7:26 PM

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali

Bismillah

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan"

Innalillahi wa inna ilahi raji'un

Dan telah perginya seorang insan yang amat saya sayang..


Saya tak tahu, tapi kepulangan saya ke Malaysia akhir bulan 12 2007 lalu, sangat menyayat hati..

Atok perempuan sangat gembira apabila mak memberitahu saya akan pulang menyambut hari raya aidiladha pada tahun ini..walaupun bulan 6 tahun yang sama saya telah pun pulang bertemu ahli keluarga di Malaysia. Disember lalu, raya pertama di Malaysia, setelah hampir 4 tahun beraya di perantauan. Mak bersungguh-sungguh menyuruh saya pulang, walaupun pada asalnya saya tidak begitu serius menyatakan hasrat untuk pulang, dan hampir-hampir membatalkan niat, kerana raya kali ini juga adalah raya terakhir untuk saya sambut bersama kakak-kakak senior tahun akhir di Jordan...
Semua ada hikmahnya


Pulang ke Muar....
Atok lelaki yang nampak uzur, tapi atok perempuan yang pergi dulu..
Teringat kata-kata atok perempuan kepada suaminya, "awak ni sakit-sakit, tapi kita tak tau siapa yang pergi dulu"


Sepanjang tempoh cuti 2 minggu lebih saya di Malaysia, 3 kali saya pulang ke Muar. Kali pertama, pada malam kepulangan saya, kami terus pulang ke rumah atok untuk merayakan Hari Raya Aidiladha esoknya di sana.
Atok sangat gembira, kerana Alhamdulillah selepas rawatan matanya, dia dapat melihat dengan jelas wajah-wajah insan yang disayanginya. Itulah raya terakhir saya bersama atok perempuan...


Tapi saya sayu, atok memang nampak kurang sihat ketika itu, kakinya membengkak (pitting edema),dan dia mengadu, selalu sesak nafas. Dari pembelajaran, saya tahu ada yang tidak kena..


Setelah pulang ke rumah, saya memberitahu ibu, supaya membawa saya ke rumah atok semula sebelum saya pulang ke Jordan.

Kali terakhir saya pulang ke rumah atok, ibu menyuruh saya memeriksa atok. Hampir-hampir saya terlupa membawa stethoscope ke kampung untuk memeriksa atok. Kereta sudah bergerak, di pertengahan jalan ibu mengingatkan, tapi saya terlupa, namun ayah tidak kisah berpatah balik ke rumah untuk mengambil alat tersebut.


Pada mulanya saya berat hati untuk memeriksa atok, namun ibu menggesa. Hari itu, setelah membuat auscultation, saya tak tahu bagaimana harus saya beritahu pada atok. Saya katakan insyaAllah semuanya ok. Namun pada ibu saya beritahu sebaliknya...
"Mak, sarah dengar atok macam ada paru-paru berair, " (mungkin itu bahasa yang orang Melayu gunakan, apabila crepitation dapat didengari di paru-paru).


Akhirnya ibu saya sendiri yang memberitahu atok tentang itu. Atok terkejut. Pagi esoknya atok terus berjumpa dengan doktor di klinik. Doktor memberi ubat dan meminta atok datang setiap bulan untuk follow up.

Sewaktu ingin pulang, saya tak tahu, tapi saya amat berat meninggalkan atok.. sayu dan sedih, sehinggakan saya bersalam dengan atok-atok saya itu 2 kali setiap seorang.. terasa berat sangat nak balik.. Rupanya itulah salam terakhir saya bersama atok...

Lebih kurang 2 minggu setelah saya kembali ke Jordan, saya mendapat berita, keadaan atok semakin tidak menentu. Ibu memberitahu, semenjak akhir Januari lalu atok sentiasa keluar masuk hospital, emergency room, ICU. Atok sudah tinggal bersama anak-anaknya di Selangor,,.


Ibu selalu merahsiakan keadaan kesihatan atok daripada saya. Katanya tidak mahu mengganggu pembelajaran. Tapi naluri itu tetap ada. Pernah saya melihat seorang perempuan tua dikelilingi anak-anaknya ketika sedang nazak dan dibacakan ayat Al-Quran di sebelahnya, saya terus teringatkan atok..
"
aslmkm.mom,dis morning i saw a nenek was dying.her family gathered around n
recited the quran.ttbe tringt kt atok.kem slm kt atok.x sabo blik
mesia.slmt mgndi" sms yang saya hantar kepada ibu.
Then my mother replied, meminta maaf kerana tidak memberitahu saya tentang situasi kesihatan atok yang semakin kritikal ketika itu yang cuba dirahsiakannya



Semalam, ibu memberi mesej lagi..
"Aslmkm, sarah. Mak harap sarah tabah.. keadaan atok semakin kritikal. doakan.." lebih kurang begitulah mesej ibu di samping memberitahu komplikasi-komplikasi yang atok hadapi. Multi organ failure....

Saya dibesarkan oleh atok ketika kecil, sebagai cucu yag rapat dengan atok, ibu berpesan supaya saya dapat menerimanya dengan tabah. Dan, saya cuba bersedia....



Petang itu saya menelefon ibu, ibu memberitahu, doktor hanya suruh bersedia.. bila-bila masa saja atok akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya...Saya berpesan supaya banyakkan membaca yasin, semoga Allah mudahkan saat ajalnya telah tiba
Malam tadi, saya hanya mampu menangis dan berdoa, semoga Allah permudahkan segalanya...


Jam 12 malam, sebelum tidur... saya bacakan al-Fatihah untuk atok, tanpa saya menduga sebenarnya waktu yang samalah atok pergi meninggalkan kami selama-lamanya...

Semoga atok bahagia di sana.. amin

Sedekahkan al-fatihah buat Almarhumah Hjh Yang Bt Haji Jamil yang pulang ke rahmatullah 14 april 2008 jam 5 pagi (waktu malaysia)


Doakan dosanya diampunkan Allah, dan rohnya dirahmati Allah. Ameeen

Hidup hanya satu pinjaman dari Allah, pasti akan dipulangkan semula akhirnya..
Terima kasih Allah atas pinjaman seorang atok dan kasih sayangnya..


Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha w
a'fu 'anha

Wallahua'lam

4 silent voices:

kher said...

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang telah dijanjikan perlindungan di hari tiada perlindungan melainkan daripada-Nya.

ingatlah setiap insan pasti akan merasai mati. jadikan ianya sebagai suatu peringatan diri dan kepada rakan-rakan lain. sesungguhnya kejayaan sebenar adalah kejayaan di sana.

Anonymous said...

sarah, takziah. memang kita semua yang berada jauh dari family ni perlu bersedia sentiasa untuk terima apa jua kemungkinan yang mungkin berlaku ke atas keluarga kita.

semoga dikurniakan ketabahan. insyallah ur grandma sedang berehat dgn tenang di sana.

niksifu said...

Allahyarhamha...

Anonymous said...

takziah...