8:21 AM

Yang Pertama dan Terakhir ....

Bismillah

Internal Medicine
Rotation pertama dan terakhir saya sebagai pelajar ijazah perubatan di sini.


Kehidupan saya di alam klinikal bermula dengan rotation ini di Princess Basma Hospital pada September 2007. Hari pertama yang sangat mengharukan. Pesakit pertama yang saya temui- seorang wanita penghidap IBD (Inflammatory Bowel Disease)- Ulcerative Colitis. 'History' patient, saya dan seorang lagi pelajar Malaysia bersama 2 orang pelajar Arab, yang masih amatur, kami ambil dengan lompong-lompong yang sangat banyak untuk diperbaiki. Mujur doktor tidak menyuruh kami membentangkan kes.


Hari pertama juga, saya ingat, di hospital yang sama saya bertemu dengan seorang doktor pakar yang juga tenaga pengajar- Doktor Iman, mengadu tentang kesukaran mengambil history patient ketika itu.

Doktor Iman sangat baik, tangan saya dipegangnya, lalu dia berikan kata-kata nasihat dan semangat untuk saya berusaha dan jangan mudah putus asa.


Dan semalam... 15 April 2010, yang terakhir dalam diari saya sebagai pelajar ijazah perubatan

Kata Faezza : "Hari ini hari terakhir kita ambil history patient dalam Bahasa Arab"

Farah pula : "Waaa.. hari terakhir dah... dari hari first kita, sekarang dah hari last..." Bersama wajahnya yang sukar untuk saya tafsirkan, seolah sedang mengimbau langkah-langkah awal kami di alam klinikal sehingga sekarang.

Saya :

"Nak nangis la....." Satu-satu kenangan datang menerpa.
"Faezza, jom nak before balik hari ni kita round jap kat floor tengok patients...." . Ada benda seperti tak dapat dilepaskan, ada perasaan yang berat untuk diungkapkan. Rindu sudaaaah....terutama pada doktor-doktor pensyarah yang amat mengagumkan.

Teringat kata-kata Puan Zayyani setahun lebih yang lepas di ruang legar hospital

"This is our playground for 1 more year". Pandangannya dilepaskan jauh ke tengah ruang legar yang dipenuhi pelawat-pelawat dan pesakit-pesakit yang berurusan dengan pihak pendaftaran

Our Playground.... saya suka ayatnya. Our playground, tempat kita jatuh dan bangun semula, tempat kita 'bermain' dan beri sepenuh tenaga dan usaha... Kini, playground ini yang akan kita tinggalkan sebelum terjun ke dunia sebenar alam perubatan.

Beberapa langkah sahaja lagi.....



Sebulan ini dan selamanya.. kami pohon diberi kekuatan, ingat kami dalam doa kalian



CLASS OF 2010
FINAL EXAMS

28 APRIL - 27 MEI 2010

INTERNAL MEDICINE - 28 April

SURGERY - 5 Mei

OBSTETRIC AND GYNAECOLOGY - 12 Mei

PAEDIATRIC - 19 Mei

ORAL EXAMS - 23 Mei - 27 Mei



Allah jua Pemudah segalanya, dan yang Maha Memakbulkan setiap impian hambaNya...
Semoga setiap langkah kita dituntunNya.. Ameeen

Wallahua'lam

15 silent voices:

kher said...

Semoga berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah setiap apa yang diniatkan kerana Allah akan diberikan perhitungan selayaknya.

Moga menjadi doktor yang berjaya di dunia dan akhirat. jangan pernah rasa letih berjuang.

Fez said...

All da best hakak2 sume.. :)

niksifu said...

Jom study bagai seorang pejuang !! Dan selalu tajdidkan niat kerana liciknya nafsu yang diampu syaitan, mampu menukar hadaf study kita kepada selain Allah Taala.

semoga tawa & duka kita 'bermain' di 'playground' yang satu ni menjadi pengalaman berguna & kenangan terindah..

insyaAllah bittaufeq (--,)

sempliciotto said...

rabbana yassirlana umurana... amin, amin dan aminnn.... :)))

syah said...

goodluck exam akak2 sekalian..semoga grad dengan bergaya..

p/s - ni la lubuk artikel utk supayam MMJ utk memenuhkan tjuk2 yg xcukup..tq byk2..:)

Anonymous said...

bittaufiq kakak2 :)

kita said...

Assalamu'alaikumwbt, akak2 final year.

Saya pun rasa sedih juga.Walaupun saya masih ada berbaki lebih kurang 2 tahun ni pun sebenarnya dah rasa sedih nak tinggalkan bumi penuh barakah ni.. (err..awal sgt ke sedih2?. he he). Setiap kali saya jalan kat satu2 kawasan kat sini, mesti terfikir..tak lama lagi, aku akan tinggalkan tempat ni, entah bila akan kembali.Mungkin akan kembali, mungkin juga tidak akan kembali sampai bila2.Sedih...sebab di sini lah tempatnya kita belajar menjadi matang, tempat yang menyaksikan jatuh bangun kita, air mata & gelak ketawa kita.


Apapun, semoga berjaya dengan cemerlang untuk akak2 final year. Semoga Allah mudahkan urusan kalian..moga Allah reda..Amin.

Wslmwbt.

dari kami- k Fez, k Semplit, k MaUt, k IshiK, k niksifu said...

syah - terima kasih. minta maaf sebab tak dapat nak keluarkan idea-idea fresh untuk tajuk2 buku supayam MMJ tu.. last2 sian kat korang kene amik yang lama. itupun kalau ada la..
apapun, semoga bermanfaat untuk semua. Setiap yang menyumbang dalam penghasilan buku tu, dari editor, pemikir, penulis, sehinggalah designer, jika ikhlas, pasti Allah akan berikan sebaik-baik ganjaran di sisiNya.. ameeen.

anonymous - syukran =)

kita - tempat jatuh lagikan dikenang.. tu la.. mula-mula rasa tak best.. last2 bile nak balik ni, rindu jugaaak..

izzatibaik said...

salam..shbt lamaku, k.fez n akak2..waaa..jgn blk cepat sgt!!xsempat nak brmanja lg nih..hehe

all the best exam..ku nantikan saat2 melawat umah akak2 lps akak hbs exam nnti dgn makanan yg enak2 trhidang di dpnku..cewah!!

bittaufeq akak2ku yg comel=)

farah said...

comelnya id izzatiBAIK..hehehe..tq miu adik2 n rakan2 sekalian..pejam mata then bukak..eh dah abis exam!^_^..moga segalanya mudah tuk kita semua..

Musafir diri said...

bittaufiq kakak2 yg hebat2...

moga dgn keberkatan ilmu dan pngalaman yg dikongsi dgn kami yg junior ni maka ALLAH permudahkn urusan kalian...

amin...

ainshams said...

salam korang,
good luck..
yeah, korang meniti xm final..
kitorg lak~one year left at this 'playground'..
cepatneyr ms berlalu..rs br jek smp jmp korang!!! nnt korang dah blk, da xde geng 'orang2 tua'.. huhu~
wish u all the best, smg cemerlang semua, ameeen.

"bertemu krn menuntut ilmu, berpisah untuk meneruskan perjuangan ilmu"

Miss X said...

Gud luck adek-adek..
.
.
.
.
.
.
Eh???

Anonymous said...

salam berjaye akak2 semua...bce post nie mcm mengukuhkan smgt nk berbakti kpd msyrkt....
'our playground'
word yg sgt bermakne...

adekmanis said...

gudluck kakak2ku..sdeynye..another few months left before u guys r leaving..haish~lepas ni nmpknye dpt jiran baru la ye..sob3~jgn lupekan ana di sini..