Bismillah..
Dari Abi Said Al-Khudri R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya dunia adalah kemanisan yang menghijau, dan Allah SWT telah mentaklifkan kamu semua padanya, maka Dia Melihat apa yang kamu lakukan. Maka takutlah kamu akan dunia DAN TAKUTLAH KAMU AKAN WANITA. Sesungguhnya fitnah pertama Bani Israel adalah berpunca daripada wanita. (Riwayat Muslim)
Haiii, perempuan...perempuan.....
Disebabkan perempuan, boleh pulak nak bergaduh-gaduh (yang dahsyat la..) depan wad kecemasan!
20 Mat Rempit bergaduh di Hospital Selayang
KUALA LUMPUR 22 Ogos — Anggota polis yang bertugas di Hospital Selayang dekat sini terpaksa melepaskan dua das tembakan bagi meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan pelumba motosikal haram (Mat Rempit) di hadapan wad kecemasan hospital itu pagi tadi.
Polis terpaksa bertindak demikian apabila 20 anggota kumpulan Mat Rempit itu menjadi ganas hingga mengacukan parang ke leher seorang pengawal keselamatan yang cuba meleraikan pergaduhan itu.
Kejadian pukul 8 pagi itu merupakan susulan pergaduhan yang berlaku awal pagi tadi di Taman Intan Baiduri, kira-kira tiga kilometer dari hospital berkenaan yang dipercayai berpunca dari perebutan wanita.
Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Syafik, 17, pergaduhan itu bermula di sebuah gerai di taman itu pada pukul 1 pagi, apabila sekumpulan enam anggota Mat Rempit termasuk dua wanita diserang ketika sedang minum oleh sekumpulan 18 anggota Mat Rempit.
“Dalam keadaan yang kelam kabut itu dua wanita berjaya dilarikan menyebabkan rasa tidak puas hati rakan yang lain. Mereka kemudiannya balik ke rumah memanggil rakan-rakan lain dan mengambil senjata parang dan pisau untuk menyerang balas,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.
Katanya, kedua-dua kumpulan itu kemudian bergaduh lagi di sekitar kawasan yang sama sehingga seorang daripada mereka tercedera dipercayai ditetak.
“Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan, tetapi selepas kira-kira tiga jam kemudian kumpulan yang sama datang untuk menyerang semula tetapi berjaya ditahan polis di hadapan wad kecemasan,” katanya.
Mangsa yang mengalami cedera parah kini dirawat di unit rawatan rapi di hospital itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Mohd Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, 14 orang berumur lingkungan 20an yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu ditahan bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca disebabkan perempuan,” katanya. -Bernama
Saya tahu, kes seperti ini bukan kes terpencil yang hanya sekali dua berlaku, banyak dah yang kita pernah dengar kes-kes gaduh, bunuh, hubungan kekeluargaan retak hanya disebabkan PEREMPUAN. Lihat sendiri bagaimana Rasulullah memberitahu dalam hadisnya tentang fitnah pertama yang berlaku ke atas Bani Israel- PEREMPUAN! Lihat juga bagaimana Peperangan Trojan berlaku- disebabkan PEREMPUAN! Sejarah dari dulu lagi menyaksikan 'keterlibatan' perempuan dalam perpecahan, pergaduhan dan pembunuhan.
Saya seorang perempuan, tapi saya amat geram dengan perempuan-perempuan yang 'bajet' best sampai menjadi rebutan dan menimbulkan pergaduhan! (macam cerita kat atas tu lah, dan cerita-cerita tipikal drama dalam tv dan filem). Tapi, yang lelaki pun masalah juga. Kalau masalah dari sebelah pihak, tanpa dihiraukan oleh sebelah pihak yang lain, mesti masalah ni tak berlaku. Sebab tu Rasulullah SAW telah memberi peringatan tentang fitnah wanita, bukan sahaja untuk wanita tetapi sebagai satu amaran kepada kaum Adam...
Teringat satu kisah yang diceritakan oleh sahabat saya (Jui, kalau salah betulkan). Sebuah negara bukan Islam ni menghantar pengintip untuk mengintip peluang yang mereka ada untuk menyerang sebuah negara Islam ni. Kali pertama pergi, mereka melihat seorang BUDAK KECIL sedang menangis.. lalu ditanya- kenapa menangis? Dijawabnya- kerana panahnya tersasar dan tidak berjaya memanah burung yang telah diaimnya. Pengintip tadi berasa sangat kagum kerana budak yang masih kecil telah diajar memanah dan boleh pulak nak nangis sebab panah tak mengena.. TAK BOLEH SERANG..
Kali kedua pergi, mereka melihat ada 2 orang lelaki sedang bertengkar. Apabila ditanya- mereka bertengkar atau bergaduh itu bukanlah sebab apa, tetapi sedang menegakkan hujah masing-masing berkaitan ilmu yang sedang dibahaskan. Hebat! Masing-masing menunjukkan kepakaran masing-masing dan budaya ilmu masih subur di situ. TAK BOLEH SERANG..
Kali ketiga pergi, mereka melihat seorang pemuda sedang menangis. Apabila ditanya-mengapa menangis? Rupa-rupanya pemuda tersebut menangis kerana ditinggalkan kekasihnya.. YES, BOLEH SERANG! Waktu ini musuh Islam mendapat peluang yang amat besar untuk menyerang negara tersebut, kerana tiada lagi pemuda-pemuda yang cekal, kental untuk berjihad. Pasal PEREMPUAN je dah boleh nangis!
Kalau tengok realiti zaman sekarang, mana tak nya kita semua mudah diserang dan dijajah minda dan fizikal. Tengok sahajalah lagu-lagu yang menjadi halwa telinga pemuda-pemudi kini.. semuanya melemahkan JIWA! CINTA.. CINTA.. CINTA.. Kalau cinta pada Yang Esa, tak pe jugak, ni cinta manusia, sampai konon-kononnya boleh berenang merentas lautan api.. nak buat rekod dunia agaknya..
Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang. Tetapi berwaspadalah, agar kita tidak menjadi antara perempuan yang menyebabkann fitnah kepada agama dan kepada kaum Adam pula berhati-hatilah agar tidak menjadi salah seorang mangsa fitnah wanita.. (seram sejuk bila terfikir adik beradik lelaki kat umah.. macam mane la diorg, semoga Allah kuatkan iman mereka...)
Wallahua'lam
3 silent voices:
saya pun geram jugak dengan pompuan yang bajet best macam A.S.I.A.H Y.U.S.R.O
komen kat atas tu abaikan saja.
ok, kalau kita tengok hadis kat atas tu, seolah2 wanita yang bersalah. tapi sebenarnya Allah tak pandang sape punca kesalahan, Allah pandang sape yang buat salah.
pasal tula bila nabi Adam dan Hawa termakan buah larangan, Allah hukum kedua2nya [2:36, 7:20-24], bukan Hawa seorang saja. dan dalam ayat lain, Allah secara spesifik blame nabi Adam, bukan Hawa. [20:121]
dalam hal ni, mmg betul wanita sedaya upaya perlu elakkan diri dari menjadi punca fitnah. Tapi amaran nabi itu adalah utk lelaki, maka yg patut lebih berhati2 adalah golongan lelaki.
amaran nabi tu tidak spesifik pun wanita bagaimana, baikkah atau jahatkah, kedua2 pun boleh jadi punca fitnah.
sekian
semoga allah kuatkaniman kita dan mereka
Post a Comment