1:52 AM

Kiri kanan bukit aka KKB

Setiap kali memperkenalkan diri dan asal saya, ramai orang akan mengajukan 'further question'.
"Kuala Kubu tu kat mana?"
"Banyak kubu ye?"

In fact, dari dulu lagi, Kuala Kubu sudah popular menerusi lagu Sudirman..
Kalau pergi Kuala Kubu,
Tulis nama atas batu...

Bagi mereka yang tidak pernah sampai ke KKB, nama Kuala Kubu Bharu itu sendiri mesti sgt asing. Tetapi bagi saya, saya amat bersyukur kerana dibesarkan di KKB, dengan suasana persekitarannya yang nyaman, dikelilingi bukit-bukau yang menghijau, jauh dari hiruk pikuk bandar.
Kuala Kubu Bharu atau nama singkatannya KKB, merupakan ibu daerah bagi Hulu Selangor. Ia juga terletak di kawasan yg agak tinggi, berdekatan dengan Fraser's Hill dan Genting Highland. Malahan, puncak Genting Highland yang bergemerlapan akan kelihatan sayup dan tidak jauh dari rumah saya pada waktu malam.

Kenapa namanya Kuala Kubu Bharu?
Ibu saya yang juga merupakan anak jati KKB pernah mengisahkan bahawa pd zaman dahulu, banjir besar telah berlaku akibat pecahnya sebuah empangan air(asal bagi nama Ampang Pecah) lalu menenggelamkan Pekan Kuala Kubu Lama. Justeru, selepas tenggelamnya Pekan Kuala Kubu Lama akibat banjir tersebut, Pekan Kuala Kubu yang baru dibina dan ditambah perkataan 'Bharu' bagi menggantikan Kuala Kubu Lama. Selain itu, ada juga mitos yang mengaitkan tentang banjir tersebut dengan kewujudan buaya putih.

Mengikut sejarah juga, Kuala Kubu merupakan antara pusat perlombongan bijih timah dan laluan keretapi terpenting satu ketika dahulu.

Apa yang istimewa di KKB?
Ramai orang melihat, tiada apa yang istimewa di KKB. Ia memang hanya sebuah pekan kecil yang semakin hari semakin dinaik taraf berikutan penambahan bilangan penduduk dan kemajuan di sekitarnya.

Kini, sedar atau tidak, KKb juga telah menjadi salah satu pusat pendidikan dalam negara.
Sekolah-sekolah utama yang terdapat di KKB:
1. Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (drjh 1-6 sy di sini)
2. Sek. Keb Kuala Kubu Bharu 1
3. Sek. Keb Kuala Kubu Bharu 2
4. Sek. Keb Ampang Pecah
5. Sek. Keb Tun Abd Razak (sekolah orang asli)
6. Sek. Jenis Keb Cina Khing Ming
7. Sek. Jenis Keb Tamil
8. Sek. Men Keb Kuala Kubu Bharu (Ting 1-3 sy di sini)
9. Sek. Men Keb Dato ' Hj. Kamaruddin
10. Sek. Men Keb. Ampang Pecah
11. Sek. Agama Men Tinggi KKB
12. Maktab Rendah Sains MARA, KKB
Di bumi KKB juga, ramai hafiz dan hafizah berjaya dilahirkan melalui Pusat Tahfiz Darul Quran yang terletak di Ampang Pecah. Dan tidak lupa para pekerja mahir yang belajar di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, juga pelatih-pelatih bomba di Pusat Latihan Bomba Negara, KKB. Tidak ketinggalan, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang juga terletak di Ampang Pecah.
Pekan Kuala Kubu tidaklah terlalu besar. Ketika kali terakhir saya pulang ke sana, steseen komuter sedang dibina menuju ke Tg Malim, Perak. Namun kini, komuter telah mula beroperasi sehingga stesen terakhir di Rasa, berdekatan dengan rumah saya. Justeru, untuk ke Kuala Kubu, anda boleh memilih untuk keluar dari highway melalui Tol Rawang atau Tol Bukit Beruntung (dari KL/selatan) atau tol Tg Malim (dari utara). Jika menaiki komuter pula, anda kini boleh naik dari mana-mana stesen terus menuju ke stesen paling dekat di Rasa. Dari situ, teksi dan bas boleh diambil utk meneruskan perjalanan ke KKB. Mudah saja..

Jalan raya di sekitar pekan KKB juga tidaklah sesibuk mana. Cuma kadangkala apabila tiba hari Pasar Malam pd 9hb dan 29hb setiap bulan, sesaklah pekan KKB.

Pekan KKB


Pendek kata, bagi rakan-rakan yang mungkin bakal bermastautin di sini atau ditempatkan bekerja di Hospital Daerah KKB, ataupun sebagai guru di MRSM KKB, mahupun ustaz atau ustazah di Darul Quran, janganlah risau kerana terdapat banyak kemudahan yang lengkap disediakan di sini. Boleh je hidup dengan bahagia. Cuma jika ingin berbelanja dengan besar, penduduk KKB tetap akan keluar ke bandar Rawang atau terus ke KL.
Penempatan baru juga banyak dibina bagi menampung keperluan penduduk di sini, jadi senanglah untuk mendapatkan rumah-rumah sewa.


Justeru, marilah singgah ke Kuala Kubu Bharu, my lil hometown! Macam-macam ada...

Lightofvictory
1.50pm
28 Ogos 2007

16 silent voices:

tiara said...

....apabila tiba hari Pasar Malam pd 9hb dan 29hb setiap bulan, sesaklah pekan KKB...

pehal la pelik sgt tempat cik fez ni.. selalunya pasar malam tiap-tiap minggu.. ni ade tarikh spesifik pulak..

ape pun smg berbahagialah dok kat sane.. tak nak pindah2 ke..?
posting pon nk kat ctu ke..? hospital luar bandar yeh.. cukup la syarat kalau nak buat master nanti.. huhu

ramu said...

cuti-cuti malaysia pulak

niksifu said...

I agree KKB is a small, peace town..subhanAllah. Harapnya pmbangunan yg dirancang boleh mengekalkan kedamaian yang ada kat situ.

Anonymous said...

ramu? or invisible umar?

Syphoon said...

KKB, ade klinik kesihatan kat atas bukit, dkt dgn stesen bas KKB. dlu akak sy keje kat situ, jage klinik kesihatan tu, kalo x silap klinik tu ade klinik utk ibu mengandung.

tp KKB quite nice, pekan cowboy, kecik, tapi kalo weekend dia happening... pasar dia bukak abes...

fez said...

tiara,
itu la speselnya kkb.wpun 2 kli sebulan, tp penuh la pasar 1 pekan. yg plg special ialah aiskrim 1.20sen n yong taufoo die. sungguh menyelerakan..
insyallah mudah2n dpt je stay kat kkb ni. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sndiri, lebih baik di negeri sendiri.. :p

niksifu,
rindukan sapaan angin pagi di DQ kah?

syphoon,
betul2.klinik kesihatan tu dkt dgn bas stesen KKB, dekat juga dgn smkkkb. kat situ mmg klinik ibu mgandung dgn klinik gg. owh pernah smpi kkb rupanya... ahlen2.

mynameis...'Q' said...

salam.

em, at last...

tau jga ap asal usul kkb ni.

huhu.k

mynameis...'Q' said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kkb..
ha3
tht further qstion~
pepehal kkb is a place to rehat2 minda n penin2 pala..x)

mandi pertak pn syok gak~
terbaik!

Anonymous said...

Today, I went to the beach front with my children.

I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and
said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She placed the shell to her ear
and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
She never wants to go back! LoL I know this is completely off topic but I had to tell
someone!

My web blog: youth baseball players

Anonymous said...

It's a shame you don't have a donate button! I'd most certainly donate to this excellent blog! I suppose for now i'll settle for book-marking and adding your RSS feed to my
Google account. I look forward to fresh updates and will share this website with my Facebook
group. Chat soon!

my web site ... timex marathon

Anonymous said...

I was able to find good info from your blog posts.


my webpage; rx7 for sale in california

Anonymous said...

I like the valuable info you provide for your articles.

I'll bookmark your blog and check again right here regularly. I'm somewhat certain I'll be told many new stuff right here! Good luck for the next!

Also visit my webpage ... garbage disposal maintenance

Joanarce Chu said...

Hii empunya blog, sy bru je posting kat kkb ne, mne tau kot2 tau mne2 rumah sewa dekat, klu ble nak ade tenet unlimited sbb sy ne heavy user gak, huu.. Klu tau mne2, email kan joanarcechu@gmail.com makaseh..

Joanarce Chu said...

Hii empunya blog, sy bru je posting kat kkb ne, mne tau kot2 tau mne2 rumah sewa dekat, klu ble nak ade tenet unlimited sbb sy ne heavy user gak, huu.. Klu tau mne2, email kan joanarcechu@gmail.com makaseh..

Anonymous said...

Banjir melanda kkb pd tahun?