4:47 AM

Pelajar perubatan luar negara!

Pelajar perubatan tak perlu ke luar negara


MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf Oxford apabila mengeluarkan pelajar perubatan?

Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar.

Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.



Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.

Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.

Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.

Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.

Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.

Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.

Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.

Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.

Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.

MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.





So what say you my dear friends? Kitalah pelajar yang dimaksudkan."Pelajar Perubatan Di Luar Negara". Jika kita mengiyakan pendapat 'Mahasiswa Biasa', maka benar dan tepatlah bahawa kita sememangnya menghabiskan dan merugikan duit kerajaan. Jika sebaliknya, kitalah juga yang bakal memberi pulangan yang berbaloi dan menguntungkan kepada kerajaan.

Hmm, kali pertama membaca pandangan Mahasiswa Biasa di atas, terdetik juga rasa,"Dia ni cemburu agaknya dengan pelajar perubatan luar negara.". Tapi apabila difikirkan semula, memang ada benarnya juga pendapat beliau (bukan semua) jika kita sebagai mahasiswa luar negara ini tidak tahu 'sedar diri'.

Pertama: Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk membiayai pelajar luar negara??
Hal ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Tetapi kita perlu sedar inilah pelaburan kerajaan dalam bidang pendidikan- iaitu menghantar pelajar ke luar negara dengan harapan dapat berkongsi kepakaran dan kemahiran perubatan luar negara. Jika kerajaan mampu melabur berbilion-billion dalam projek pembangunan Wilayah Iskandar, mampu menaja dan menghantar angkasawan ke luar bumi, dan macam-macam lagi, jadi mengapa pula mahu disekat penghantaran pelajar ke luar negara? Sudah tentu tidak menjadi masalah bukan?

Kedua : Graduan luar negara tidak kompetitif dan sebagainya
Kita tidak boleh me'mukul-sama-rata'kan semua pelajar luar negara adalah bersifat sebegini. Tidak dinafikan pelajar perubatan di Malaysia berpeluang lebih besar untuk melakukan latihan klinikal seperti mengambil darah pesakit kerana nisbah pelajar:pesakit yang kecil berbanding di luar negara. Namun itu bukan menjadi alasan untuk pelajar di luar negara 'tidak mahir' melakukan kerja-kerja tersebut. Walaupun tidak diajar secara langsung teknik-teknik mengambil darah, namun kita masih boleh melakukan latihan-latihan tersebut secara persendirian, minta bantuan dari jururawat di hospital, ataupun pergi saja ke Markaz Sihi. Di sana, sehari, lebih 40 pesakit datang untuk menjalani ujian darah. Lagi pula, kita boleh menggunakan masa cuti semester untuk melakukan praktikal-praktikal tersebut di hospital di Malaysia.



Tidak mesra pesakit?
Benarkah? Mungkin kerana pelajar di luar negara sudah terbiasa menggunakan bahasa asing untuk 'mengambil history', maka agak tergeliatkah lidah untuk bertutur mesra dalam bahasa ibunda? Saya merasakan pernyataan ini tidak benar. Malahan kelebihan pelajar perubatan luar negara bertutur dalam bahasa asing ini merupakan satu bonus. Malaysia didatangi oleh ramai pelancong-pelancong luar terutamanya dari negara-negara Arab. Tidak semua orang Arab mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Maka dengan adanya doktor-doktor lepasan negara Arab seperti Jordan dan Mesir ini yang bekerja di hospital-hospital besar, bukankah ia memudahkan pesakit-pesakit tersebut?

Ketiga : Adakah semua doktor yang dikeluarkan perlu menjadi ketua jabatan?
Jika semua doktor menjadi ketua jabatan, maka berlakukan pertindihan tugas yang amat dahsyat.(Adakah semua doktor melakukan tugas pentadbiran, dalam masa yang sama perlu merawat pesakit?) Apa yang penting dan utama bagi seorang graduan perubatan perubatan adalah kemahiran dan kebolehan membantu pesakit. Tidak timbullah soal boleh atau tidak menjadi ketua jabatan. Even pelajar lepasan dalam negara sekalipun, perlu bermula dari bawah, housemanship > MO > Pakar. Sesiapa saja sama ada lepasan dalam negara atau luar negara, dia boleh menjadi ketua jabatan jika telah layak.

Kursus-kursus lain tidaklah sekritikal kursus perubatan. Namun tidak harus dikesampingkan.

Keempat : Kita tidak berterima kasih kepada kerajaan?
Tidak sepatutnya timbul soal ini. Kita ditaja oleh kerajaan, dan kita juga turut akan berbakti dan bekerja di hospital kerajaan apabila telah grad nanti. Masih tidak cukupkah? Adakah kesetiaan kepada kerajaan perlu diukur dengan mengangkat sepanduk mengatakan "Kami menyokong kerajaan!"? Dan apa pula buktinya yang mengatakan pelajar luar negara secara keseluruhannya menentang kerajaan? Kalau ia benar, mengapa masih ada Kelab Umno cawangan luar negara kalau benar kita semua menentang kerajaan? Tuduhan ini terlalu umum.

Kelima : Terlalu banyak universiti perubatan?
Malaysia memang memiliki banyak universiti perubatan namun kita perlu ingat, 'demand' juga tinggi. Jika Malaysia telah berjaya menangani masalah kekurangan doktor, maka mengapa mereka yang bergelar 'houseman' masih lagi berkerja teruk dan hampir 'gila' ?(turut merujuk kepada kes doktor wanita yang hampir membunuh diri di Hosp di Kedah satu ketika dulu). Jadi Malaysia perlu memiliki lebih ramai doktor supaya dapat memudahkan pesakit.

'Mahasiswa Biasa' sepatutnya lebih perlu bersyukur kerana adanya kawan-kawan yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana satu masa nanti kita akan dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran di samping saling membantu.

So..Marilah kita membuktikan kepada semua orang, bahawa penghantaran kita ke sini, tidaklah merugikan duit kerajaan. Gunakan semua peluang yang ada. Untung rasanya belajar di JUST & KAUH. Setiap hari kita belajar dengan doktor yang bertaraf 'consultant'. Bukan doktor biasa, malah doktor pakar...Doktor yang 'journal-journal' tulisan mereka telah dijadikan bahan rujukan di seluruh dunia, kepakaran mereka juga diiktiraf oleh dunia. Setiap hari juga kita bertemu dengan pesakit yang mempunyai 1001 masalah. Setiap hari... Bekan 2 kali seminggu, bukan seminggu sekali. Beruntung bukan??

Bersyukurlah for being here. Wallahua3lam.

8 silent voices:

Anonymous said...

Terima kasih kerana bernas betol pandangan anda. Saya setuju pendapat anda.. Mungkin apa yang ingin disampaikan oleh Mahasiswa Biasa juga Benar. Kerana sukar untuk memepertikaikan kenyataan beliau kerana mungkin bahasa yang beliau gunakan adalah terlalu umum dan juga untuk memuatkan segala pendapat beliau secara detail itu telah dipotong oleh akhbar. Mungkin penjelasan beliau benar secara umum dan juga mungkin pendapat anda adalah betol. Anggaplah ini sebagai pembina untuk kita untuk buktikan kepada umum terutamanya doktor2 tempatan itu sendiri yang memandang serong kepada graduan luar negara walaupun dahulunya beliau juga graduan luar negara.. Wasalam..
Mahasiswa Biasa

Anonymous said...

Salam..saya rasa bende yang paling obvious adalah graduan luar tidak mahu pulang ke Malaysia kerana melanjutkan pelajaran/berkerja di sana. Itu lah paling teruk sekali perangai nya.. Overall pandangan Mahasiswa Biasa adalah terlalu umum. Ada yang benar kata beliau ada juga bukan tak benar tetapi tidak tepat.Sepatutnya ayat beliau tidak menyamakan kesemua pelajar perubatan tetapi sesetengah pelajar perubatan diluar negara.Pandangan beliau mungkin terarah kepada seseorang sahaja. Tetapi saya faham apa yang ingin disampaikan. Mengurangkan beban kerajaan menanggung pelajar perubatan diluar negara itu la objektifnya. namun ini boleh diselesaikan dengan cara mengurangkan penajaan ke luar negara misalnya. tidak perlu terarah kepada kesemua pelajar perubatan.Namun pendapat beliau juga telah membuat kita berfikir dan menaikkan semangat kita untuk menggunakan segala peluang yang ada dalam perantauan ini kalau kita berfikir secara positif.
wallahualam

Anonymous said...

Maka dengan segala hormatnya, silalah poskan ke berita harian online. Adapun so-called Mahasiswa Biasa itu tidaklah tahu-menahu akan kewujudan blog ini. Justeru mana mungkin Mahasiswa Biasa itu dapat membaca hujah-hujah dari cik puan yang mematahkan segala lemparan tuduhan beliau terhadap mahasiswa perubatan luar negara.

saya non-partisan, anti-nepotism dan anti-favoritism

Anonymous said...

Wah.. Lama betol aku google tentang perkara ini. akhirnya jumpa satu blog tentang Surat BH ni..apa kata hang balas kat BH. mana tau die akan siarkan. Aku nak tgk juga perdebatan ini.tapi bukan ini yang aku ingin tgk sebagai feedback sebenarnya. Memang aku tak nafikan. Sebagai seorang praktisonal tempatan, aku memerhatikan graduan luar negara memang lemah dari segi klinikal. Bukan aku sorang je kata, Bos aku pun kata camtu. Bukan dari segi ambil darah je, mcm2 lagi graduan luar tak le buat. pasang IV drip, ambik blood pressure pun tak geti.. Mungkin korang guna yang moden nyer kot, yang len macam delivery, episotomy, minor surgery set CVP, examination macam Vagina Examination, Per Rectal dan mcm2 lagi. Walaupun aku kenal pasti ada yang buat elektif kat tanah air semata2 untuk memantapkan skil klinikalnya tetapi, ada yang tidak menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin. ada yang hanya berada di ward pada waktu pagi pastu kol 10 hilang kemana.. Ini aku nak nasihat je la pada budak luar ni yang akan kembali kat malaysia(aku harap la ko balik) agar jgn bertindak cool bila anda memang tak tahu.Kita sama2 tak tahu. kIta belajar sama2.Ok?Tak tahu sesat jalan. Sume doktor tempatan meluat melihat jika anda bersikap begitu. Walaupun aku tau tak sume macam tu.So aku tujukan pada yang mcm tu la...

tak sume budak perubatan pembangkang. aku tak rasa perubatan profession yang sesuai untuk melibatkan diri dengan mana2 parti politik. Kita perlu jaga profession kita agar ianya masih lagi terpelihara, dipercayai oleh orang dan kita kene letak kedudukan profession kita ditempat yang tinggi. Kita bukan macam peguam, ahli korporat, enggineer.Sume handle bende dunia.Kita title dr sebab we handle LIFE.Appretiate it.

Sebagai yang da berkerja, Ini satu lagi nasihat. Bila da sampai sini, berkhidmat la di pendalaman yang menawarkan HO.Pastu pi lagi ke pendalaman. jgn igt korang tu da biasa dengan pemesatan moden (developed country)kecuali yang ada kat padang pasir tu, anda nak duk kat bandar saja.jgn macam tu..

We treat our profession not as a job put as a previlage.Previlage for us to treat human with life. kalau anda treat is as a job jdlah org nak bunuh diri.

Ok chau dulu!

Fez said...

Terima kasih atas lontaran pandangan-pandangan di atas juga.
Segala nasihat akan dijadikan ingatan.

Memang hajat di hati artikel ni di draf untuk diposkan ke BH. Lihat saja ayat-ayat yang diguna di permulaan karangan.(Bajet formal)Tetapi sampai separuh jalan, letih guna ayat suratkhabar.last2 jadi ayat blog. maka di sinilah tempatnya. Harap-harap ada yang rajin mereply surat 'Mahasiswa Biasa' tu di BH.

Anonymous said...

Aku tak tau pun ada org ada hati nak kurangkan penajaan pelajar perubatan di luar negara... JPA byk duit gi.. Still ble taja.. Cume budak2 tu, jgn lupa khidmat kat negara kita suda.. Korang ada dengarkan JPA da short money jika kita tak bayar balik pinjaman... Aku cume pelik.. Bila masa la kita pinjam... Kita ditaja dan sebagai balasan keje la dengan kerajaan 10 tahun... tapi pelik gak sebab diorang kata JPA skg short money macam PTPTN. wakakaka...Kalau tak cukup duit tu minta la petronas.. Byk apa.. daripada buang bazir pi kat subsidi minyak apakata lahir byk pelajar perubatan.. Tak mau luar negara, Buat 10 lagi universiti perubatan.. Pasni MEMANG TAK SHORT Punya la DOKTOR, Malah MENGANGGUR.. wakakaka....

Anonymous said...

Ini la Sebabnya Bila Org hanya memikirkan Uang untuk berkerjaLagi doktor kerajaan terkilan imbuhan rendah
SAYA merupakan seorang pegawai perubatan yang baru berkhidmat di Malaysia selama setahun. Sebelum ini saya telah berkhidmat dengan Kerajaan Ireland selama dua tahun.

Memang perkara pertama yang saya rasakan semenjak bekerja di sini ialah kami tidak dihargai oleh kerajaan.

Percayalah, saya amat memahami apa yang dirasai oleh Doktor Terkilan dalam ruangan Forum, Khamis lalu. Saya lagi terkilan.

Bukan hendak berbohong tetapi motivasi kewangan amat berkesan sebagai pendorong kami bekerja yang mengatasi pekerjaan orang orang yang normal.

Bayangkan kami bekerja tidak berhenti selama lebih kurang 34 jam. Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, itu tidak termasuk di waktu hujung minggu. Kami layak untuk dihargai dengan imbuhan/gaji yang berbaloi.

Hendak membandingkan dengan kerajaan Ireland. Apabila kami bekerja pada hujung minggu, bayaran kami digandakan dua kali - contohnya: Sejam kami dibayar lebih kurang 20 euro jikalau cuti umum - kami dibayar tiga kali ganda sejam. Maka tidaklah kami terasa begitu terkilan sekiranya kami bekerja hujung minggu ataupun pada Hari Raya.

Apakah nilai cuti hujung minggu atau cuti Hari Raya contohnya mendapat hanya 20 ringgit? (150 hari biasa/170 hari hujung minggu dan cuti awam).

Kepada pesakit di luar sana, janganlah terkilan sekiranya kami bersikap acuh tak acuh ketika merawat anda. Fahamilah yang kami kepenatan dan terkilan dengan hak kami yang diberi keadilan.

Jika anda benar-benar inginkan perkhidmatan yang betul-betul mesra, pergilah ke hospital swasta. Doktor di sana baik-baik kerana mereka bahagia dengan suasana pekerjaan yang begitu selesa di samping gaji yang lumayan.

Kami doktor muda, memang tidak sabar-sabar hendak lari ke swasta (atau kembali ke luar negara) sekiranya kami terus dilayan bagai orang yang tidak berhak meminta dan bersuara.

LAGI TERKILAN

Kuala Lumpur

Unknown said...

Asalaumualaikum..boleh tak mendapat data tentang jumlah pelajar perubatan yang belajar di luar negara pada masa kini dan saya juga ingi tahu senarai universuta swasta dan kerajaan yang menawarkan kursus perubatan di malaysia pada masa kini?