12:41 PM

Wanita pun tak kurang hebat!

Baru saya terperasan, ada 2 entry yang lalu berkisar tentang ‘pesanan’.

Saya juga baru dipesan oleh ibu, “Pastikan semua zip beg berkunci sebelum fly nanti. Macam-macam 'kes' dah sekarang ni.” Begitulah lebih kurang SMS yang ditaip oleh ibu lewat petang semalam.

Sudah tentu ramai yang mengikuti beberapa ‘kes hangat’ sejak akhir-akhir ini. Tidak kurang hebatnya jika mahu dibandingkan dengan HINDRAF (Hindu Right Action Force), BERSIH, LIMA, Sukan SEA, dan macam-macam lagi.

Kes hangat yang ibu saya dan saya sendiri maksudkan adalah tentang keterlibatan beberapa gadis remaja dalam kes penyeludupan dadah ke negara asing. Remaja-remaja wanita yang tiba-tiba menjadi popular seperti Raja Munirah Raja Iskandar yang kini menjalani hukuman penjara 7 tahun di Jepun, Umi Azlim (dikenakan hukuman mati di China), Irene Manggi (ditahan di Brazil).

Ada antara mereka juga merupakan pelajar di kolej swasta dan juga graduan dari universiti tempatan. Jika diikuti berita yang ditulis dalam akhbar, mereka menyatakan bahawa mereka telah dianiaya. Mereka dibawa ke luar negara tanpa menyangka bahawa mereka sedang diperalat, beberapa kilogram dadah telah dimasukkan dalam bagasi tanpa pengetahuan mereka. Namun ada juga yang telah sedar ‘awal-awal’ tentang risiko tugas mereka yang merbahaya ini. Walau bagaimanapun, disebabkan ganjaran yang lumayan dan tidak dapat berfikir secara ‘waras’, nah rasakan. Akhirnya sepandai-pandai tupai melompat!

Hmmm. Hairan juga dibuatnya. Kenapalah senang sangat wanita-wanita sebegini diperalat? Bukan satu dua kes, malah akhbar juga turut melaporkan, ada 33 orang semuanya telah ditahan atas kes yang sama. Semuanya wanita. Sudah terdesak sangatkah? Jika dahulu kes-kes dadah sering dikaitkan dengan kaum lelaki saja. Kini wanita turut sama ‘aktif’ menceburkan diri dalam bidang ini. Inilah dia ‘segelintir’ wanita Malaysia. Kita pun wanita Malaysia. Sensitif tak kita bila terbaca berita sebegini? Tepuk dada, tanyalah hati masing-masing.

Ada pula pihak yang nak melancarkan tabung untuk membiayai proses guaman Umi Azlim. Saya secara peribadinya memanglah tak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Kalau sekiranya betul dia dianiaya, saya turut kasihan,bersimpati dan kalau boleh, ingin benar menolong sama. Tetapi sekiranya kesalahan ini disengajakan, atau dibuat dek kerana kebodohan yang disengajakan, terus terang saya katakan, mereka perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal. Disebabkan dikaburi dengan ganjaran lumayan, mereka sanggup lupakan agama, keluarga, sanggup lakukan kerja terkutuk tersebut tanpa mereka sedar, kerana adanya ‘orang-orang’ seperti merekalah, manusia jadi rosak, institusi keluarga hancur, HIV merebak, kerja doktor juga turut bertambah risikonya bila pesakit AIDS memenuhi hospital!

Pada mulanya, tidak pasti mengapa saya rasa begitu sensitif dengan kes sebegini. Tetapi jauh di sudut hati,saya tahu apa yang saya fikirkan, saya amat malu kerana mereka adalah wanita beragama Islam! Wanita Islam mudahkah diperdaya? Wanita Islam mudahkah dikaburi dengan habuan dunia? Wanita Islam mudahkah tertipu dengan cinta? Sejarah Islam membuktikan, wanita Islam yang sebenar 100% bersih dari ciri-ciri yang saya sebutkan di atas. Wanita Islam tidak lemah. Kekuatan dalaman yang dibina hasil iman yang kukuh menjadikan mereka kuat walaupun berhadapan dengan pelbagai mehnah dan dugaan, malahan lebih hebat dari dugaan yang kita hadapi sekarang. Bukannya mengambil jalan mudah sekiranya berdepan dengan masalah! Tidaklah sampai menggadai maruah untuk mendapatkan sesuatu!


Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا وَأَحْصَنَتْ فَرْجَهَا دَخَلَتْ جَنَّةَ رَبِّهَا مِنْ أَبْوَابِهَا شَاءَتْ
“Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktunya, ia mentaati suaminya dan menjaga kemaluannya, niscaya ia akan masuk ke dalam surga Rabbnya dari pintu mana saja yang ia inginkan.”HR. Ibnu Hibban

Hm.. Tiba-tiba teringat hadis di atas dan saya sertakan di sini supaya rakan-rakan turut dapat melihat betapa Islam menghargai wanita Islam itu sendiri,dipermudahkan jalan untuk kita masuk ke dalam syurga. Namun masih ada yang menolak dari melalui jalan itu, sendiri menjerumuskan diri dalam kegiatan yang memalukan diri dan mencemar imej agama.


Saya amat berharap semoga kita prihatin dengan kes-kes sebegini supaya ia dapat menjadikan kita tambah berhati-hati dalam hidup seharian. Banyakkan berdoa agar kita sentiasa dilindungi Allah dari kejahatan segala makhlukNya.



مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (64:11)

Wallahualam..

Counting the days :: 8 days to exam::10 days to 10 Zulhijjah::


Lightofvictory
10.45pm
8th December 2007


6 silent voices:

ishikawa said...

apabila menteri pembangunan wanita dan keluarga bersuara....

syphoon said...

Kes hangat yang ibu saya dan saya sendiri maksudkan adalah tentang keterlibatan beberapa gadis remaja dalam kes penyeludupan dadah ke negara asing. Remaja-remaja wanita yang tiba-tiba menjadi popular seperti Raja Munirah Raja Iskandar yang kini menjalani hukuman penjara 7 tahun di Jepun, Umi Azlim (dikenakan hukuman mati di China), Irene Manggi (ditahan di Brazil).

Itulah antara sebabnya kenapa Islam melarang seorang perempuan keluar bermusafir tanpa mahram.

Ni ada plak yg still nak argue... Ni la akibatnya...

Wallahua3lam...

Anonymous said...

tangan yang menghayun buaian juga tangan yang boleh menggoncang dunia..

ya...memang betul "menggoncang dunia"

Fez said...

(Ishikawa)
erkkk, menteri? xpernah bercita-cita pun nak jadi menteri. Inikan pula Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga. Kalau Menteri Kesihatan, ok kot. :p

(Syphoon)
Terasa terkena batang hidung sendiri komen ni. Nak tak nak, dlm hal ni, akk setuju dgn pndpt awk. Syukran mengingatkan.

(saifuddin)
bukan mereka menggoncang saja, malah turut tergoncang sama.

Anonymous said...

zipzass dgn komen syphoon!

Anonymous said...

x stuju ..
sharusnya org yg di aniaya
tidak patut di perkatakan sbgini,
bukan dia yg mtk nk jd gtu,
dia pergi pun bkn sbb nk dpt ganjaran,
siasat dlu,jgn dgr media,media nk kt berfikir ikut cara dia berfikir..
jangan cepat judge sesorang tu..
klu la btul dia x bsalah,macam mana?