1:51 AM

Selamat Pergi Selamat Kembali



Cuti datang lagi..

Lazimnya cuti musim panas amat-amat dinantikan oleh semua pelajar yang belajar di sini. Maklumlah, hanya cuti musim panas sahaja yang agak panjang berbanding cuti-cuti semester yang lain, menandakan telah tamat satu tahun pengajian. Alhamdulillah~

Peluang cuti yang agak panjang ini sudah semestinya dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang ingin pulang ke tanah air, mengubat 'sakit rumah' (homesick) bersama keluarga tercinta.


Seronok naik kapal terbang?


Seronok lagi apabila melihat wajah-wajah insan tersayang yang menanti di airport nanti. Masih teringat ketika kali pertama pulang ke Malaysia 2 tahun yang lalu. Ketika kapal terbang mula memecut laju dan akhirnya berlepas melepaskan jejak dari tanah, hati saya sebak, menangis seorang. Entahlah!

Perasaan ketika itu bercampur baur, gembira sudah pasti! Namun sedih tetap bertandang di hati. Ketika melihat ke bawah tingkap , kapal terbang meninggalkan bumi Jordan, jelas kelihatan bumi barakah yang berpasir dan berbatu-batu ini. Coklat semuanya. Namun bukan itu yang saya tangiskan. Saya sedih meninggalkan ardhu kinanah ini. Walaupun saya tahu pulangnya saya bukan untuk selamanya, pasti akan kembali menyambung pengajian yang belum selesai.

Tapi, andai kata saya tidak sempat kembali lagi? Bagaimana pula situasi di tanah air sendiri? Bolehkah saya istiqamah dengan segala ilmu dan kebaikan yang saya pelajari di bumi anbiya' ini. Atau mungkinkah saya hanyut bersama senario di Malaysia yang kelabu tidak jelas hitam dan putihnya. Saya ingin kembali lagi!
Alhamdulillah~



Buat semua yang pulang dan kembali dari Malaysia..

Rasailah! Rasailah kehebatan dan keagungan Allah Maha Perkasa! Ketika kapal terbang yang asalnya jejak ke tanah dan memecut laju itu, mula meninggalkan daratan naik ke udara, Prinsip Bernoulli kah yang bermain di fikiran? Ya, memang betul hukum yang telah termaktub, tapi perlu diingat itu adalah hukum Allah, dan Allah juga yang mengawalnya.


"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
{Al-Mulk: 19}



Sedangkan burung yang kecil itu juga dikawal oleh Allah, apatah lagi sebuah kapal terbang yang 'mengembara' beribu-ribu kilometer membawa beratus-ratus penumpang ke destinasinya?

"TIDAK ADA YANG MENAHANNYA DARIPADA JATUH MELAINKAN KEKUASAAN ALLAH MAHA PEMURAH"



Ingatlah Allah setiap masa setiap ketika, terlalu banyak tanda-tanda kasih sayang Allah pada kita yang selalu dilupakan dan hanya dipandang sebelah mata (atau tak pandang langsung). Bersyukurlah, andai selamat tiba ke destinasi tujuan, kerana bukan pakcik Bernoulli yang menetapkan sedemikian prinsip membolehkan sebuah kapal tebang berlepas dan mendarat, Allah lah yang telah meletakkan hukum law of nature dengan sifat Maha Pemurahnya yang mengizinkan kita selamat tiba ke destinasi pilihan.



Buat semua yang bercuti,

Pernah suatu ketika, saya dipesan oleh seorang kakak senior, menceritakan kisah seorang penuntut
ilmu, yang telah selesai menuntut dengan gurunya, lalu ingin pulang ke kampung halaman. Kemudian ditanyakan kepada gurunya, apakah pesanan terakhir yang boleh disimpan olehnya


"ITTAQULLAH"

BERTAQWALAH!
Bertaqwalah, dalam semua urusan yang kita lakukan, baik sahabat-sahabat yang bercuti di Malaysia, mahupun sahabat-sahabat yang bercuti di bumi anbiya' ini. Semoga setiap apa yang kita kerjakan sepanjang waktu lebih-lebih lagi ketika nikmat waktu lapang dikurniakan Allah ini, mendapat manfaat untuk diri sendiri dan orang lain di dunia da di akhirat. Hargailah nikmat masa lapang yang Allah beri!


SELAMAT BERCUTI!

(tapi sekolah kehidupan tetap berjalan)

Selamat Pergi Selamat Kembali....InsyaAllah
Wallahua3lam

5 silent voices:

Anonymous said...

ohh sunyinye irbid.. sayu jugak rase nk tinggalkn bangunan2 JUST.. uhuk2. btul2, bile naik kapal terbang rase excited smcam.. cam syahdu2 pun ade.. isk3. doa2la esok etihad xde problem.. bedebar2 nih. ameen

ishikawa said...

shigure, hosmetku.. insyaAllah semoga dipermudahkan Allah dlm perjalanan pergi dan balik.

Anonymous said...

selamat pulang ke Malaysia buat semua yang bercuti di Malaysia...

selamat pulang ke Malaysia buat sahabatku yang akan bekerja di Malaysia...

selamat kembali ke Jordan buat semua yang telah habis percutian di Malaysia...

selamat kembali ke Jordan buat semua yang telah habis bekerja di Malaysia...

selamat datang buat semua sanafir yang bakal menetap di bumi Jordan...

selamat memanfaatkan cuti buat semua...

selamat pulang ke JUST... uhuk2...

Anonymous said...

terima kasih cik muui.doakan saya xm surgery esok

Anonymous said...

sesape yang balik..kepulanganmu dinanti2..sudi2 la cntat akak..jemputla datang kelate.. hehe..buat dayah, gudluck bebeh:)