Bercakap tentang idola, terbayang di benak kita sesusuk tubuh manusia yang pada pandangan kita dia adalah yang terbaik, malah mungkin sesetengahnya menganggap sebagai seorang yang ‘perfect’, menjadi inspirasi, ‘masyi’ akan latar belakangnya, segala pendapat atau buah fikirannya selalu dijadikan panduan, gaya bicara, senyuman, sikap, pakaiannya selalu menjadi ikutan. Ada yang sampai menjadi ‘speechless’ dan gugup bila berhadapan dengan idolanya. Atau yang lebih dahsyat lagi, apabila teringat tentangnya saja, awal-awal lagi sudah gementar (ni dah gila bayang namanya ^^). Begitulah idola, terkadang ‘undefined’.
Siapa idola kamu?
David Beckham, Mahatma Gandhi, Tun Dr Mahathir, Vanida Imran, Oguri Shun bla bla bla
Siapa idola kamu?
Doraemon, Kenshin Himura, Spongebob, Sinchan, Usop Sontorian bla bla bla
Siapa idola kamu?
Mak saya, ayah saya, kakya, abang ngah, acik, tokwan bla bla bla
Siapa idola kamu?
Diri sendiri (perasan)
Siapa idola kamu?
Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Tariq bin Ziyad, Usamah bin Zaid, Muhammad Al-Fateh, Uwais Al-Qarni bla bla bla
Siapa mereka ni? Tak pernah membaca kisah kehidupan mereka? Tak pernah membaca matlamat hidup mereka, tak pernah menghayati agungnya hidup mereka, agungnya akhlak mereka, agungnya kemanusiaan mereka, tingginya taqwa mereka. Sehingga dengannya mungkin ada sebahagian dari kita memandang sebelah mata. Sedangkan Rasulullah SAW pernah menyebut bahawa seburuk-buruk mereka pun, merupakan umat terbaik yang pernah ada, bahkan dijamin SYURGA.
Saidina Umar ibnu Khattab, beliau adalah khalifah kedua yang sangat disegani di Timur dan Barat. Dimasa menjadi Khalifah, beliau sanggup memikul sendiri berkarung-karung bahan makanan untuk rakyatnya. Ketika ditanya, beliau menjawab, “Kelak yang akan ditanya oleh Allah mengenai masalah rakyatku adalah aku, bukan kalian”. Suatu ketika beliau terlihat gemetar dan pucat wajahnya ketika wudhu’, lalu ada yang bertanya apakah beliau sakit? Beliau menjawab, “Tidak tahukah kamu, dengan siapakah sebentar lagi aku akan menghadap?”. Masyaallah…
Saidina Ali ibnu Abi Talib, sepupu, menantu dan sahabat Rasulullah yang merupakan khalifah keempat. Dikala usianya 10 tahun, sanggup mengantikan posisi Rasulullah SAW di tempat tidur. Mengorbankan nyawanya demi kekasih Allah dari rencana jahat kaum kafir Quraisy.
Usamah bin Zaid adalah seorang pemuda yang berani, berakhlak mulia, lemah lembut, di siang hari bagaikan singa yang berjuang sementara di malam hari menangis di hadapan Tuhannya. Anak kepada Zaid Al-Haritsah [anak angkat Rasulullah SAW]. Pada usianya yang baru berusia 18 tahun, diangkat menjadi Panglima Tentera Islam, dan berjaya menakluk empayar Rom. Yang dipimpinnya adalah sahabat-sahabat tua seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar.
Muhammad Al-Fateh, dikala usianya yang masih 21 tahun. Sudah berjaya menakluk kota Konstantinopel Turki, di bawah Islam. Kemenangan yang diraihnya sudah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, 600 tahun sebelumnya. Beliaulah sebaik-sebaik pemimpin, menpunyai sebaik-baik tentera, dan sebaik-baik rakyat.
Tariq Ibnu Ziyad, seorang pahlawan Islam yang berjaya menakluk Sepanyol. Kerana keyakinan beliau kepada Allah, beliau sanggup membakar kapal-kapal pasukannya ketika itu agar pasukannya tidak melarikan diri, seraya berkata wahai pasukanku di belakang kita lautan, tiada jalan lagi untuk lari, sementara dihadapan kita kemenangan atau syahid menanti.
Siapa idola kamu?
R A S U L U L L A H SAW
Bagaimana dengannya? Adakah yang mengidolakannya? Adakah yang selalu merinduinya, termimpi-mimpi akannya? Menjadikannya inspirasi, suri teladan, contoh dalam segala hal, mencintainya dan menghayatinya lebih dari yang lain? Sanggup berkorban untuknya, sanggup bersusah payah demi dia? Sedangkan bibir kita selalu mengucap ‘Asyhaduanna Muhammadarrasulullah’. Adakah hati kita ikut mengiyakannya? Padahal Allah sudah pun mengisytiharkan bahawa Nabi Muhammad SAW itu sebagai kekasihNya.
Rasulullah pernah bersabda (lebih kurang mafhumnya), “Kita, di akhirat nanti akan berada disamping orang yang kita cintai” [baca : orang yang kita idolakan]. Hati ini tak dapat berbohong, buah dari hati adalah sikap dan perbuatan. Tidak takutkah jika kita suatu hari nanti roh kita akan ditanya, “Wahai hamba Allah, siapakah imam ikutan kamu?”, atau dalam bahasa simplenya, “Siapakah idola kamu?”. Apakah kita akan jawab “Ya Allah, idola saya adalah David Beckham, atau Spongebob, atau Oguri Shun, atau Hitler?”. Nauzubillahi min zalik. Teringat akan satu kata-kata, “…takut-takut akan membawa kepada kekufuran..”.
Lalu yang menjadi tanda tanya sekarang, kenapa tak datang rasa cinta kepada Rasulullah SAW di dalam hati umat muslim kini? Tidak nampak keistimewaan Rasulullah? Tidak menjadikannya idola? Jawapannya adalah kerana kita tidak mengenalnya dengan baik sebagaimana kita mengenal tokoh-tokoh idola kita selama ini. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Marilah kita sama-sama mengenal Nabi kita dan memposisikan baginda sebagai idola kita dunia dan akhirat. Kerana Bagindalah sumber keselamatan dunia dan akhirat. Bagindalah kekasih Allah, MAKHLUK YANG PALING DICINTAI ALLAH. Apakah kita sanggup tidak mencintainya sedangkan Allah menjadikannya sebagai KekasihNya? Tak malukah kita untuk meminta syafaat darinyadi akhirat kelak, sedangkan semasa di dunia kita tak pernah @ tak selalu mengingatinya…
Sollu ‘3lan Nabi Ya Jama3h….
Walk in Titiwangsa.
13 hours ago
7 silent voices:
Uwais Al-Qorni mane 1 nih? =P
Idola dan Ikutan/contoh teladan adalah dua perkara yang berbeda.
Mengidolakan Nabi Muhammad menghasilkan Muhammadenism atau Muhammadism. Maka kesannya, bakar embassy, bakar bendera Denmark, pijak bendera Denmark, mengamuk tak tentu pasal.
Tapi mencontohi/meneladani/mengikut Nabi (dalam bahasa Arab pun disebut ittaba3a=ikut) itulah yang sepatutnya.
(Kenapa salahkan spongebob? Spongebob salah seorang penyokong kuat BERSIH)
hurm tgh sodap2 bce tbe2 ade Uwais alQorni? =P hehe
trimas atas ingatan..
rsenye xpatot pon ade idola..idola tu amik dr perkataan idol kan in english?
yg patot ade adalah contoh teladan..utk dijadikan panduan dan diikuti dalam hidup seharian :)
maka sy xstuju langsung pggunaan idola terhadap sape2 pon..
maaf kalo tersasul~
idola..? contoh ikutan..?
saya lihat di sini hanya masalah permainan bahasa sahaja
idola/ contoh ikutan..
yang penting praktikaliti dalam kehidupan, setakat mana idola/ contoh ikutan itu kita ikut dan jadikan panduan dalam setiap kelakuan dalam hidup..
kalau bakar embassy, bakar/pijak bendera negara lain, mengamuk tak tentu pasal... dengan alasan sebab rasul idola kita.. masih tidak kena, kerana orang yang bakar dan buat benda-benda tak masuk akal tu tidak mengikut contoh tauladan idola mereka sendiri yang tidak pernah menganjurkan untuk bersikap ganas atau melampaui batas...
bukan bahasa jadi persoalan, tapi penghayatan dan pengamalan dalam setiap perlakuan..
wallahua'lam
[awat tak delete2 lagi double komen tu]
Bagi kwn sekolah mungkin hanya 'permainan bahasa' sahaja dan paling penting praktikal, penghayatan dan pengamalan dalam perlakuan. Saya setuju.
Tapi persoalannya, mana mungkin mo mengujudkan penghayatan yang benar-benar mulus andai bahasa ngak diendah. Dlm BMnya, bagaimana penghayatan yang betul hendak diwujudkan sekiranya aspek bahasa tidak ditekan.
Peri pentingnya persoalan bahasa dapat kita lihat dengan penurunan Al-Quran dalam bahasa Arab. Kita juga tahu Nabi SAW dihantar untuk dijaga oleh kabilah Bani Saad antaranya untuk memelihara bahasa baginda. Al-Quran diletakkan baris juga kerana bahasa. Maka apakah aspek bahasa tidak penting?
Antara idol dan uswah hasanah terlalu jauh bezanya. Maka istilah manakah yang paling tepat berbanding istilah Al-Quran? (dalam tafsir english pun, uswah hasanah diterjemahkan sebagai example, bukan idol)
Mengidola itu perbuatan "menyembah". Apabila menyembah manusia, maka kesannya ialah taasub. Karena itu apabila Nabi SAW dihina, ada yang bakar embassy, pijak bendera. Taasub.
Ingat kalam Sayyidina Abu Bakar yang masyhur, "Sekiranya Muhammad yang kamu sembah, dia telah mati. Tapi sekiranya Allah yang kamu sembah, Dialah Tuhan Yang Maha Hidup".
wallahua'lam
[maapkan saya tak memberikan komen spt, "wah artikel yg bagus, teruskan perjuangan" atau "oh..insafnya baca"]
komen-komen "artikel y bagus", dan pelbagai lagi komenan memuji, saya fikir, tidak diharapkan pun oleh pelajar-pelajar sekolah yang menulis..
apa yang mereka tulis, ialah apa yang mereka mahu sampaikan kepada orang lain, dari hati dan pemikiran sendiri..
kalau tak diluahkan , takkan diketahui pegangan atau pendapat kita betul atau salah
syukran atas semua teguran yang membina dan memperbaki cara kami semua berfikir
ooo..ye
yang UTAMA kita ambil isi PENTING yang ingin disampaikan oleh k muui kita, KENALI DAN CINTAI RASULULLAH..
Sollu ‘3lan Nabi Ya Jama3h….
Post a Comment