12:54 PM

Sesuatu Untuk Dikongsi...




Memberi motivasi. Itulah yang telah tertaklif pada hari ini. Acapkali Ain memujukku untuk memberi sedikit motivasi di dalam program Smart Life BKASJ. Aku jarang memberi motivasi dan diriku bukanlah seorang yang bermotivasi tinggi. Entah kenapa dengan mudah aku mengangguk tanda setuju untuk menunaikan hasrat YDPah ini. Walaupun kehadiran ahli pagi ini hanya lebih kurang separuh sahaja daripada jumlah sebenar, namun kuucapkan berbanyak2 terima kasih kerana sudi hadir mendengarku berceloteh dipagi hari. Walaupun pada mulanya agak risau, apalah yang akan kubebelkan selama 20 minit ini, tetapi alhamdulillah, masa yang kuanggap panjang menjadi suntuk apabila menerima warning daripada pihak penganjur… “5 minit lagi”…opppss, sorilah ye… bagi sahabat2 yang tidak dapat hadir, di sini aku tuliskan beberapa perkara yang telah kubebelkan pagi tadi. Ambillah yang baik, yang buruk dijauhkan. Yang penting, sentiasa positifkan minda…


Apa itu motivasi? Ia ibarat makanan asasi yang perlu diambil setiap hari demi membina daya tahan mental especially apabila menghadapi cabaran. Ia berkait rapat dengan emosi seseorang, kerana apabila ianya terganggu, tindakan bodoh akan terlahir daripadanya. Ia adalah sesuatu yang memberi rangsangan, semangat dan sesuatu yang memberi kekuatan dari dalam agar kita merasa hebat sentiasa. Kadang-kadang kita tak sedar akan kehadirannya, tetapi kewujudannya amat2 diperlukan apabila diri kita dicabar oleh sesuatu. Contohnya, Algojo dikenali sebagai seorang yang gayat. Suatu hari, rumahnya di tingkat tiga terbakar. Dia tiada cara lain untuk keluar daripada rumahnya selain terjun melalui tingkap. Demi menyelamatkan dirinya, dia mengatasi juga perasaan gayatnya untuk terjun walaupun lututnya terketar2. Algojo terselamat. Kemudian dia berfikir, “Selama ini aku nak turun dari gelongsor pun takut, tapi macamana pulak aku boleh terjun dan terselamat dari tingkat yang agak tinggi? Beraninya aku. Wah, kagum, kagum, kagum….” Kebakaranlah yang memaksa motivasi yang sedia ada dalam dirinya keluar tanpa disedarinya dan tanpa dia sempat terfikir akannya. Hebatlah Algojo ^^


Hidup perlu ada matlamat. Itulah yang sering diwar2kan. Ya, memang benar. Sebab itulah Imam Nawawi meletakkan hadis niat sebagai hadis pertama di dalam matan arba3innya. Matlamat ini bergantung kepada mind-setting dan heart-setting seseorang. Sebab itulah kedua2nya perlu jalan seiringan setiap masa. Ibaratnya seperti pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Kalau hanya mengikut minda sahaja tanpa mempedulikan apa yang kita rasa, susah sesuatu matlamat itu akan tercapai. Macam kita menipu diri kita sendiri. Berlaku jujurlah pada menetapkan matlamat, jujurlah pada kehendak hati.


Tanya diri kita, adakah kita sekarang menetap di zon selesa? Semua yang kita mahukan ada di depan mata. Semua matlamat sudah tercapai. Cukup puashati dengan apa yang ada sekarang. Lepas tu nak buat apa? Hmmm… teruskan jelah hidup seperti biasa. Betulkah tindakan ini? Jangan sesekali cepat berpuashati dan merasa senang dengan apa yang ada di genggaman. Teruskan pelayaran mencari daratan lain, cari pulau yang lebih baik daripada yang kita diami sekarang. Cabar diri untuk terus belayar selagi mampu, walau kadang2 kita terpaksa menongkah arus. Mungkin ini lebih baik daripada menjadi seperti sampah-sarap yang hanya mengikut arus yang entah ke mana pengakhirannya, kita pun tak tahu.


Ibarat menyuntik vaksin, ada masanya seseorang itu akan diberikan ‘booster dose’ bagi menguatkan daya imunisasi dirinya. Begitulah juga diri kita. Kita memerlukan suntikan booster kejayaan setiap masa. Iaitulah seorang coach yang bisa mendorong kita setiap masa agar sentiasa berada di trek yang betul. Lihat seperti atlit2 negara. Seorang jurulatih bisa melatih lebih daripada satu atlit. Dan coach inilah yang akan senantiasa memberi galakan dan dorongan agar atlit itu berjaya. Rakan2 atlit yang lain tidak sesuai dijadikan booster kejayaan kerana mereka adalah pesaingnya. Pesaing tak sama seperti pendorong. Tetapi perlu diingat, bukanlah pesaing ini sebagai musuh, tetapi dia sebagai pencabar kita agar kita terus melipatgandakan usaha kita setiap masa dan ketika. p/s jangan gaduh2 pulak dengan kawan2 kita lepas ni sebab mereka adalah pesaing kita! Again, be positive yeah ^^


Untuk berjaya, kita kena belajar cara jatuh. Apa maksudnya? Dalam motivasi pagi tadi, aku bagi contoh mat rempit dan pelumba motor profesional. Tapi nak bagi contoh lainlah pulak, memandangkan sekarang tengah amik paediatric, so bagi contoh kanak2la pulak.




Seperti kanak-kanak yang baru belajar berjalan, tentunya perlu jatuh2 beberapa kali dahulu sebelum bisa berjalan lurus tanpa tersungkur seperti sebelum2nya. Jika kali pertama jatuh gedebuk-gedebak, mungkin kali kedua akan jatuh gedebuk, kali ketiga akan jatuh buk, keempat oppss jatuh, kelima terpele’ot, keenam, kesebelas dan kedua puluh kali tanpa jatuh langsung. So, sebab tulah kita kena belajar cara kita jatuh. Kita akan sentiasa berhati2 untuk langkah2 seterusnya serta dapat kurangkan impak dan kesannya ke atas diri kita.


So, rasanya ini sahaja apa yang cuba kusampaikan pagi tadi. Tak tahulah faham atau tidak. Keberkesanan sesuatu motivasi itu bukanlah bergantung kepada penyampainya, but its all about hasil. Lihatlah hasilnya di dalam diri kita. Adakah termotivasi ataupun sama seperti sebelum2 ini.


Biar iman mendahului fikiran, biar fikiran mendahului tindakan….


Wallahu a3lam

0 silent voices: