Bismillah ...
(tak kira, nak tulis jugak)
Beberapa hari lalu saya amat tertarik dengan satu keratan akhbar tentang kenyataan memansuhkan undang-undang Common Law yang selama ini menjadi rujukan pihak kehakiman negara kita untuk menetapkan hukum bagi kesalahan jenayah sivil.
(Baca di sini) Mansuh Comman Law- Ketua Hakim Negara Mahu Perundangan Lapuk Inggeris Diganti
Salah satu alasannya - rujukan terhadap Common Law yang dirangka oleh pihak Inggeris membuktikan kita masih lagi dijajah walaupun sudah 50 tahun merdeka. Tetapi apa yang lebih penting ialah berkenaan kenyataannya untuk memartabatkan undang-undang Islam di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.
Lihat juga pandangan seorang pembaca yang memberi feedback berkenaan isu pemansuhan Common Law ini
Common Law wajar dimansuh
Ini pula pandangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin
Penerapan Syariah Ganti Common Law
Apa pun, sekiranya berlaku pemansuhan ini, biarlah undang-undang yang menggantikan Common Law iu benar-benar undang-undang yang diambil dari Al-Quran dan As-Sunnah, serta ijma' dan qias ulama'. Bukan sekadar undang-undang 'syariah' negara yang tidak mendatangkan rasa takut bagi pelaku salah zina misalnya, kerana hukuman hanyalah nilaian wang denda yang boleh mereka cari di mana-mana..
Tercapaikah impian menyaksikan hukum hudud, hukum yang benar-benar berasaskan syariah Islam dilaksanakan di tanah air sendiri..... mungkinkah?
Walk in Titiwangsa.
14 hours ago
5 silent voices:
itu dia cik tiara kita sudah mula menyeringaikan taringnya dalam isu-isu nasional (almaklumla, pernah belajar taekwondo katanya). pemikiran seperti inilah yang kita sangat-sangat harapkan dari mahasiswa dan mahasiswi; sentiasa peka dan peduli dengan hal ehwal sekeliling serta tidak gentar menyuarakan kebenaran. jangan kembang...
environment di kampus dan tahap intelektual mahasiswa secara teoritikal menggambarkan keadaan sebenar masyarakat pada masa akan datang. realiti mahasiswa kini yang sebahagian besarnya bertuhankan hedonisme adalah suatu petanda buruk yang melahirkan kebimbangan di kalangan generasi terdahulu. mahasiswa bakal memimpin negara. bagaimana mahu memimpin andai tidak peka dan peduli dengan masyarakat?
mukadimah saja...
apa-apa pun, kita mengharapkan isu yang ditimbulkan ini bukan hanya sekadar retorik pilihanraya. kita mahukan common law digantikan dengan undang-undang syariah yang tulen. bukan hanya syariah pada nama, tapi hakikatnya telah melalui proses penjenamaan semula lalu menyebabkan undang-undang syariah jauh menyimpang dari yang sebenar.
erk.. apa kaitan dengan belajar teakwondo?
kesian cik tiara
setuju dengan komen di atas, pernah terlintas di benak fikiran, isu yang ditimbulkan hanyalah propaganda pilihanraya.
Namun, kita hanya manusia, mana mungkin dapat menilai dengan sebenar-benarnya niat mereka. Jika kita yang tersalah anggap dan menabur fitnah tentang niat suci mereka memartabatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya, kita yang mendapat 'saham buruk' di Sana.
Agama Allah tetap kan tertegak di muka bumi.. insyaAllah
betul tu, pembaca blog..
(rasanya,takde pun kaitan taekwondo dengan entry kali ini, lagipun pesanan kepada cik tiara, ingat! ilmu taekwondo yang anda pelajari tidak dapat menjamin keselamatan diri. Allah sahajalah MAHA PELINDUNG..)- maaf terkeluar tajuk sikit
Cuma nak timbulkan persoalan di sini, agak-agaknya lah apa reaksi non-muslim apabila mendengar atau membaca isu ini? sebab tak terdengar/terbaca apa-apa komen di mana2 daripada masyarakat non-muslim di malaysia- setujukah, atau menentangkah..
bukan masyarakat non-muslim sahaja, bahkan masyarakat muslim (pada nama) yang dulu-dulu menentang pelaksanaan hukum hudud ni, tidak pula memberi reaksi terhadap isu yang ditimbulkan ini..
agak-agak diorang setuju ke?
ya, betul kita tidak boleh menilai sesuatu dari luaran saja. tapi kita berdalilkan dengan pengalaman lepas. menurut HAMKA (bukan hamka kereta mayat), sejarah itu akan pasti berulang kerana perangai manusia sama saja setiap zaman. manusia yang tidak mengambil iktibar dari sejarah, pasti akan jatuh ke dalam luabnag yang sama dua kali. seperti peribahasa melayu, pisang berbuah dua kali.
kita sama-sama bersetuju bahawa common law mahu dimansuhkan. tapi undang-undang syariah apakah yang bakal menggantikannya? negara kita sedia ada undang-undang syariah. kita mempunyai mahkamah syariah. tapi itukah undang-undang syariah yang tulen? apakah undang-undang syariah itu diekstrak dari Quran dan sunnah ataupun sekadar manipulasi akal manusia pada undang-undang yang sedia ada? lalu dinamakan syariah.
dan satu lagi kemusykilan. isu undang-undang syariah ini telah lama diperjuangkan oleh sesetengah pihak. sama ada ada pilihanraya atau pun tiada. tapi kita sangsi apabila isu ini baru ditimbulkan golongan tertentu hanya ketika betul-betul hampir pilihanraya.
dulu kita diwar-warkan dengan islam jenama baru tapi adakah itu islam yang kita mahukan?
kita tidak bermaksud menilai niat mana-mana pihak. tapi kita diajar untuk hazar atau berwaspada dengan propaganda politik. kita tidak boleh menilai janji, tapi berhati-hati supaya tidak terpesona dengan janji.(especially perempuan, mudah sgt terpesona dgn janji2 manis si lelaki.hehe. keluar tajuk plak)
satu lagi, hudud dan undang-undang syariah bagi yang memahami seperti anda semua adalah perkara yang sama. tapi berbeza dalam konteks negara kita, hudud adalah satu taboo untuk sesetengah pihak. bila mengatakan hudud, maka dalam fikiran mereka ialah potong tangan, rejam guna batu dan sebagainya. tapi bila kita gunakan term undang-undang syariah, tidak pula dianggap begitu.
apapun, kita harapkan agar isu ini dapat membuka minda dan mata masyarakat bahawa tiada undang-undang yang kekal melainkan undang-undang Allah.
terima kasih kakak atas peringatan tu (apela ade pade taekwondo)-takkan saya lupa sampai bila2, insyaAllah
kita tidak menolak kemungkinan ianya satu propaganda politik mahupun pilihanraya yang bakal menjelang. Dan kita tidak menafikan kemungkinan undang-undang 'syariah' tersebut hanya pada nama.
Tapi jika undang-undang tersebut benar- benar dilaksanakan mengikut cara Islam, bukankah ia boleh dianggap sebagai satu perubahan positif peralihan pemerintahan sekular kepada pemerintahan Islam, walaupun ianya mungkin dijalankan secara berperingkat.
hmm..entahlah...
Post a Comment