8:01 PM

Tongkat Sakti

Semalam kami pergi melawat Presiden Permai, En. Muhammad Naqeb bin Sulaiman, (Tahun 3 Perubatan) di Wad Surgery King Abdullah University Hospital (KAUH). Dia dimasukkan ke wad untuk menjalani 'arthroscopy' (pemeriksaan detail di mana kamera akan di masukkan ke dalam kaki untuk melihat gambaran kecederaan).

Rasa simpati melihatnya. Sebelum ini mungkin dialah orang yang paling sibuk ke sana ke mari, menguruskan PERMAI dan anak buahnya, berdebat mewakili bumi Irbid, namun untuk beberapa minggu yang lalu, aktivitinya mungkin terpaksa dikurangkan memandangkan kecedaraan yang dialaminya menyukarkan pergerakan dan memerlukannya bertongkat.

Kali pertama saya melihatnya bertongkat adalah ketika dia hadir untuk merasmikan program Meniti Perhentian Terakhir' anjuran MMY. Namun semangat sebagai seorang pemimpin tetap membara. Kalimah yang dilafaz ibarat dia sedang berdebat. Penuh semangat dan meninggalkan kesan untuk mereka yang menghayati. Semoga Allah beri kekuatan.

Alhamdulillah, ada kawan-kawan sebatch MEP7 setia menemani. Terharu lihat pengorbanan mereka. Terima kasih kawan-kawan!!!
Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan urusan kamu semua yang banyak membantu orang dalam kesusahan.

Kami doakan semoga Tuan Presiden cepat sembuh.
Dari warga SOL...

::Teringat tongkat sakti yang banyak berjasa...:)::

7 silent voices:

Naqeb Sulaiman said...

salam.

terima kasih buat akak2.
saya doakan akak2 berjaya. :)

SOL said...

kak fez: Ni syabab2 yang cedera2 ni sebab main la eh?

Pres PERMAI : Riadhah tu ibadah , kak

kakak2: errr... (tersengih je)

Fez said...

Akk injured dulu pun sbb main gak..hehe..

Naqeb Sulaiman said...

kesimpulannye.
main itu boleh jadi ibadah.
tapi kena hati-hati. :)

kher said...

supaya kita beringat kot time main.

dan juga ingat, bila-bila nikmat boleh ditarik.

Abdul Munir Sanusi said...

saya sokong mr presiden punya statement. saya selalu pesan benda lah ini kat team saya

ishikawa said...

2 thumbs up! Alhamdulillah.. kalaulah semua orang boleh fikir macam ni...

dalam semua benda pun ibadah.. kalau buat kerana Allah