entry pertama dari saya...
saya pernah berblog. bukan satu, bukan dua.. malah blog ini adalah blog keempat. namun yg istimewa, blog ini merupakan hasil cetusan idea seorang sahabat yang inginkan kami beramai-ramai mencurahkan idea dan nasihat dalam bentuk penulisan agar semangat pendakwah terus mengalir dalam diri kami semua.
terima kasih sekali lagi kepada ketua blogger. ms setsuko...
sehari bercuti sempena hari intikhabat di jordan tidak saya sia-siakan. pada waktu beginilah sesuai untuk berkumpul-kumpul berjumpa ibarat adik-beradik. Beberapa jam bekumpul bersama sudah cukup membuatkan kami 'menyegarkan' semula ukhwah yg telah sekian lama bertaut.
Pemergian kami ke Byt Quratul Ain pada petang itu adalah kerana menerima undangan dr kak yati yg katanya ingin memasak sesuatu istimewa utk kami. yang paling menarik, sementara menunggu ketibaan sahabat-sahabat yang lain, kami telah menjalankan aktiviti memetik anggur di belakang rumah QA. Belakang rumah yg kelihatan usang tak disangka rupa-rupanya telah membuahkan bergugus-gugus buah anggur. Lalu jadilah kami seperti petani moden yang memetik anggur.
Inilah hasil petani-petani moden yang rajin :)
Pokok cerita yang ingin disampaikan bukanlah tentang aktiviti kami memetik anggur. Namun lebih istimewa dari itu. Adakah kita sedar, anggur merupakan antara buah-buahan yang pernah disebutkan dalam al-qur'an?
"Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari buah-buahan itu kamu makan." (al-Mu`minuun [23]: 19)
Ingat tak apa lagi buah yang pernah disebutkan dlm Al-quran selain anggur? Antaranya seperti...
Buah Pisang
Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (al-Waaqi'ah [56]: 28-33)
Zaitun dan Delima
"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya);dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-An'aam [6]: 141)
Kurma
"Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum, dan bersenang hatilah...." (Maryam [19]: 24-26)
Tin
"Demi Tin dan Zaitun.." (At-Tiin:1)
Buah-buahan yang dicipta semua kaya dengan khasiat tersendiri. Kadang-kadang bermastautin di perantauan sering membuatkan kita rindukan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis..(all my fav!). Walau bagaimanapun, di sinilah kita perlu apply rasa syukur kita kerana kalau tak kerana kita ditempatkan di jordan, sudah tentu jarang-jarang kita dapat makan buah tin, buah zaitun, anggur yang murah dan besar2 dan kurma yang byk pilihan. bersyukur x kita?
Maka hayatilah firman Allah dari surah Ibrahim:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah nikmat kepadamu. Dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim:7)
(Alhamdulillah duit JPA baru masuk. Jom kita beli buah!)
6.00pm (1 Ogos 2007)
2 silent voices:
kalau belanja orang beli buah, dapat pahala..
apa lagi tukar la ayat
(Alhamdulillah duit JPA baru masuk. Jom kita belanja orang beli buah)
=P
Anonymous,
Krew School Of Life sedang menanti 'anonymous' membelanja kami buah durraq dan nectarin. sedapnya!
Post a Comment