5:06 AM

Kursus Orientasi Houseman

Assalamualaikum semua :)

Lamanya tak menjengah blog. Sementelah berkesempatan sebelum memulakan tagging peadiatrics esok sehingga 14 hari, mari kita update sikit perjalanan housemanship di Malaysia.

Pada hari pertama memulakan langkah sebagai houseman selepas induksi, perkara pertama yang perlu dibuat ialah :

1) Lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
2) Lapor diri di hospital yang telah diberikan

Mula-mula, kena pergi JKN dulu kerana selepas lapor diri, mereka akan serahkan seutus surat yang kemudiannya perlu diserahkan kepada Unit Latihan tempat lapor diri di hospital. Di JKN N9 contohnya, dokumen yang diminta hanya 2 perkara:

1) Surat penempatan hospital yang dapat semasa induksi (bagi salinan)
2) Surat pelantikan sementara MMC

Lain-lain dokumen kalau di JKN N9 tidak diperlukan. Mungkin di JKN yang lain sama sahaja prosedurnya. Kemudian, selepas lapor diri di JKN, teruslah ke Unit Latihan di hospital yang telah ditempatkan dengan membawa surat yang diberi oleh JKN selepas lapor diri tadi. Dokumen yang perlu dibawa di sini banyak. Sebanyak 4 salinan perlu dibuat untuk setiap perkara di bawah ini :

1) Surat terima pelantikan
2) Surat tapisan keselamatan
3) Surat tawaran perlantikan jawatan dari SPA
4) Surat penempatan hospital dari KKM
5) Surat pelantikan sementara MMC
6) Salinan sijil SPM
7) Salinan ijazah perubatan
8) Laporan pemeriksaan kesihatan

Senarai dokumen yang perlu dibawa ada disenaraikan dalam surat penempatan yang diperoleh semasa kursus induksi. Pastikan semua dokumen lengkap. Bawa sekali gambar dalam 5 keping (akan ada extra). Dokumen-dokumen ni sangat penting untuk pengesahan jawatan kelak. Banyak kes yang diadukan oleh pegawai yang menguruskan, dokumen-dokumen tidak lengkap walapun housemanship hampir tamat. Hal ini akan melengahkan urusan pengesahan jawatan. Ditambah lagi dengan kesibukan sebagai houseman, akibat ketidaklengkapan dokumen semasa lapor diri, semakin terbengkalailah dokumen-dokumen ni. Penting tahu kena siapkan, nampak macam remeh, tapi jangan tidak disangka masih ramai yang tidak melengkapkannya. Sampai ada pengarah hospital yang buat keputusan untuk extend houseman sebab susah sangat nak lengkapkan dokumen walaupun telah dipanggil berkali-kali. Hmm, ni mesti kes sibuk sangat/ambil mudah sampai tak dapat nak datang pejabat. Jadi, untuk tidak susah dikemudian hari, sila lengkapkan sebelum lapor diri ok.

Selepas lapor diri, houseman akan diberi taklimat oleh ketua bahagian Unit Latihan. Macam di Hospital Tunku Ja'afar Seremban (HTJS), Puan Fauziah namanya. First impression saya, dia sangat baik! Sangat memahami kehidupan houseman. Begitu juga dengan En. Azizan. Semua houseman adalah di bawah jagaan unit ini sehinggalah jawatan disahkan apabila tamat housemanship kelak. Jadi sebarang masalah, bolehlah kongsi dengan pegawai-pegawai di unit ini. Mereka memang baik, sangat terharu.

Kemudian, setiap houseman akan diberikan jadual kursus orientasi di setiap jabatan yang ditentukan. Seperti di HTJS orientasi yang berlangsung selama 2 hari ini, houseman dikehendaki pergi ke jabatan-jabatan berikut dan mendapatkan tandangan dan cop pegawai setiap kali selesai orientasi. Waktunya dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Lepas tu dah boleh balik. Tapi selalunya orientasi ini hanya akan bermula pada hari kedua selepas lapor diri. Kiranya, ia hanya akan bermula pada hari selasa selepas lapor diri pada hari isnin.

Antara isu yang timbul semasa lapor diri,

1) Melewatkan lapor diri di JKN/Hospital
Sebenarnya saya juga cuba untuk minta izin lewat lapor diri. tapi memang sangat susah sebenarnya kerana gaji telah dikira sejak hari pertama induksi. Ada seorang kawan houseman yang nak minta tangguh 2 minggu kerana nak ambil lesen kereta pun tidak mendapat kebenaran. Jika diluluskan pun, bukanlah tangguh, tapi cuti yang telah digazetkan untuk setiap rotation yang selama 8 hari tu akan dipotong. Kira tangguh atas alasan yang dirasakan kurang kukuh oleh mereka (selain berlaku kematian contohnya) tidaklah dapat diterima tangguhan. Kenalah potong cuti.

2) KWSP
Buatlah akaun KWSP sebelum lapor diri. Nanti akan dapat nombor keahlian yang bakal digunakan ketika lapor diri di hospital. Sepanjang tempoh housemanship ni, sebenarnya akaun KWSP belum confirm. Nanti selepas dua tahun housemanship, pilihan sama ada mahu memilih skim pencen ataupun KWSP akan diconfirmkan semula secara tetap dan final.

3) Akaun bank
Akaun bank pun perlu buka. Sekarang kan dah tidak ada buku bank kan, nanti bila dah buka akaun, minta pihak bank print outkan account statement untuk tahu no. account kita. Nanti bahagian kewangan di hospital akan minta untuk urusan gaji dan tuntutan elaun.

Ok, itu sahaja yang nak dikongsikan buat masa ini. Doakan kami kuat mengharungi cabaran housemanship dan bersungguh belajar sampai jadi houseman yang berilmu dan berkemahiran serta berakhlak mulia.

Jumpa lagi!