3:35 PM

Semua orang pun boleh buat?


Pujian dan skema jawapan
Kalau dulu, bila orang cakap masakan saya boleh tahan (biasa-biasa saja sebenarnya), saya mesti jawab, "Alah, korang pun boleh buat." Tapi sekarang, kalau ada lagi yang puji-puji macam tu, saya tidak perlu lagi jawab sebab nanti ramai-ramai kawan-kawan saya yang baik hati itu tolong jawabkan, "Alah, semua orang pun boleh buat!" :D Semua orang pun macam dah hafal skema jawapan tu dan tolong jawab soalan yang kadang-kadang mereka sendiri yang tanya *wink* Kadang-kadang tergelak sendiri - geli hati dibuatnya dengan keletah mereka. Bahagia pun ada sebab ada kawan yang faham kita ni macam mana. Mana tidaknya, macam ada pengurus peribadilah. Tak perlu susah-susah nak buka mulut. Dah ada orang yang akan siap-siap tolong jawabkan bagi pihak kita. Tapi, kadang-kadang saya pun rasa malas nak layan kerenah mereka ni, rasa dimain-mainkan pulak kata-kata kita tu (but i knew, you didn't mean it (^_^)

Kenapa semua orang pun boleh buat?
Dulu-dulu (hatta sampai sekarang) saya sangat kagum dengan orang yang handal bab-bab masak ni. Kenapa memasak? - sebab saya suka makan *wink* Bidang-bidang lain yang saya macam kagum jugak- kartunis (terutamanya stok-stok jepun), ahli pemikir, pelakon.. Tapi bab masak ni lebeh sket sebab dulu-dulu selalu fikir, macam manalah tukang masak ni masak sampai orang suka betul makan kat luar berbanding kat rumah (selalunya tapi tak mesti) Kalau dalam famili sendiri, mak long dan pak long dikira 'orang-wajib' dalam bidang ni. Nak-nak lagi kalau time raya, dua insan ni kalau tak sampai cepat kat kampung, alamatnya macam siput semua orang buat keje :D (hiperbolanya saya) Ni zaman dulu-dulu lah, la ni semua orang pun dah jadi laju semacam, sampaikan kalau nak kenduri, jiran-jiran sekampung tak datang rewang sama pun tak apa, sebelum asar iAllah mesti dah siap sume :)) Ok, berbalik pada mak long n asbennya, satu hari kat rumah mak long saya pun cakaplah kat dia,
"Ish, terer lah mak long ni masak. Camne ek mak long masak, sedap!"
Mak long yang dah lali sangat dengan pujian dan ampuan anak-anak sedare dia ni pun jawab,
"Allah, masak ni bukannya susah sangat. Semua orang pun boleh buat. Sape yang kata tak pandai masak tu lagi-lagi anak dara, memang alasan je lebih. Kat kedai tu, banyak buku resepi ada jual, ikut ajelah, bukan susah benor." Haa, kena kau sekali. Siap dapat lecture lagi. Sejak dari saat tu, kata-kata mak long yang tang "Semua orang pun boleh buat" tu kira jadi azimat lah. Lepas-lepas tu memang dok rase "yeah, aku pun boleh buat!" tengah-tengah masak kalau rasa macam kurang je rasa masakan tu, dok fikir apa lagi bahan yang tak cukup ni. Kalau boleh nak masak macam yang kedai tu. (uish, tingginya angan-angan. Moga-moga jadi kenyataan, amin)

Jadi, tu la dia kira asal-usul ""Semua orang pun boleh buat". It was so simple, yet ordinary kind of words. Tapi kadang-kadang benda simple-sempoi camnilah dalam diam tak diam, ada jugak orang yang terkesan. Jadi, secara tidak rasmi, saya mewarisi kata-kata itu dengan harapan sapa-sapa yang asyik dengar saya cakap macam tu, sikit sebanyak boleh tahu dan yakin bahawa mereka juga boleh. Memang tidak dinafikan, lidah orang lain-lain. Bab rasa-merasa ni, ikut orang dan ada juga orang yang kira memang talented dalam satu-satu bidang. Tapi at least, we should try and must have some kind of percaya lah yang kita pun boley buat what. Iye, kawan-kawan? ;)

++Sampai ketemu lagi++


p/s : Tengah try nak apply kata-kata ni dalam bab stadi, memang bukan mudah..emm..

7 silent voices:

Anonymous said...

I'm first!
"ala.. semua org pun boleh first.."

tapi, ayat sebenar yg lengkap adalah begini:
"ala semua orang boleh buat. carik je resipi kat internet tu ha.." betul x?? :p

Anonymous said...

Jangan kita biasakan diri dengan sikap ‘aku boleh buat, kenapa tidak engkau?’. Cuba biasakan diri dengan sikap ‘aku buat apa yang aku mampu, semoga engkau akan lakukan apa yang engkau mampu’.~lalala~

quote dari al-Ahkam.net

Anonymous said...

agreed wth umar itu~
Bcoz bukan semua org ad the same abilities kan? Stp mns tuh dijadikanNya ada keistimewaan yg berbeda. Oleh itu, ad yg mampu menjadi doktor bekerja tak kenal masa dan ada yang mampu bercakap tak kira masa yg bekerja jadik lecturer dll. Cuma kita kena lah tau keistimewaan diri sendiri agar dpt kita gunakan anugerah kurniaan Allah itu ke jlnNya agar Islam kembali megah dulu kina dan selamany ;p

Anonymous said...

"Kenapa memasak? - sebab saya suka makan *wink*"

saya mmg dah lama tahu hobi anda ialah makan..

makan2 jugak
santapan rohani jangan lupa~

teringat pesan ayah ..
"kuat makan, kuat belajar, kuat sembahyang..."
maksudnya kalau dah kuat makan tu, ibadat dan belajar jgn lupa , biarlah setimpal dgn tenaga y kita kumpul tym makan..waaa.. banyaknye!
jgn pulak lepas makan, bummm!!! TIDOOO~

Anonymous said...

methinks to fez >> urdun awwalan? (tetibe je :D) aah, carik je lah resepi kat internet tu. easy n' free of charge!

methinks to umar >> point y bagus. cuma nk emphasize sebelum kt buat takat mana y mampu, kene yakin & tahu kita mampu dulu. ye dok?

methinks to dia itu~ >> setuju2. dah tau Allah bg lebih kat mn kene pergunakan baik2. tp jgn smpi jd narcisstic udah le

methinks to v(^_^)v >> suka makan tak sama dgn byk makan okay *wink* ikutlah nasihat pakar, makan sikit-sikit tp sll - bagus utk metabolism badan. Klu byk makan, nk rajin ibadah erm, somewhat contradict je rase.. (saye lah)

Anonymous said...

ye ke suka makan x sama dgn byk makan??? hehe
i wonder.. mari lihat, sape yg ajak pi cafe dulu esok!!

sempliciotto said...

methinks to cikngah >> hanya jauhari mengenal manikam *lol*