7:45 AM

Doakan kami

Bismillah

Sebenarnya, dah lama niat nak posting entry baru.. tapi tak berkesempatan. Ni pun ambil sekejap peluang selepas kemas-kemas sikit teratak Teduh Dulu yang sudah berpindah ke lokasi baru, menumpang internet di rumah jiran yang berdekatan.



KAMI

Dalam blog School Of Life ini, ada yang sudah bergelar doktor dan sudah bertugas lebih kurang setengah tahun di Hospital Teluk Intan. Dr. Muui, nama samaran tetapi semua pun tahu siapa empunya diri. Ada juga yang baru tamat pengajian, baru bergelar graduan, menyandang gelaran doktor- Dr. Shema dan Dr. Hidayati, daripada nama sahaja sudah nyata siapa orangnya. Ada yang masih di tahun dua, adik teardrop yang masih jauh perjalanannya- kalau dah tau siapa empunya diri, buat-buat taktau, senyap suda...simpan dalam hati.


Bakinya... kami... sempliciotto, MaUt, Fez, niksifu, dan ishikawa yang baru tamat tahun 5 perubatan awal Jun lalu. Kini , baru bersama melangkah ke tahun akhir, selangkah lagi sebelum Bachelor Degree in Medicine and Surgery kami tamatkan di sini... InsyaAllah




TAHUN AKHIR

Hari ini genap lima hari kami memulakan sesi pengajian tahun akhir kuliah perubatan JUST ini. Ada yang diletakkan dalam rotation Peadiatric, ada yang memilih ONG sebagai posting pertama, tetapi majoriti kami memilih Surgery sebagai pemula rotation kami. Kenapa? Semua pun tahu jawapannya, paling tidak sudah pasti dapat mengagak sebabnya.


Dari dulu saya memang terlalu looking forward saat-saat menjadi senior tahun 6, selepas seorang-seorang senior sebelum kami yang telah lepas menyandang gelaran doktor perubatan. Apa perasaannya berada dalam tahun 6? Seronok? Besar lagi debaran dan cabarannya saya kira. Saya masih belum merasai sepenuhnya perasaan berada di tahun 6, malah kadang-kadang seperti terlupa kami sudah di tahun akhir pengajian.


Sudah seminggu kami memulakan sesi round di hospital. Saya bersama dua orang lagi sahabat diletakkan di department Neurosurgery, yang ke'hilangan' banyak doktor-doktor pakarnya... bercuti barangkali- musim panaslah katakan. Kami hanya berkesempatan bersama doktor pakar NeuroSurgeon pada hari Selasa sahaja. Hari-hari lain, walaupun telah tertulis jadual pakar NeuroSurgeon yang akan mengadakan sesi bedside teaching bersama kami, kami hanya berpeluang bersama MO2 mereka sahaja ( di sini mereka dipaggil resident/doktor muqim). Ape nak buat, dah rezeki kitorang.....


Saya kira saya lambat menghidupkan enjin belajar tahun ini. Material tahun 4 belum habis diulangkaji, material tahun 5 dan 6 masih belum habis di'review', saya bagai hilang arah dan punca. Ya Allah, banyaknye kena cover study! Mujurlah minggu pertama kami, department Neurosurgery yang 'expectation'nya kurang berbanding General Surgery atau Urology yang merupakan antara major part dalam rotation surgery ini. Kami hanya diingatkan, at least we should know the basic thing in NeuroSurgery. Glascow Coma Scale, Subarachnoid Hemorrhage and it's management, Low Back Pain and Sciatica and how to read the MRI to confirm the diagnosis, Head and Brain Injury, dan sedikit tentang Brain tumor dan spinal tumor, yang tidak disentuh langsung oleh doktor ketika seminggu round bersama mereka.


Sahabat-sahabat di rotation yang lain saya kurang mendengar cerita mereka. Seronok juga berkumpul-kumpul selepas ini, berkongsi pengalaman yang dialami dalam permulaan tahun akhir kami.

Setahun sahaja lagi........



DOAKAN KAMI

Jun 2010

16 orang lagi doktor Melayu graduan JUST bakal dilahirkan. Kami mengharapkan doa kalian, dan semoga usaha kami dinilai Tuhan. Maafkan segala salah silap yang pernah dilakukan, dosa antara manusia yang tidak dimaafkan juga boleh menjadi hijab doa kami dimaqbulkan. Doakan kami......


Buat sahabat-sahabat seperjuangan... KEJAR PELANGIMU, JANGAN MENYERAH !



MIMPI YANG INDAH

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang


Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan


Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti



Setahun je lagi... Jom , kawan-kawan...!!

Wallahua'lam

p/s: tahniah buat pasangan Aiman dan Asma yang selamat menerima cahaya mata awal minggu ini. Nanti kitorang nak datang lawat kitorang bgtau eh.. sori ak sempat minggu ni... sibuk...