Alhamdulillah…akhirnya berakhir jugak cuti semester terakhir ini. Esok dah start rotation baru. Rasa macam cepat je masa berlalu. Dalam masa lebih kurang 3 minggu ni, banyak masa dihabiskan dengan rakan2 yang turut sama bercuti. Dah jadi macam 4 sekawan, ke sana ke mari, muka ni jugaklah d^_^b… Macam2 program, macam2 projek, macam2 cerita. Hari2 ada je kerja yang dibuat. Kadang2 penting, kadang2 kurang penting. Tapi alhamdulillah banyak jugak benda yang setel…sampailah hari yang terakhir hari ini, barulah rasa lega sikit…
Hari ini Allah gerakkan hati untuk membelek-belek foto lama. Foto kenangan sejak kecik, sekecil 2 tahun (comelnya dulu *wink*) sampailah masuk ke universiti. Tahun 1, 2, 3… Tergelak2 tengok gambar lama. Junior pun tergelak2 dan tak percaya. Ngee… dulu kecik umur, sekarang dah besar umur, mestilah lain. Kalau ikut dulu memang rajinla nak amik gambar, cuci, dan simpan buat kenangan. Sekarang dah malas dah. Semua orang dah guna teknologi kamera digital, simpan dalam komputer, pastu bila komputer buat hal, gambar pun hilang. Hadoila… nak menangis rasa.
Bila imbas2 balik kenangan lama, rasa macam tak percaya diri dah besar. Setiap kali masuk bulan Muharam, maka bertambah setahun umur. 4 Muharam 1429 = 24 tahun. Dulu bila dengar orang 24 tahun, memang rasa macam besar habisla. Tapi bila sendiri dah masuk 24, rasa macam tak percaya pulak. Rasa macam kecik lagi. Tak banyak pun pencapaian yang berjaya dilakukan dan boleh dibanggakan bila fikir2 balik. Masih ada kesempatan lagi ke? Bak kata Ustaz Ismail Kamus, semakin bertambah nilai umur kita, maka semakin susutlah peruntukan untuk hidup. Sebaik2 orang adalah yang pendek umurnya tetapi banyak amalannya dan seburuk2 orang adalah yang panjang umurnya tetapi sedikit amalannya. Kalau umur sampai seribu tahun, maka kerajaan pun pening nak bayar duit pencen ^^… Betul jugak apa ustaz ni cakap. Bijak2.
Bila bertambahnya umur kita setahun, maka umur mak dan bapak kita pun bertambah setiap tahun. Tiba2 pulak teringat satu surat dari bapak masa tahun 1 dulu. Masih elok lagi tersimpan dalam sampul.
“Bapak macam biasa. Tak taulah akan datang. 7 tahun lagi bapak pencen. Bapak pencen kakya mesti dah balik tau.”
Sedih pulak bila baca balik 4 helaian surat lama tu. Baru2 ni pulak dapat satu mesej dari bapak.
“Selamat tahun baru. Posting nanti plan nak mintak kat mana? Jangan jauh2 ye. Bapak dengan mak ni dah tua…”
Hmmm… sebak pulak tetiba. Bila dah jauh dari famili ni, kadang2 rasa macam tak banyak bakti yang boleh ditabur kepada ibu bapa. Doa dari jauh. Telefon bertanya khabar. Nak tolong siram bunga tak boleh. Nak hantar mak pergi klinik tak boleh. Nak tolong bapak bersih kebun tak boleh. Tapi kadang2 fikir, kalau duduk Malaysia pun entah2 belum tentu dapat berbakti sepenuhnya dan dengan baik. Bila tengok anak2 Malaysia zaman sekarang, mak pun pening kepala, bapak pun rasa macam nak pitam. Apa nak jadi… Menteri pun buat hal, rakyat pun naik berang, anak2 muda pun naik lemak. Malu… malu…
Bila sesekali balik Malaysia, memang sebelum jejak je tanah Melayu dah berazam nak tolong mak dan bapak sepanjang cuti yang singkat ni. Kalau boleh nak masak untuk mereka setiap hari, nak hantar mak pergi kerja, nak tolong kemas rumah hari2. Tapi bila balik, mereka pulak yang sibuk2 untuk kita. Bawak gi jalan situ, bawak gi lawat sedara-mara, bawak gi makan sana, makan sini, masak makanan kegemaran kita dan bermacam2 lagilah. Eh, terbalik pulak. Azam sepenuh masa dah jadi separuh masa pulak. Masyaallah, besarnya kasih sayang mereka kepada anak2… terima kasih tak terhingga…
Teringat pesanan Luqman kepada anaknya. Surah Luqman ayat 14.
Then,
Teringat surah Al-Israa’ ;
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Surah Al-Israa’, Ayat 23)
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”.
(Surah Al-Israa’, Ayat 24)
Berbaktilah selagi mampu…
Berbaktilah selagi masih ada masa…
Doa, doa, doa…
11 silent voices:
waa..akk, sarah kat epot abu dhabi skrg.. sedeynye baca post akk ni.. rasa nak patah balik kole lumpo je.. selamat mule rotation baru
gambar area tg karang ke atas tu? teringat plak kat kg nenek kat sekinchan...
isk... isk... isk...
terharunya membaca entry nie. anyway selamat memulakan rotation baru.
bukan senang untuk senang.
tp jangan jadi bujang senang. ahaks~
sara...jgn patah balik. nnt xcukup duit nk byr tambang...hikhik welcome back sis ^^
syphoon, tu gmbr depan rumah akak. tg karang d best town...
kher, bujang senang ke bujang terlajak? hehe...
bujang terlajak pun xper ah. ahahahaha....
owh di tanjung karang.
mirip2 kampung saya kat pontian. agak2 nyer mmg orang jawa nyer kampung sumer camnie kot? ahaks~
bestnye duk kampung...jauh dari hiruk pikuk kota...tetiba teringat rumah pulak...
ibu bapa...mmg kasih mereka x terhingga. tp kgkdg kita sbg anak yg dh besar ni pulak x hbs2 nak bermanja2 ngan mereka lagi. bgla can pula dorg nak bermanja ngan kita...macam yg dorang buat kat kita dulu, kini dan selamanya tu...
kak, slmt berjuang...sahutlah seruan ayah akak tu dan *tuuut*...ngeh3
all d best sis
erk
homsick ke kak?? :p (entry ni gaya2 org homsik je) sbr ye.. x lama lagi nk balik msia dah.
yup, gmbr tak ubah mcm kg kat pontian!(in fact gmbr kampung sume serupa):p
ramai ibu bapa yang gemar menyimpan rasa rindu mereka. jarang ada ibu bapa yang menyatakan kerinduan mereka yang tak terbendung terhadap anak-anak yang jauh di mata.selagi mereka masih ada, pulang dan berbaktilah kepada mereka semampu yang kita mampu.
eh, satu kampung ke kat pontian tu?
nikmatnya duk kampung. telefon ada, astro ada, internet ada...hehe damai selalu...
jemput ke tg karang ^^
selalu sgt ke tg karang...
dulu-dulu blh mandi pantai kat sekinchan, la ni pantai pun dah xde...
apabila orang sekampung bertemu
Post a Comment