1:54 PM

POST YANG DILARANG MEMBACANYA

TOLONG JANGAN BACA POST INI!!

jangan.!!.jangan baca!!..eh nape baca lagi...berhenti berhenti!!

adoii !!masih baca ke??..kan kat atas kata jangan baca..nape baca???

hmmm..aiseh masih lagi membaca nampaknya.hmmm.

nampaknya ni dah lebih!!..org kata toksah baca tp nak gak baca..iskh iskh!!

hehe..sbenarnya saya sengaja suruh jangan baca..nak tau gak ada tak yg akan terus baca..walaupun brapa kali saya kata jangan baca tapi anda masih teruskan baca.trime kasih;) kalau anda nak stop sampai cni takpe, kalau nak teruskan baca pon takpe.terpulang pada anda.

ok saya bagi satu soalan multiple choice sebagai pengakhiran mukaddimah.

Satu hari anda jalan2 nak balik umah dari sekolah..tiba2 nampak ada makcik ni tengah duduk kat tepi simpang nak masuk simpang umah anda(katakan jalan nak masuk umah anda ada simpang)..makcik ni anda tak kenal.kiranya bukan jiran2 situ n bukan saudara-mara anda.makcik ni dia nampak kemas dan sopan..dia pegang satu papan..papan tu tulis—JANGAN LALU JALAN NI!!!- hamboi2 siap ada tanda seru lagi...nampak serius..

ok soalan saya--APA yang anda akan buat???

  1. Terus amik jalan lain tanpa tanpa tanya makcik tu apa2
  2. Terus tunggu je kat tepi simpang tu sampai makcik tu pergi n bawak skali papan tanda –maksudnya tunggu sampai jalan tu kiranya dah bleh lalu sbb papan tu dah takde
  3. Terus lalu je tak pedulik makcik tu
  4. Pergi tanya makcik tu kenapa tak bleh lalu n pertimbangkan apa yang makcik tu cakap

hehe..soalan ni takdela mencabar sgt...cuma nak brainstorm sket sbelum masuk perbincangan..agak2 apa tindakan yang paling baik???...apa agaknya kaitan ngan arahan saya di atas td supaya jangan baca post ni??jom kita brainstorm..pendapat anda –apa yang boleh disampaikan melalui dua tindakan ni???(nak jawab semua soalan pon bleh,nak pilih2 pon bleh,tak nak jawab pon takpe)

- SIRI 1 : Tolong Jangan Baca Post Ini -

12 silent voices:

ishikawa said...

ehem2..
terkejut anak kucing kita bila baca entry ni..
dahla tajuk gedabak macam tu =p

oke2, nak jawab soklan.. (kalau salah jangan marah ye cikgu...)

1. Terus amik jalan lain tanpa tanpa tanya makcik tu apa2

- nampak macam kurang sopan.. tapi kalau penat sangat (malas nak berpk)amik jalan lain je kut..

2. Terus tunggu je kat tepi simpang tu sampai makcik tu pergi n bawak skali papan tanda –maksudnya tunggu sampai jalan tu kiranya dah bleh lalu sbb papan tu dah takde
- waduh2, kok ngak ada kerja ya mau nunggu sampe itu makcik pergi dulu.. nak balik umah..mau rehat , mau study..


3. Terus lalu je tak pedulik makcik tu
- ishh!! macam tak sopan pulak, lalu je depan makcik tu, tanak bg salam dulu ke.. ni main langgor je


4. Pergi tanya makcik tu kenapa tak bleh lalu n pertimbangkan apa yang makcik tu cakap
- haa.. yang ni quite relevant (at least 4 me), sbb kita pon balik pelik2, aik? apesal makcik ni berkelakuan macamni, tak pernah kenal pon, baik sapa dulu, then tanya elok2, kan?


saya pilih no 4!

salah ke jawapan saya wahai cikgu..?

Anonymous said...

erm...soalan ni lebih kurang sama macam ada dalam satu majalah tu.

macam mana nak terjun dari bangunan tanpa dapat cedera?
matlamat: tiba kat bawah tapi tak cedera
peraturan: hukum graviti

1. kita betul2 ikut peraturan tapi amik 'jalan lain'. terjun kat kolam air.

2. kita masih ikut peraturan tapi kita mengelat. terjun dengan menggunakan payung terjun

3. kita lawan peraturan. contoh naik belon udara. kalau graviti menarik benda ka bawah, kita naik atas

tapi nak kaitkan dengan soalan makcik ni, cam jauh sangat pulak.

saya pilih choice kelima (buat sendiri), saya pergi kedai beli marker pen then padamkan 'JANGAN' kat papan tanda makcik tu. padan muka hihi. suka-suki je nak halang jalan orang.

umar to farmer

farmer jawab la soklan nih

Anonymous said...

salam umar...buat pe beli marker pen..baik beli liquid paper ke..marker pen bukan padam namanya..ahaha(saje aku nk kerek ngan umar)..to tiara-ko memang bela anak kucing ke?

Anonymous said...

mugkinkah maksud tiara tu "terkejut anak kucing" sebab nak menggantikan "terkejut beruk" yang selalu orang guna?
mugkin nampak lebih sedap bahasanya..
(pendapat peribadi)

ishikawa said...

kak/adik/rakan sebaya(?) anonymous atas ni memang pandai, betullah tu

Anonymous said...

umar to osman mane ntah sesat

bukan padam la, conteng.

kalau guna liquid paper lagi leceh. nak kena tekan2 lagi, nak tunggu kering lagi.

saya nak tukar jawapan la. tanak conteng perkataan 'JANGAN'. sian pulak makcik tu penat2 buat signboard. saya cuma tambah kat signboard tu 'kalau anda tak hensem'

disebabkan saya hensem, maka saya boleh lalu la...kuikui. (pompuan tak bleh lalu sbb tak hensem)

Anonymous said...

"apa agaknya kaitan ngan arahan saya di atas td supaya jangan baca post ni??"

perkaitan yg saya dpt = walau apapun kita mmg nk teruskan baca gak post ni, senang je, tarik cursor ke bawah atau roll je.

yg kedua tu, kita akan tetap nk cari jln utk lalu jalan tu sbb keempat2 pilihan jwpn tu last2 kita akan sampai gak ke destinasi samada lambat/cepat/leceh/pening2kan kepala/bertanya/tunggu sampai letih/buat tak nampak je/etc...

and, pasti ada org yang akan selamatkan kita (dgn izinNya, kalau xsampai2 rumah tgh malam buta, mesti parents risau, then depa p lalu kt simpang, so, nnt jumpala anaknya ngan makcik tu kt simpang misteri tu ^^

Anonymous said...

sobahulkher everybody...

cubaan menjawab

manusia lagi dilarang lagi nak buat.so kalau malas belajar, sila tulis signboard "jangan belajar". sure belajar punya pastu..haha

maut, berapa harga papan tanda tu? ana nak beli.nanti senang ana lalu dan halang orang lain pula pasni.ekekeke.

farmer to muui
tajuk post itu menunjukkan maut memang bijak menjerat kita.tepukan gemuruh utk maut.takbir!

farmer to umar
enta ni ada hati nak p umah maut rupanya.hehe.(kalau nta marah maknanya tak hensem).btw,jawapan nta mmg kreatif.maut boleh belanja makan pasni

Anonymous said...

pembetulan kepada jwpn ana

ana tanya makcik tu, berapa harga papan tanda? ana nak beli.bukan beli daripada maut,silap daa...

smbungan cubaan menjawab

perkataan 'jangan' boleh dianalogikan kpd kekangan/rintangan.jadikan rintangan sebagai cabaran sebab it makes u move forward.

farmer to umar

ana tarik balik ayat "enta ada hati..",huhu lawak tak jadi. baca posting ni sekali lalu pagi tadi tak perasan maut guna kata ganti diri "rumah anda".maksudnya laluan yang dihalang ke rumah masing2 bukan rumah maut

maut, "jangan update cepat2 post ni"

Anonymous said...

tumpang lalu...
mintak izin ye pelajar2 sekalian..
tetiba je school of life ni senyap sepi..mana pergi nye pelajar2 sekolah..blum pn ct lg..
macam kubur lak..seram..jln sesorang..huhuhu
alah bt tak tau lak aku ni..masing2 sibuk nk xm ye..ada gak sibuk duk kemas2 brg nk blik mesia..sok last day xm..mg school of life kembali ceria.hihihi

Anonymous said...

orang dah cuti daa.. buat apa pergi sekolah lagi...kui2

ishikawa said...

cikgu 'MaUt' belum tanda 'paper' lagi. semua pelajar tertunggu2 jawapan sebenar..