4:42 AM

Medicine: A common and not so common sense

Bismillah

Everything needs explanation. Ironically, sometimes it's just too simple that it becomes too hard for people to reach the answer. The same goes for medicine...


Medicine.. ada sesiapa yang rasa senang? Tapi, tak semuanya susah, kan? Jangan terkejut, bukan sedikit penjelasan terhadap beberapa fenomena perubatan adalah berdasarkan ‘common sense’, senang sahaja untuk difikirkan… logik..


Tetapi hati-hati, banyak juga penjelasan terhadap sesuatu perkara dalam bidang ini yang bergantung kepada prinsip-prinsip dalam disiplin-disiplin perubatan yang kompleks (you name it- pathology, physiology, biochemistry, anatomy, pharmacology and so on..), yang tidak boleh diinterpretasikan sebagai ‘common sense’ (of course, you need KNOWLEDGE on it!)


OPENING STORY

Saya mulakan topik dengan satu cerita menarik yang saya petik daripada sebuah buku kegemaran saya "Life Is An Open Secret", lucu tetapi ada mesej penting yang ingin disampaikan.

Read on…



Fred and Mabel were both patients in a mental hospital. One day, as they both walked beside the swimming pool, Mabel jumped into the deep end and sank to the bottom. Without a thought for his own safety, Fred jumped in after her, brought her to the surface, hauled her out, and saved her.

The next day happened to be Fred’s annual review. He was brought before the hospital board, where the director told him,

“Fred, I have some good news and some bad news; the good news is that, in light of your heroic act yesterday, we consider you sane, and you can be released from this home back into society.

The bad news is, I’m afraid, that Mabel, the patient you saved, shortly afterwards hung herself in the bathroom with the belt from her bathrobe. I’m sorry, but she’s dead ”


“She didn’t hang herself, ” Fred replied, “I put her there to dry”.

~ Huh…??

Itulah dia si pesakit mental dan pendapat yang kuat dipegangnya...



COMMON SENSE

Situasi 1 : Oktober 2006, Bayt Raudhatus Saadah, Topik perbincangan- Carpal Tunnel Syndrome

Tengah-tengah bincang dengan seorang sahabat, dia bertanya..

"Kenapa ye carpal tunnel syndrome ni kebanyakannya kat tangan kanan"

Saya menjawab "Sebab orang kan ramai yang guna tangan kanan"

Kawan tergelak "Kesian patient Sarah nanti..." (mungkin sebab simple sangat jawapan)

Saya pun gelak sama..

Tapi tak lama lepas itu saya mendengar penerangan doktor, mengapa incidence carpal tunnel syndrome

kebanyakannya pada tangan kanan pesakit. Benar ! Doktor menjelaskan, manusia kebanyakannya menggunakan tangan kanan sebagai tangan dominan, maka ia lebih cenderung untuk bermasalah seperti masalah carpal tunnel syndrome ini. Tambahan, patient yang memang tangan kanan sebagai tangan dominan, berbanding tangan kiri yang kurang digunakan akan cepat perasan perubahan pada tangan yang selalu digunakannya..

Ooo.. COMMON SENSE



Situasi 2 : Blue hall, ONG rotation 2009, Malpresentation Seminar, subtopik-breech presentation (bayi songsang- presentation kepala di atas). Pastilah banyak sebab-sebabnya, tetapi...

Most common cause of breech presentation is PREMATURITY

Doktor bertanya "WHY..?"

Semua pun cuba la memerah otak cari dari sudut saintifik.. akhirnya doktor bersuara

Sebab bayi ketika belum cukup bulan (premature) kebanyakannya masih belum mengambil presentation yang sepatutnya iaitu kepala ke bawah, disebabkan pertumbuhan yangmasih belum sempurna sepenuhnya, dan jika dbiarkan ia matang (term), bayi yang sempurna pertumbuhannya akan mengambil presentation yang normal- kepala di bawah. Ini menjelaskan kebanyakan keadaan pra matang (premature), menjadi sebab paling utama bayi dilahirkan songsang..

Saya tersenyum, nak tergelak pun ada.

Situasi 3: Sambungan seminar di atas.

Presentation of breech fetus can be one of these : Frank breech, complete dan incomplete breech

But the commonest one is frank breech!

Doktor bertanya lagi.. "WHY..??"

Memang semua doktor pengajar suka, kan perkataan "WHY" ni?

Semua orang pun cuba la menggunakan kuasa minda

Cuba perhatikan keadaan bayi dalam presentation frank breech, dan bandingkan dengan bayi breech yang lain. Yang mana ada tendency untuk bergolek menjadi normal cephalic presentation? (kepala ke bawah).

Complete breech mempunyai highest tendency untuk berpusing menjadi normal presentation, incomplete pula walaupun tidaklah semudah complete masih mempunyai tendency berpusing menjadi normal presentation.

Bagaimana dengan frank breech? Bayangkan anda dalam satu kantung. Kaki pula melunjur ke atas. Boleh bergerak? Boleh berpusing? Samalah juga dengan bayi dalam keadaan frank breech. Tiada kemungkinan untuk berpusing mengambil tempat presentation yang normal. Maka bayi yang frank breech presentation, akan remain in breech presentation until delivery....

Ooo..



Situasi 4 : Blue Hall, ONG Rotation 2010, Congenital Anomalies Seminar, subtopik- Neural Tube Defects

(Bayi yang mengalami penyakit ini, selalunya- bukan selalunya, sememangnya akan membentuk satu posisi dipanggil extended neck di dalam rahim (kepala mendongak sedikit). Ketika lahir juga begitu,kerana ada kaitan dengan neural tube defect )- lihat gambar sebenar di atas (bayi atas ni bukan saja-saja nak mendongak ye.., tapi apepun posisi dia sangat cute!)


Doktor mengajukan pertanyaan

One of common intrauterine presentation of neural tube defect fetus is polyhydroamnions (air ketuban

banyak)

WHY...?

Ramai-ramai menjawab (macam lebah), seperti sepakat kami semua

"Because there is a defect in swallowing mechanism related to the defect of the nerve"

Doktor tidak terus mengiyakan atau menidakkan jawapan kami. Tetapi doktor menyuruh kami membuat

simulasi.

"Sekarang semua cuba extend kan kepala kamu",doktor memberi arahan.

Apa lagi, semua pun cuba la mendongak ke langit.

"Sekarang, cuba telan air liur kamu, susah, kan?"

(Cuba la buat..) Susah-susah-susah

Jadi, penyumbang kepada air ketuban yang banyak dalam rahim ibu (polyhydroamnions) yang disebabkan oleh bayi dalam rahim yang tidak mampu menelaan air ketuban (ini adalah physiological process- bayi akan menelan dan membuang air untuk memastikan komposisi air ketuban dalam kuantiti yang normal), disebabkan oleh extended neck menyukarkan proses 'swallowing' untuk berlaku.


Situasi 5 : ONG 2009 Group C OSCE. Taking History station- Genital prolapse.

Tengah berusaha bertanya segala yang boleh dalam history, doktor pun mencelah (me

mang banyak kali pun doktor mencelah)

"Do you think smoking can be one of the causes of genital prolapse"

"Yes!" Saya menjawab.

"WHY..?"

Semua orang pun boleh jawab dengan common sense...

"Chronic cough!" Tak payah susah-susah fikir dari sudut chemical apa yang bahaya dalam rokok yang boleh menyebabkan genital prolapse


Situasi 6 : ONG Clinic Hall- Seminar of approach to abnormal cervical smear, 2010

The incidence of cervical cancer increases in women using combined oral contraceptive pills (COCP)- pil pencegah kehamilan (mengandungi 2 hormon utama- estrogen dan progestogen)


Any explanation?

Tak payah susah-susah fikir- adakah di situ terdapat tindakbalas hormon estrogen yang meninggikan risiko kanser pangkal rahim (cervical cancer)sepertimana estrogen memainkan peranan penting dalam meninggikan risiko malignant breast disease dan hepatic adenoma?

Doktor beritahu...

Cervical cancer sebagaimana kata-kata doktor Fayez Jallad- merupakan kanser of sexual transmitted disease/sexual intercourse. Jadi wanita yang mengambil COCP sebagai pil pencegah kehamilan akan meninggikan tendency untuk melakukan sexual intercourse yang kerap, dan ini meninggikan risiko cervical cancer.


Situasi 7: Morning ward round, wad lelaki Medical Department, bersama seorang doktor yang hampir pakar (bukan Dr Kow), dan doktor-doktor MO yang lain.

Tiba di satu katil pesakit yang ada multiple disease (tak ingat pakcik tu sakit apa). Bila dah banyak sakitnya, banyak la pula ubatnya, kan..?

Doktor memulakan pertanyaan

Banyak ubat kita bagi. Tetapi kenapa kita kena beri warfarin pada pukul 7 malam setiap hari?

(Saya tidak mahu memberi jawapan, anda boleh fikir sendiri..) Bila fikir-fikir, ala.. doktor it does not make any difference if we give at 6 pm everyday, provided it is given in the evening.. but why must it be given in the evening..?



YANG BUKAN COMMON SENSE: hati-hati

Family Medicine 2009, Klinik Doktor Wael Markaz Sihhi- Topik: GERD and heartburn

Di tengah perbincangan, doktor mengajukan pertanyaan

"Why is a pregnant woman usually complaining of heartburn and regurgitation?"

Ooo.. cuba lah common sense

"Because the abdomen is enlarged, and it presses on the stomach and the gut"

Ramai yang jawab macam tu

"NO!"

"What kind of hormone increases in pregnancy?"

"Estrogen and progesterone"

"What are the effects of progesterone? Progesterone is known as a smooth muscle relaxant, and in case of heartburn and GERD in pregnancy, there is a lower esophageal sphincter relaxation as an effect of high progesterone"

Huhuhu... Mungkin anda ada yang berfikir begitu, tetapi ia langsung tidak terlintas dalam fikiran saya.

Yes, you need knowledge on it!

Untuk yang bukan common sense ini, pastilah sangat banyak contoh yang boleh dikemukakan. Untuk itu rujuk buku, sumber ilmu...


Kesimpulannya...


Jangan selalu sangat fikir common sense, takut-takut anda dikategorikan seperti pemuda dalam kisah di atas tadi, yang bergantung kepada common sensenya - benda basah.. kenalah keringkan, jemur..jadi gantungla...~

Tapi jangan pula lupa kadang-kadang jawapan kepada persoalan "WHY.. ?" dalam perubatan adakalanya semudah logik akal.


Dan berbalik kepada realiti kita sebagai hamba, Allah jadikan semua di alam ini bersama explanation untuk setiap soalan "WHY" yang timbul atas setiap penciptaan. Tinggal manusia sahaja yang mahu atau tidak untuk mencari, bertafakkur, dan berta'aqqul menghayati kebesaran ALLAH.

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main.”Ad-Dukhan [44]: 38



Wallahua'lam





2 silent voices:

ainshams said...

salam..setsuko.
yeah, soalan WHY membolehkan kiter berfikir s/ada dgn akal atau dgn hati.. lgpon, xkn nk absorb sume mende bulat2.. Islam pon nk umatnyer berfikir (tp, ader limit la..hee)

tp, lg pening nk menjawab klu tny.."HOW's the mechanism??" huhu.. abes otak physio, patho, biochem kene diperah..grr..

apepon, gd luck yer..

ishikawa said...

ohho... soklan.. "HOW's the mechanism" nak tanak memang kena jawab macam dalam buku. masalahnya ada sape2 yang hadam sebijik sebijan semua ayat buku..?