10:45 AM

Sedihmu sedih kami juga....

Bismillah

Pulang daripada meraikan sambutan ulang tahun seorang sahabat (junior), Farah mendapat panggilan daripada Faezza. Kedengaran tangisan dalam suara di hujung talian. Wajah Farah berkerut. Saya berdebar. Saya membuat muka bertanya tanpa suara. Farah menjawabnya melalui gerak bibir, juga tanpa suara, masih melayan esak sahabat di talian. Saya menangkap apa yang dituturkan Farah. Benarkah....? Terus terbayang wajah Hetty dan ibunya serta merta.. Ya Allah, kuatkan sahabatku ini.....


Maaf, tak dapat tulis panjang-panjang. Tak terbendung air mata mengenangkan sahabat di Malaysia. Hetty, maaf, kami tiada di sisi. Namun doa kami mengiringi.

Saya yakin, ibunya telah pergi dengan meninggalkan zuriat yang soleh solehah yang akan mendoakannya di alam sana. Hetty salah seorang daripadanya, yang akan menyambung pahala yang tidak akan terputus sehingga berjumpa kembali di akhirat nanti. Ameen, Ya RabbalAlamin..


Semoga tempat persinggahan almarhumah ibumu adalah salah satu taman daripada taman-taman syurgaNya.

Doakan Allah merahmatinya, dan memberi kekuatan bagi sahabat kita menghadapinya.

Ingat, Hetty, Allah sangat menyayangimu....


Al-Fatihah

6 silent voices:

takziah said...

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows, Allah knows.

Al-fatihah

kher said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji3un.

Semoga Hetty sentiasa tabah dan redha. InsyaAllah ruhnya ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh dan mendapat rahmat dan kasih sayang-Nya.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati".

Al-Fatihah.

Abdul Munir Sanusi said...

semoga rohnya tenang di sana

Anonymous said...

doa daripada seorang adik untuk k hetty tersayang

"Ya Allah berikannya kekuatan. Andai ada secebis kekuatan dalam diriku, kirimkan semua untuknya..."

terima kasih adik..
akak quote kan kat cni je

'Ezzah Al-Islam said...

Allah yarhamha.
Moga Kak Hety dan keluarga terus kuat. Buzz utk yg masih hidup [ali-imran 3:185]

ainshams said...

semoga hetty kuat!!! insya Allah doa anak yang solehah berterusan..