Bismillah
(Artikel untuk memerli dan mengingatkan diri sendiri. Sayalah yang paling lemah itu....)
Seolah-olah bermusim. Itu pendapat saya. Ia hangat ketika peristiwa-peristiwa penting berlaku.
Apatah lagi yang menggoncangkan perasaan ummat seluruhnya dan menyalakan api kemarahan masyarakat dunia. Semua berlumba, mahu menceritakan segalanya.
Namun suram bila ia berlalu. Mungkin dua tiga bulan lagi, atau kurang daripada itu, andai tiada siapa mahu menggembar-gemburkan lagi isu ini .
Anda akan lupa, peristiwa penting sejarah ummat kita
Ooh.. tidak perlu tunggu dua tiga bulan lagi. World Cup FIFA sudah menanti. Saya bukan peminat bola, walau pernah menjadi seorang daripadanya suatu ketika dahulu.
Kalaupun anda meng'claim' anda masih mengingati peristiwa berdarah ini, semangat anda tidak lagi sama, amarah anda hanya berbaki sisa, tidak lagi terbakar, hanya bahang bara atau mungkin tinggal arang sahaja.
Hanya yang I.K.H.L.A.S, yang akan Allah kurniakan semangat yang sentiasa menyala dalam jiwa, mahu membantu saudara di tanah yang bergolak sepanjang masa, mahu membebaskan mereka di sana dari kesengsaraan hidup di tanah air mereka sendiri.. dan mereka yang ikhlas ini akan sentiasa berusaha mencari jalan bantuan walaupun ianya bermaksud mahu MENGORBANKAN DIRI SENDIRI..
Dan itu yang saya lihat ada pada aktivis-aktivis yang menyertai konvoi kemanusiaan Life Line For Gaza yang mahu menerobos benteng Gaza yang dibina untuk menghalang sebarang bantuan daripada sampai kepada mereka di sana.
Semalam Allah beri peluang kepada kami, mahasiswa-mahasiswa Jordan (Irbid dan sedikit daripada Mafraq) untuk mendengar pengalaman yang mereka tempuhi selain menadah cerita-cerita dan ayat-ayat jihad yang membakar semangat kami.
Saya tidak mahu mengulas panjang apa yang diceritakan oleh aktivis-aktivis Malaysia yang 'mendaftar' sebagai calon syahid ke sana. Tapi sekadar ingin mengambil intipati penting, muhasabah dan pengajaran berpanjangan yang perlu kita bawa dalam kehidupan.
DO THE ACTION !
Isu ini bukan isu baru
Perjuangan mereka bukannya baru bermula
Sekarang hanya tinggal Gaza penyambung nyawa tanah Palestin yang semakin hari semakin pupus dimamah parasit Israel
Bercakap memang mudah. Sangat-sangat mudah. Mahu menunaikannya, menuntut pengorbanan harta jiwa dan perasaan.
Buktikan!
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (At-Taubah: 16)
Mahu membela agama Allah, bukan hanya dengan omongan kosong, buktikan!
Mereka yang dipilih Allah menjadi calon syuhada ke sana pergi untuk membuktikan apa yang mereka suarakan selama ini bukan hanya pada bicara, mahu membantu saudara yang sedang sengsara.
Mereka pergi untuk membuktikan semangat mereka bukan hanya ada pada air liur ketika berkata atau pada setiap bait kata dalam penulisan mereka (seperti saya..?huh).
Mereka mahu membuktikan cita-cita syahid mereka bukan hanya pada angan-angan tetapi biarlah menjadi nyata andai Allah izinkan.
Mereka yang berani itu pergi dengan rahmat Allah menemani... syahid itu tujuan.
Mereka yang pergi mengaku tiada rasa gentar walau sekelumit, malah tiada rasa sakit apabila diterajang tendang oleh sang zionist. Allahu Akbar!
"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (At-taubah : 38 dan 41)
Biarlah mereka yang memulakan, walaupun nyawa jadi taruhan.
MEMBUKA MATA DUNIA
Antara objektif LL4G yang diterangkan kepada kami, salah satunya ialah mahu menyedarkan masyarakat dunia.
19 syuhada yang terkorban, DARAH MEREKA BERSUARA..
Sehingga dunia mampu mengaku
"Gaza needs help!"
Satu pengakuan dunia yang lama meninggalkan sengsara dan derita penghuni Gaza, setelah aktivis keamanan dan kemanusiaan syahid, dan berpuluh-puluh lagi cedera, hari ini mengaku Gaza perlukan bantuan dunia..
Objektif ini bagi saya berjaya. Dunia membuka mata. Tetapi saya musykil sampai bila. Mungkin senyap apabila media-media menghangatkan suasana World Cup yang hanya beberapa hari sahaja lagi. Atau ada banyak berita lagi yang sensasi yang dimainkan media hingga mampu memadamkan cahaya kesedaran yang baru tiba.
Dunia yang bukannya semua Muslim ada hak mungkin berlaku begitu. Terlupa nasib sengsara umat Islam di tanah Gaza mahupun di mana-mana sahaja di atas muka bumi Tuhan ini. Tetapi bagi kita yang mengaku tiada Ilah selain Allah, tidak mungkin ada pengecualian untuk hilang kesedaran, dan hilang semangat untuk sentiasa berusaha membantu mereka yang seakidah seagama.
HIDUP ATAU MATI
BIARLAH BERMANFAAT UNTUK UMMAT
Syuhada yang terkorban, membuktikan mati mereka bukan sia-sia. Kematian mereka membuka jalan lebih luas buat Gaza dan penghuninya untuk menerima labih banyak perhatian dan bantuan.
Itu mati yang bermanfaat bukan hanya untuk diri sendiri yang dianugerahkan syahid, malah untuk seluruh ummat yang sedang terlena sebelumnya. Usaha mereka menyedarkan dan mengejutkan ummat dari lena yang panjang.
Masih teringat kata-kata seorang aktivis yang memberi ucapan semalam
" Andai ada lagi misi kemanusiaan yang boleh kami pergi, kami akan menjadi orang pertama yang menyusulnya "
Mereka haus dan dahagakan rahmat syahid yang menjadi impian
Kita...?
Sekali lagi saya mengingatkan diri
Tulisan ini tidak lebih daripada sekadar untuk memarahi diri sendiri yang acap kali gemar menulis tentang ummah, tetapi belum pasti apakah saya telah memenuhi tuntutan pra syarat kemenangan Islam dengan menjadi Muslim sejati ? Lidah hanya mampu berbicara, Allah akan datangkan ujian untuk kita membuktikannya. Sehingga waktu itu tiba, saya hanya mampu berdoa dan berharap, agar Allah tetapkan kita atas jalannya dan mengizinkan cita-cita agung kita terlaksana tanpa rasa gentar dan takut. InsyaAllah.
Teruskan berdoa dan berusaha memberi bantuan kepada mereka...
Wallahua'lam
Walk in Titiwangsa.
14 hours ago
1 silent voices:
[artikel untuk memerli dan mengingatkan diri saya juga.. terimakasih kak sarah ^__^]
p/s: Mabruk ya dukturah! jaiyyid jiddan woo... \(^_^)/
Post a Comment