Gejala ponteng semakin berleluasa.
Wartawan : Miss AN.Jell
Irbid, 23 Jan - Gejala ponteng telah dikenalpasti semakin berleluasa berlaku di kalangan pelajar Malaysia di Irbid. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada sesetengah pelajar sudah mula memberanikan diri untuk ponteng dari menghadiri round dan lecture sama ada di hospital mahupun di universiti.
Mari kita lihat pandangan mereka yang ditemuramah tentang gejala yang MEMALUKAN ini...
Rugi bagi mereka yang tidak ke kelas...
Mereka terlepas dari mendengar perkara penting atau perkara common yang disebut oleh doktor. Biasanya apa yang disebut oleh doktor dalam round itulah perkara common dan seharusnya di tahap pelajar perubatan, kita perlu tahu.
- Fara Fauzana
Rugi bagi mereka yang tidak ke kelas...
Sekiranya doktor menanda 'ghiab' pada kehadiran. Kita biasanya mengharapkan markah evaluation untuk membantu markah peperiksaan OSCE. Semasa peperiksaan, macam-macam boleh terjadi, mungkin kita diuji Allah dengan masalah kesihatan, kebuntuan, kesusahan yang boleh memberi kesan kepada pencapaian di dalam peperiksaan. Ketika itu, markah bonus mana yang kita harapkan lagi untuk membantu? Bagi mereka yang cemerlang dalam round, tidak pernah ponteng, markah evaluation pastinya melegakan. Barulah WORLD!
- Mawi
- Mawi
Rugi bagi mereka yang tidak ke kelas...
Kurang pahala menuntut ilmu mereka pada hari itu. Pernah dengar 'ada orang pergi ke kelas untuk mendapat keberkatan'? Ada yang sinis gelak apabila disebut alasan seperti itu.
Jika anda mempercayai bahawa kejayaan anda adalah disebabkan usaha anda menghafal dan mengulangkaji, anda tahu silap, kan?
Allah melihat usaha kita, bukan natijah. Allah tahu kita bersusah payah untuk menuntut ilmu. Allah tahu kita sedang berjuang menghadapi kemalasan, kesejukan, kepenatan.
Allah nampak kita berusaha sedaya upaya untuk menghormati 'murabbi' kita dengan menghadirkan diri ke kelas. Di situlah letaknya keberkatan. Mudah-mudah dengan kesusahan yang kita hadapi sebelum ini, Allah akan memudahkan jalan kita pada hari akan datang di saat tiada siapa yang mampu membantu.
- Abdullah Khairul Azzam (Aktor KCB)
- Abdullah Khairul Azzam (Aktor KCB)
Sekarang mari dengar pandangan seniorita 'ayamor' (bak kata En Mun.. Eh macam 'ayam')
Pernah dengar kata-kata sahabat Nabi SAW, Abu Ad-Darda'?
"Kalau aku menemukan satu ayat dalam Al-Qur'an dan tidak ada orang yang bisa menerangkannya kepadaku, kecuali seorang yang tinggal di tempat yang sangat jauh sekali, aku akan turut dia".
Lihat kesungguhan Abu Darda dalam menuntut ilmu.
Kemudian lihat diri kita.
Ada apa dengan diri kita??
Lupa adab menuntut ilmu??
Salah satunya, menghormati guru dan tidak menyakiti hati mereka.
Ada doktor yang bertepuk tangan gembira apabila nama pelajar dipanggil, namun mereka tidak hadir??
Ya, mungkin ada. Namun jauh di sudut hati mereka, jika tidak besarpun, pasti ada sekelumit rasa tidak senang dengan tindakan pelajar yang ponteng.
Jaga imej kita...
Sehingga kini, pelajar Malaysia terkenal dengan sikap yang baik dan tidak menimbulkan masalah. Masih ada beberapa nama senior kita yang diingati oleh doktor kerana kecemerlangan sakhsiah dan pelajaran mereka. Justeru saya kira, kadang-kala doktor memukul rata markah evaluation untuk pelajar Malaysia. Majoritinya mendapat markah yang baik.
Namun 3-4 tahun lagi, sekiranya masalah PONTENG ini berleluasa, imej baik yang selama ini ditunjukkan oleh para senior mesti semakin pupus. Jadilah kita seperti pelajar klinikal tipikal di JUST. Kadang datang, kadang tidak, datang lecture pun tuliskan kehadiran untuk kawan, datang round pun dalam keadaan tak bersedia.
Fikir-fikirkanlah.
Ingatkan diri anda, ingatkan rakan-rakan anda!
((Nama-nama selebriti di atas- contoh saja. Bukan pandangan mereka pun. Harap maklum. Jangan saman SOL..:))
((Nama-nama selebriti di atas- contoh saja. Bukan pandangan mereka pun. Harap maklum. Jangan saman SOL..:))
14 silent voices:
faezza
untuk setiap ulangan ayat faezza rugi bagi mereka yang tidak ke kelas..
kita terbayang ada bunyi guruh dan panahan petir...
rasa nak jerit.. RUGI DIIIKKK!!!
yep, enti memang senior yang prihatin!
thanx!
ingat tym smart study hari tu, kita ada pesan tentang medicine is all about attitude
oo.. kalau starting macam ni, susah jugak nak jadi doktor yang berdedikasi
adik2, you still have time!!!
btw, macamna boleh ponteng round ? bahaya... bahaya.. bahaya...
kalau tak datang bersebab, sape2 pun tak akan marah, sape yang marah mungkin tak faham atau tidak mahu memahami
tapi kalau ponteng tanpa sebab (nama pun ponteng...), sape2 pun boleh marah dan kecewa, even senior2 yang bukan sebatch..
ingat dik..
"Don't be a thief, and you won't fear the king"
takde alasan untuk kita takut kalau kita tak buat salah..
setuju dengan apa yang ditulis.
sama-sama lah kita semua menuju kejayaan.
Medicine is all about attitude.
IshiK,
Eh ni Ms A.N Jell yang tulis. Bukan Faezza..Siapa itu Faezza? (Ape laaaa Mek Ishikawa ni. Pecah rahsia seniorita ayamour!)
Bukan adik-adik je, kawan-kawan pun sama...:p
Kher,
Hayya 3la alfalah. Perlu sentiasa ingat-mengingatkan. Inshallah kher.
hahaha.
it's a public secret.
insyaAllah.
itulah. sama-sama saling ingati antara satu sama lain.
insyaAllah kher.
oopss.. sori fez
ampun..
tak buat lagi lepas ni..
klu tak der attitude, tak der nilai.-dr khalid salim, neurosurgeon
medicine is not only about intelligence, yeah..u should be qualified enough to be at 'this medicine world', but.. attitude make u stay longer or nonsense..
p/s: aku suke dtg round..haa, baek x aku? hahaa (aku syg markah evaluation..lol~)
ain, bagus3!!
markah free tu...
sape tanak, kan..
kite pon nak..
bagi mereka malas membaca, tumpuan dalam round mmg penggantinya. ini rahsia kejayaan saya.
sekian.
i was just about to ask about d royalty dat we have to pay to those generous celebrities..hehe..
apepon kesedaran itu --its in you!...
so apa lagi, jgn nnt gigit jari di hujung jalan sudah..
Andalah org yang paling berkuasa untuk mengubah diri sendiri!
btw fez..aku sewius rasa klaka skit bila ko panggil ishikawa ishik..hehe..sbbnya teringat zaman2 tgk citer hindustan dulu..
teringat perkataan ishq..tak silap aku maksudnya cinta dalam bahasa urdu...
weh..
charaacter mama bosan tkda quote apa2 ka??hahaha..
tk apa..yg dh lepas jgn diulang..
ak bukan org selayaknya nk ckp psl ponteng...
sebab ak pn ada ponteng 1 hari dlm 1 round tym ak 4th yr..
(ak kira sbb ak rasa rugi dan dalam masa yg sama..ak dh tk larat..)
hoho, kak faezah a.k.a miss A.N Jell. entri ni memg unik. best2. ada gaya dan cinta~
Teringat satu kata2 keramat
Kalau kita rajin, kesan dr kerajinan itu memng susah dilihat sekarang mahupun pd masa hadapn, tapi kalau kita malas kesan dari kemalasan itu mampu dilihat saat itu juga mahupun nnti. percayakah?
btw, sikap adalah disiplin hidup, perlu dilatih dan diproses. saya setuju! cadangan kpd yg suka ponteng yg mula nak berubah, bleh buat kertas mutabaah dtg kelas.
sikap adalah disiplin hidup! akak suka ayat awk ni izz..
teringat kata-kata ustaz wan akasyah tym beliau masih menjadi tenaga pengajar kat sekolah (budak SMAPK angkat tangan!!)
masa tu dia tegur, sikap dan perangai awk masa sekolah menengah ni, kalau tak ubah, memang akan bawak sampai tua.. (kat universiti, dan seterusnya)
masa tu rasa , adooi ada masa tak nak berubah ni, takkan nak stay dengan sikap lama yang ntah ape2..
sekarang, nak ubah sikap bagi akak still masih belum terlambat, tapi memerlukan extra effort sket, sbb sikap tu dah jadi habit seharian kita, susah nak buang..
tapi , cuba fikirkan kalau sikap macam ni yang akan kita bawa ke dunia profesionalisme nanti...
nauzubillah~
Terbaeek la artikel ni! Memang popular meletup bom bom. Siap ada artis~
Post a Comment