab. Bak kata junia,

"Lepas ni kita kena buat macam rancangan The Doctors kat Malaysia pula"

"sengih*

Betul tu!

“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)




3 silent voices:

Ahmad Saifuddin Amran said...

Ada tak doktor-doktor dalam SOL ni yang hendak terjun ke bidang siaran? Kalau nak mendidik masyarakat dengan membikin 'The Doctors', mestilah yang membuat skripnya juga seorang doktor.

Kalau diberi pada yang bebal dan bodoh ilmu perubatan, jadilah cerita Cinta Medik, yang lebih cinta dari mediknya.

Kalau tak menulis skrip, sekadar memantau skrip pun sudah memadai. Nanti tiadalah skrip yang tipikal macam ni lagi:
"Awak demam sikit je, nanti balik makan ubat ye."
Hahaha.

Contohi drama Jepun, seperti 1 Litre of Tears, Code Blue (lakonan Yamapi) atau Dragon apa tah, dialognya sarat nilai intelektual dan penuh ma'na. Malah, lebih menakjubkan perbendaharaan kata Jepun mempunyai istilah yang tersendiri dalam istilah-istilah perubatan. Bukan sekadar cedok dan cuplik istilah Barat.

Wah, kalau tangan sudah menaip, berat pula hendak berhenti. Sekadar ini saja komen untuk kali ini.

kilah said...

insya Allah ada yg nk terjun ke bidang siaran..willing to kan..******?haha...
tah..susah nk ckp dkt masyarakat ttg bahaya penyakit dan akibat yg akan jadi..
kita yg tgk rasa cm..ya Allah,jgn la ak dtimpa penyakit..
cinta medik?kutuk smpi esok tk habes..
kita kena buat skrip yg bagus,pelakon tk poyo..
skrip bagus,ktrg serahkan pd awak je la saifuddin..
pelakon,mnyak je yg nk blakon..cthnya.....................




bkn akak la tp..haha

sempliciotto said...

>> saifuddin : drama negara lain tentang medik memang bagus-bagus. Real. Nampaknya kitorang kena lebih-lebih pandai urus masa dengan keadaan kerja kat malaysia nanti kalau nak tulis skrip dan buat drama.Mudah-mudahanlah yek

>> kilah : betul, ramai kawan-kawan kt yang berbakat dalam bidang penyiaran ni spt *tut* dan *tot*. Ko pon boleh wat. Tolong buat soalan, takpun penanya soalan. Nnt skrip ak bg la :D