10:16 PM

Pinjamkanlah Dia Sebagai Suamiku 1


"Boleh ke saya nak pinjam pen awak? saya nak tulis nota tapi tertinggal pen saya di rumah" tanya Aina kepada Ilya ketika mereka berada di perpustakaan.

"Boleh, cuma saya nak pesan supaya tutup semula lepas awak guna supaya dakwatnya tak kering," balas Ilya sambil menghulurkan pen birunya.


"Ok, insyaAllah," Aina setuju.



Kita juga seperti Aina ketika meminjam barang
(meminjam dengan bersebab). Kita tidak akan meminjam saja-saja kerana setiap pinjaman itu disertai dengan tanggungjawab untuk memelihara dan memulangkannya dalam keadaan yang terbaik. Setiap syarat yang dipesan harus kita titik beratkan kerana ia bukan milik kita. Itu perihal barang yang dipinjam, bagaimana pula dengan perihal kita dan pemilik barang tersebut? Tentu sekali, kita akan bersopan dan meminta barang miliknya dengan beradab kerana berhajat agar dia sudi meminjamkan barang kesayangannya. Kemudian, pastinya barang itu akan dipulangkan, tak boleh dibuat harta sendiri.

Saya yakin ramai yang faham situasi pinjam meminjam yang saya gambarkan di atas.Jika kita alihkan situasi pemilik itu ialah Allah Taala & peminjamnya adalah kita, maka di mana titik temu antara kedua-dua keadaan ini?

PINJAMAN DI DUNIA

Kita akui bahawa Allah Taala adalah pemilik segala yang ada di bumi, termasuk kita semua, hambaNya. Dalam erti kata yang lain, ibu bapa, adik beradik dan sahabat kita juga dimilikiNya.Sampai suatu masa semuanya akan kembali kepada Pemilik Hakiki kerana mereka adalah pinjaman bagi kita di dunia.

Begitu juga halnya dengan suami/isteri atau bakal suami/isteri masing-masing. Sebelum melamar lagi, kita perlu jelas apakah sebab untuk meminjam si dia sebagai pasangan hidup seperti Aina yang nampak tujuan meminjam pen daripada Ilya, kerana setiap pinjaman ada pertanggungjawabannya.


Dalam tempoh pertunangan pula, pasangan bertunang akan diuji rasa ingin selalu berhubung kerana katanya kalau jarang berhubung nanti takut-takut akan tawar rasa cinta dan rasa jauh di hati. Di sinilah pentingnya konsep pinjaman tadi, dengan kefahaman bahawa bakal suami/isteri kita adalah milik Allah Taala & hanya dengan izinNya, kita akan mampu menjadikan si dia pasangan kita di dunia atau sebenarnya, pinjaman kita di dunia, kita akan mula mencari cara berhubung dengan Pemilik si dia.


Kita akan menjadi seperti Aina, meminta pen daripada Ilya, pemiliknya, meminta dengan sopan, beradab dan meminjam pen itu beserta syarat sebelum memulangkannya. Itulah adab kita dengan Allah Taala sepanjang tempoh pertunangan, banyakkan berhubung dengan Allah Taala dengan penuh tatasusila seorang hamba untuk meminta hamba miliknya sebagai pinjaman kita di dunia.


قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (١٥٦)
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" - al-Baqarah, 156

Ini lebih baik daripada banyak berhubung dengan tunangan sehingga kita mungkin melanggari batas Allah dalam pertunangan yang sebenarnya adalah syarat Pemilik si dia. Tentu kita tak mahu meminjam sesuatu dalam keadaan Pemiliknya jelas marah dengan kita kerana tidak mematuhi syarat-syaratNya.

Oleh itu, kekerapan berhubung dengan tunang itu bukan penentu episod pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan kerana keputusannya adalah pada Pemilik si dia (jadi usaha perlu tepat kepada Pemilik bukan pinjaman; si dia), malah Pemiliknya sahaja yang dapat menjaga rasa cinta di hati.


Bolehkah Aina meminjam pen Ilya dengan hanya memandang dan menyentuh pen itu tanpa meminta dari Ilya? Jadi dalam bertunang pun perlu ada matlamat dan strategi yang tepat supaya kita tak terleka dengan cinta dan kesalahan yang dihias menjadi indah oleh syaitan.
Benar cinta itu buta tapi kitalah yang mengawalnya.

Inilah antara
mind-setting saya untuk menguatkan diri sewaktu bertunang dahulu dan masih menjadi motivasi saya selepas berkahwin, insyaAllah saya akan kongsi(konsep pinjaman setelah berkahwin) dalam entry yang akan datang.

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kami dan semoga cinta ini terasa hingga ke syurga, ameen.


ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ (٧٠)
"Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka,"Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu(yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kenikmatan dan kesenangan" Az-Zukhruf, 70




Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~








7 silent voices:

ayman said...

syahdunya..
yup, segala yg saya ada skrg ni juga adalah pinjaman..

jelaskan matlamat, tuluskan niat! =)

INTAN said...

^_^

umiefull said...

msg yg jelas..
amat terkesan..
syukran sis!

niksifu said...

ayman : sama2 kita jaga baik2 & hargai pinjaman kita, satu hari nanti semuanya akan dikembalikan

intan : (^^,)

umiefull : ahlen2, semoga praktikal dalam kehidupan, insyaAllah..

pakurawan said...

like

Wira Azhar said...

Cun!!!
Segalanya Adalah pinjaman

onlinequranexpert said...

thanks for shering good site i like it
online quran academy