Bismillah
A story of a long journey
OSCE. OSCE n OSCE exams
MCQs, MCQs n many MCQs
Now it comes to the very final station
One more step to grab the title.......
And one more step to hold the responsibility
for your entire life.....
ALL THE BEST seniors, and sisters!
Our dukturs and dukturahs
Semoga Allah melihat segala usaha kalian, dan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.. Ameen..
Doa kami sentiasa bersama..
Selamat Berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu~
Wallahua'lam
Lecture On uncategorized
Di dalam kelas...
"Malulah nak tanya, orang lain tak tanya pun. Nampak sangat aku seorang saja yang tak tahu."
Inilah antara dialog yang biasa kita dengar daripada pelajar dalam mana-mana bidang pengajian. Peluang mencari ilmu terhalang disebabkan tembok yang dibina sendiri. Boleh jadi separuh dari jumlah pelajar dalam kelas itu juga tidak faham tetapi masing-masing memilih untuk diam melihatkan semuanya seakan diam dalam 'faham'.
BERTANYA = LEMAH ??
Betulkah orang yang bertanya adalah mereka yang lemah?
Sekali pandang macam "ya" jawapannya kerana sudah pasti orang yang menjawab lebih hebat dari yang bertanya. Namun tidakkah kita terfikir bahawa sebenarnya bertanya adalah proses menjadi hebat! Hebat dalam erti kata menimba ilmu.
Persoalan ini dijawab dengan jelas dalam kitab Al-Quran yang diturunkan sebagai 'manual' kita hidup cemerlang di dunia & di akhirat. Telah dinukilkan dalam surah an-Nahl, ayat 43 :
"...maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."
Inilah antara petua kecemerlangan yang telah diajarkan kepada kita - iaitu bertanya. Bertanya dalam mencari ilmu sama sekali tidak meletakkan seseorang itu sebagai lemah bahkan membuktikan minat & kesungguhan kita mencari ilmu.
Para sahabat Rasulullah saw mencapai ketinggian martabat ilmu dengan bertanya sebagai salah satu caranya. Saidina Umar r.a pernah berpesan kepada Ibnu 'Abbas dalam sebuah hadis dari sahih Bukhari :
Diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas,"...kemudian aku (Ibnu 'Abbas) berkata kepadanya (Umar) : Demi Allah aku ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada kamu tetapi aku tidak mampu bertanya kerana terlalu hormat(segan) denganmu. Umar berkata, "Jangan rasa terhalang untuk bertanya kepadaku. Jika kamu merasakan aku mempunyai ilmu (tentang sesuatu perkara), maka tanyalah aku; dan jika aku tahu (tentang perkara itu), aku akan memberitahumu..."
Inilah ciri insan yang telah terbukti kecemerlangannya dalam sejarah Islam - bertanya demi menuntut ilmu.
BERTANYA KERANA FAHAM
Ada masanya yang bijak juga perlu bertanya untuk memahamkan orang lain dan menjelaskan apa yang kabur. Orang yang sudah jelas tentang suatu ilmu akan tahu apa yang tidak difahami oleh orang lain kerana dulu dia juga tidak faham seperti mereka. Maka peranannya adalah mengajukan soalan-soalan yang akan membuka ruang kepada ruang penjelasan.
Di dalam kelas contohnya, seorang pelajar yang sudah faham boleh bertanya kepada gurunya supaya guru itu dapat menerangkan lagi bahagian-bahagian tertentu. Kaedah ini tercatat dalam lipatan sirah Nabi Muhammad s.a.w, menurut hadis sahih riwayat Muslim, yang mengisahkan malaikat Jibril menyerupai seorang lelaki menemui Rasulullah saw di hadapan para sahabat dan bertanya kepada baginda tentang Islam, iman dan ihsan untuk mengajar para sahabat.
Selain itu, orang berilmu juga bertanya untuk mengajak manusia berfikir seperti firman Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 84-85;
84-Katakanlah (wahai Muhammad):"Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?"
85-Mereka menjawab:"Kepunyaan Allah." Katakanlah (wahai Muhammad):"Maka apakah kamu tidak ingat ?"
Banyak yang kita dapat tafsirkan dari sepotong ayat tanya. Ia boleh jadi benar-benar suatu pertanyaan atau pesanan peringatan. Manfaatkanlah seni bahasa ini kerana ianya salah satu kunci belajar & mengajar.
So, questions anyone?
Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~
Lecture On fikir
Bismillah..
Semalam, 15 Mei , tiada siapa mampu melupakan, genap 60 tahun Nakbah Palestin, malapetaka yang melanda. Seluruh umat merasai kesakitannya.
Apa sebenarnya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 15 Mei tersebut? Hajat di hati ingin menukilkan hasil kajian Dr. Tareq M. Suwaidan dalam bukunya Palestine- Yesterday, Today and Tomorrow ke dalam blog ini, tetapi memandangkan masa yang semakin suntuk untuk diperuntukkan gara-gara peperiksaan yang semakin hampir, saya tangguhkan dahulu.
Di sini hanya catatan 'salin tampalan' (copy paste) dari penulis-penulis blog prihatin....
15 Mei - Blog untuk Palestin
http://mudin001.com/
Sudah menjadi kebiasaan, setiap hari mesti membelek buku. Sebenarnya pada masa ini aku sedang membaca kumpulan cerpen Nyanyian Anak-anak Lembah oleh Wan Yusoff Hassan. Tapi hari ini, aku ketepikan dulu buku itu dan mula membaca Dari Beirut ke Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai.
Saja aku memilih tarikh hari ini untuk mula membaca buku yang telah sekian lama meninggalkan rasa bersalah dalam diri. Harapnya dalam kembara aku bersama buku ini nanti, dapat memberikan jawapan kepada banyak persoalan di minda dan jiwa. Sekurang-kurangnya biarlah dapat menimbulkan keinsafan dalam diri seorang manusia dan mendekatkan aku kepada Yang Maha Pencipta, sebagaimana penulis menemui erti agama dan Tuhan di Sabra dan Shatila.
Jadi, sempena Blog About Palestine Day hari ini, aku nukilkan kembali di sini, kata-kata Dr Ang Swee Chai dalam prakata buku ini:
Saya masih ingat bagaimana saya mula-mula tiba di Sabra dan Shatila sebagai seorang pentaksub Kristian fundamentalis yang berprasangka dan megah. Saya mempercayai kebaikan negara-negara ‘Kristian’ Barat dan kebenaran negara Israel. Saya menyangka saya arif tentang kitab Injil dan Tuhan berada di pihak KAMI.
Cerita kegemaran saya dalam Old Testament pada masa itu adalah bagaimana Joshua menawan Jericho dan kisah David dan Goliath. Saya bergembira dengan kemenangan tentera Israel. Seperti rakan-rakan Kristian yang lain, saya merayakan ‘kejayaan agung’ tentera Israel dalam Perang Enam hari pada 1967, sekali gus tertawannya Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Saya menunggu-nunggu hari penubuhan negara Israel sebagai saat untuk diraikan.
Namun pada pagi itu, di Sabra dan Shatila, Tuhan telah mencabut rasa megah yang menebal di hati saya. Saya disuakan dengan jasad-jasad yang bergelimpangan di lorong-lorong kecil di situ. Melalui mereka saya menemui erti agama dan Tuhan. Dosa bukan lagi urusan minda dan intelek. Dalam masa beberapa detik sahaja, dosa kebencian, pembunuhan, militerisme, ketamakan, amarah dan kekejaman telah diterjemahkan ke dalam jasad-jasad remuk mangsa.
Kehendak Tuhan sentiasa adil dan mereka yang melakukan jenayah mesti dihukum. Kita semua adalah sama di hadapan Tuhan, Hakim dan Pengampun kita. Saya sebenarnya turut bersalah seperti mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.
Bagi sesetengah orang, jenayah peperangan adalah dosa yang dilakukan oleh orang lain; dan itulah hakikatnya. Tetapi pada pagi itu, di tengah-tengah bahang matahari Beirut, saya mengerti - rakyat Palestin dibunuh kerana, secara kolektif, kita membenarkannya berlaku.
Itulah pengakuan dari seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘rakan’ kepada rakyat Palestin. Penulis tidak menggunakan istilah ’saudara’ seperti yang kita (orang-orang beragama Islam) selalu gunakan. Persoalannya, benarkah kita saudara mereka? Apakah buktinya kita saudara mereka? Kalau penulis yang benar-benar berjasa itu pun hanya menggelarkan dirinya sebagai rakan, layakkah kita untuk menggelarkan diri kita sebagai rakan mereka, apatah lagi saudara?
Aku hanya mampu menjawab untuk diriku sendiri. Tidak layak adalah jawapannya. Kalian? Lu pikirlah sendiri, kata Nabil si Raja Lawak.
Dibawah ini adalah tulisan-tulisan lain tentang Palestin yang aku jumpa hari ini (setakat 11:00 PM, 15 Mei 2008). Kalau kalian juga ada menulis tentang Palestin, sila tinggalkan URLnya di bahagian entri ini. Terima kasih.
- Remembering Nakba Day (The catastrophy) of 1948
- Palestin
- Palestin: Di Mana Kita?
- PALESTIN YANG TERUS DITANGISI
- Sempena Nakbah Palestin: Salahuddin perlu diteladani
- Palestine Day: Remembering An-Nakba (The Catastrophe) of 1948
- Nakbah Palestin
- Catatan untuk Palestine
- Tentang Palestin?
- Palestin: Kisah Sedih dan Duka
- “NAKBA”
- something about palestine
- Untukmu Palestin
- Give peace a chance in Palestine
- 60 Tahun Nakbah Palestin
- Nakba: 60 Tahun Malapetaka!
Mengapa... tangisan itu masih terdengar lagi..
Adakah tiada siapa peduli...
Wallahua'lam
Lecture On Ummah
Bismillah
Ibu, mak, mama, mummy, mom, ummi....
Apa sahaja bahasa panggilannya
Maknanya tetap sama, tetap serupa
Dialah ibu, insan yang WAJIB kuserahkan segala ketaatan selepas Allah dan RasulNya
thanks to whom forwarding me such a heartbreaking video....
"If you believe in the Hereafter
Then shall you know with all certainty...
Then shall you know with all certainty..
That you will NOT enter PARADISE
Apart from IF YOUR PARENTS ARE SATISFIED WITH YOU
EVEN IF YOU DIE AS A MARTYR!"
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Ooo.. ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalanmu penuh rintangan
Kautitipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak kunafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin kuberlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Kupastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak kulupakan
Di wajahmu berolah tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak kulupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin kuberlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhta dikau di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa KUMENGHARAP
HADIRNYA RESTUMU IBU
MEMBAWAKU KE SYURGA.......
Bersemi belaian kasih sayang
Nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Ooo.. ibu....
"Hold fast onto her (your mother) as the paradise lies near her foot" (Narrated by An-Nasa'i)
Jagalah 'SYURGA' kita di telapak kakinya....
Wallahua'lam
Lecture On diary
Sebenarnya terfikir untuk memberi komen terhadap artikel saudari Fez bertajuk ‘Pelajar Perubatan Luar Negara!’. Tetapi mungkin komen yang terlalu panjang akan membosankan maka saya membuat keputusan untuk meluangkan sedikit masa menulis sedikit selepas selesai imtihan hari ini. Lagipun rasanya dah agak lama menyepi dari sebarang artikel mamandangkan masa kurang mengizinkan.
Secara jujurnya saya mengakui ada benar dan ada kurangnya luahan yang dilontarkan oleh Mahasiswa Biasa. Biasalah perasaan apabila kita menerima sesuatu berita yang cuba mengaitkan dengan diri sendiri, maka perasaan ‘defensive’ pun datang.
“Agaknya Mahasiswa Biasa ni nak pergi luar negara tapi tak dapat kot”
“Kalau semua budak2 cemerlang belajar kat luar negara, entah2 Mahasiswa Biasa ni tak dapat masuk fakulti perubatan pun (bajet terer sangat konon)”
Mungkin ini antara luahan. Tetapi kita tak boleh sewenang-wenangnya menuduh seseorang dengan melulu. Perkara ini perlu difikirkan dan dibincangkan secara matang dan profesional kerana ianya bukan sahaja melibatkan pelajar perubatan itu sendiri, tetapi merujuk juga kepada profesion kedoktoran dan peranan kerajaan itu sendiri.
Sebagai pelajar luar negara, kadang-kadang realiti yang cuba digambarkan tidak sama 100% dengan apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin hanya 50%, 70% malah mungkin hanya 15%. Ini bergantung kepada sistem pengajian yang ditawarkan oleh fakulti perubatan itu sendiri, kesungguhan yang cuba ditunjukkan oleh pelajar perubatan tersebut serta faktor persekitaran yang berlegar disekelilingnya.
Beberapa kali membaca surat tersebut, saya bersetuju dengan pendapat kebanyakan orang bahawa Mahasiswa Biasa tidak seharusnya memukul rata kepada semua pelajar perubatan. Dan saya merasakan bahawa Mahasiswa Biasa ini juga agak beremosi dengan luahan yang dilontarkannya. Sepertinya tidak berpuashati dengan kualiti graduan doktor-doktor dari luar negara.
Kawan-kawan arab di sini selalu bertanya kepada kami pelajar-pelajar Malaysia, mengapa perlu untuk kami belajar di Jordan, tiadakah pengajian perubatan di Malaysia? Itu memang soalan favourite among them. Dan favourite jawapan juga sebab kami mendapat tajaan biasiswa daripada kerajaan Malaysia. Dan sebagai rakyat Malaysia kami menegaskan bahawa pengajian perubatan memang wujud dan kualitinya bagus tetapi disebabkan ‘demand’ yang tinggi maka kerajaan menghantar pelajar2 untuk belajar diluar negara, bukan di Jordan sahaja. Sebagai duta kecil Malaysia, kami memang berusaha sedaya upaya untuk mengharumkan nama Malaysia, namun adakah ini masih dikira tidak berterima kasih lagi?
Pengalaman menjalani praktikal di Malaysia banyak mendedahkan diri terhadap suasana dan kondisi sebenar yang berlaku dikalangan pelajar-pelajar perubatan dan para doktor. Memang benar berlakunya diskriminasi. Disinilah skills dan tahap pengetahuan kita diuji. Selalunya pelajar-pelajar perubatan luar negara macam tidak ‘ngam’ dengan pelajar dalam negara. Saya cuba untuk tidak memukul rata semua tetapi kebanyakannya. Mungkin disebabkan mereka berkumpulan dan memang mereka dah secocok bersama menyebabkan kita kelihatan terperosok sendiri. Ada beberapa medical attendant (MA) memberikan nasihat kepada saya, yang penting jangan malu bertanya, biarlah orang kata benda kecik pun takkanlah tak tahu, yang penting kita belajar.
Ya, yang penting kita belajar. Sesuatu skill memang boleh dikuasai dengan mudah jika kita selalu praktis. Bagi saya, fatrah menjadi HO selama dua tahun sebenarnya cukup untuk menguasai skills. Tetapi malangnya semua orang cuba menilai ‘a freshly graduated med student’ dari minggu pertama diri bergelar sebagai houseman. Again, luar negara vs dalam negara. Sungguh kejam rasanya. Kadang-kadang kita tak sedar, skill yang hebat tanpa adanya pengetahuan yang bagus tentang sesuatu penyakit juga agak membahayakan. Sebab tu banyak berlakunya wrong diagnosis.
“There is no black and white in medicine. Sometimes the presentation and the outcome are unpredictable. You may happy and you may lose your patient. This is the bitter part of doctor’s life”
Persoalan yang bermain di minda, adakah semua orang aim untuk menjadi ketua jabatan? Selalu kalau jadi doktor ni dia akan aim untuk nak jadi pakar. Dan mungkin aim untuk jadi ketua jabatan itu akan datang apabila diri sudah mempunyai kepakaran nanti. Dan realitinya kebanyakan yang didengar, cita-cita untuk menjadi pakar itu selalu berubah mengikut suasana, kondisi, masalah keluarga, dan kemampuan diri sendiri. Maka apalagi untuk menjadi ketua jabatan, jauh sekali.
Mengapa profesion kedoktoran selalu menjadi pertikaian? Iktiraf, tak diiktiraf, high performance, low performance, good thinker, poor thinker. It was simply because we are dealing with human life. Either alive normal or alive with morbidity or death. Di sinilah kita tidak boleh simply samakan profesion kedoktoran dengan profesion lain. Hakikat kehidupan kini, semua orang akan sakit. Hatta Saidina Umar pun selalu mintak sakit agar gugur dosa. CEO pun akan sakit. Kalau bilangan CEO > bilangan doktor, hidup doktor juga yang susah nanti. Profesion yang highly demanding inilah yang membuatkan doktor pun sesak nafas sampaikan ada yang undur diri walaupun cuba untuk bertahan, tak nak sambung jadi pakar, bertukar ke hospital swasta (lebih kaya, lebih rileks katanya), menjadi ahli politik dll.
Masalah sering tidak puashati memang akan selalu berlaku di sana sini. Ini juga hakikat kehidupan. Yang penting kita cuba menghandle sesuatu perkara itu dengan baik atau sekurang-kurangnya ada usaha untuk mengurangkan rasa ketidakpuasan hati kita dan ketidakpuasan hati orang terhadap kita. Jangan gaduh-gaduh ok. Sollu 3lan nabi ya jama3ah...
Kepada semua pelajar-pelajar perubatan luar negara, berusahalah untuk membuktikan kita mampu menjadi seorang MO yang bagus walaupun zaman HO kita nanti penuh dengan ketidakpuashatian yang stereotaip (if any). Jangan lupa kita ada skill2 tambahan di luar bidang ^^ Enjoy your life ~
Catatan di fatrah imtihan [surviving the tough time]
Mwafa2een enshallah…
Lecture On fikir
Pelajar perubatan tak perlu ke luar negara
MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf Oxford apabila mengeluarkan pelajar perubatan?
Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar.
Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.
Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.
Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.
Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.
Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.
Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.
Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.
Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.
Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.
Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.
MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.
So what say you my dear friends? Kitalah pelajar yang dimaksudkan."Pelajar Perubatan Di Luar Negara". Jika kita mengiyakan pendapat 'Mahasiswa Biasa', maka benar dan tepatlah bahawa kita sememangnya menghabiskan dan merugikan duit kerajaan. Jika sebaliknya, kitalah juga yang bakal memberi pulangan yang berbaloi dan menguntungkan kepada kerajaan.
Hmm, kali pertama membaca pandangan Mahasiswa Biasa di atas, terdetik juga rasa,"Dia ni cemburu agaknya dengan pelajar perubatan luar negara.". Tapi apabila difikirkan semula, memang ada benarnya juga pendapat beliau (bukan semua) jika kita sebagai mahasiswa luar negara ini tidak tahu 'sedar diri'.
Pertama: Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk membiayai pelajar luar negara??
Hal ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Tetapi kita perlu sedar inilah pelaburan kerajaan dalam bidang pendidikan- iaitu menghantar pelajar ke luar negara dengan harapan dapat berkongsi kepakaran dan kemahiran perubatan luar negara. Jika kerajaan mampu melabur berbilion-billion dalam projek pembangunan Wilayah Iskandar, mampu menaja dan menghantar angkasawan ke luar bumi, dan macam-macam lagi, jadi mengapa pula mahu disekat penghantaran pelajar ke luar negara? Sudah tentu tidak menjadi masalah bukan?
Kedua : Graduan luar negara tidak kompetitif dan sebagainya
Kita tidak boleh me'mukul-sama-rata'kan semua pelajar luar negara adalah bersifat sebegini. Tidak dinafikan pelajar perubatan di Malaysia berpeluang lebih besar untuk melakukan latihan klinikal seperti mengambil darah pesakit kerana nisbah pelajar:pesakit yang kecil berbanding di luar negara. Namun itu bukan menjadi alasan untuk pelajar di luar negara 'tidak mahir' melakukan kerja-kerja tersebut. Walaupun tidak diajar secara langsung teknik-teknik mengambil darah, namun kita masih boleh melakukan latihan-latihan tersebut secara persendirian, minta bantuan dari jururawat di hospital, ataupun pergi saja ke Markaz Sihi. Di sana, sehari, lebih 40 pesakit datang untuk menjalani ujian darah. Lagi pula, kita boleh menggunakan masa cuti semester untuk melakukan praktikal-praktikal tersebut di hospital di Malaysia.
Tidak mesra pesakit?
Benarkah? Mungkin kerana pelajar di luar negara sudah terbiasa menggunakan bahasa asing untuk 'mengambil history', maka agak tergeliatkah lidah untuk bertutur mesra dalam bahasa ibunda? Saya merasakan pernyataan ini tidak benar. Malahan kelebihan pelajar perubatan luar negara bertutur dalam bahasa asing ini merupakan satu bonus. Malaysia didatangi oleh ramai pelancong-pelancong luar terutamanya dari negara-negara Arab. Tidak semua orang Arab mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Maka dengan adanya doktor-doktor lepasan negara Arab seperti Jordan dan Mesir ini yang bekerja di hospital-hospital besar, bukankah ia memudahkan pesakit-pesakit tersebut?
Ketiga : Adakah semua doktor yang dikeluarkan perlu menjadi ketua jabatan?
Jika semua doktor menjadi ketua jabatan, maka berlakukan pertindihan tugas yang amat dahsyat.(Adakah semua doktor melakukan tugas pentadbiran, dalam masa yang sama perlu merawat pesakit?) Apa yang penting dan utama bagi seorang graduan perubatan perubatan adalah kemahiran dan kebolehan membantu pesakit. Tidak timbullah soal boleh atau tidak menjadi ketua jabatan. Even pelajar lepasan dalam negara sekalipun, perlu bermula dari bawah, housemanship > MO > Pakar. Sesiapa saja sama ada lepasan dalam negara atau luar negara, dia boleh menjadi ketua jabatan jika telah layak.
Kursus-kursus lain tidaklah sekritikal kursus perubatan. Namun tidak harus dikesampingkan.
Keempat : Kita tidak berterima kasih kepada kerajaan?
Tidak sepatutnya timbul soal ini. Kita ditaja oleh kerajaan, dan kita juga turut akan berbakti dan bekerja di hospital kerajaan apabila telah grad nanti. Masih tidak cukupkah? Adakah kesetiaan kepada kerajaan perlu diukur dengan mengangkat sepanduk mengatakan "Kami menyokong kerajaan!"? Dan apa pula buktinya yang mengatakan pelajar luar negara secara keseluruhannya menentang kerajaan? Kalau ia benar, mengapa masih ada Kelab Umno cawangan luar negara kalau benar kita semua menentang kerajaan? Tuduhan ini terlalu umum.
Kelima : Terlalu banyak universiti perubatan?
Malaysia memang memiliki banyak universiti perubatan namun kita perlu ingat, 'demand' juga tinggi. Jika Malaysia telah berjaya menangani masalah kekurangan doktor, maka mengapa mereka yang bergelar 'houseman' masih lagi berkerja teruk dan hampir 'gila' ?(turut merujuk kepada kes doktor wanita yang hampir membunuh diri di Hosp di Kedah satu ketika dulu). Jadi Malaysia perlu memiliki lebih ramai doktor supaya dapat memudahkan pesakit.
'Mahasiswa Biasa' sepatutnya lebih perlu bersyukur kerana adanya kawan-kawan yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana satu masa nanti kita akan dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran di samping saling membantu.
So..Marilah kita membuktikan kepada semua orang, bahawa penghantaran kita ke sini, tidaklah merugikan duit kerajaan. Gunakan semua peluang yang ada. Untung rasanya belajar di JUST & KAUH. Setiap hari kita belajar dengan doktor yang bertaraf 'consultant'. Bukan doktor biasa, malah doktor pakar...Doktor yang 'journal-journal' tulisan mereka telah dijadikan bahan rujukan di seluruh dunia, kepakaran mereka juga diiktiraf oleh dunia. Setiap hari juga kita bertemu dengan pesakit yang mempunyai 1001 masalah. Setiap hari... Bekan 2 kali seminggu, bukan seminggu sekali. Beruntung bukan??
Bersyukurlah for being here. Wallahua3lam.
Lecture On fikir