Bismillah
Pagi tadi pulang dari kelas, terjumpa sorang member Arab bukan satu course, naik bas sekali. Sembang punye sembang.. keluarlah ayat
"Harga bas ni asyik naaaik je", saya merungut (mestilah bukan dalam bahasa Melayu)
"Bukan harga bas je, semua benda pon. You can't live in Jordan!"
Err.. saya tersenyum. Kelat. Dalam hati... tak boleh hidup kat Jordan? Habis kau nak lari mane? Aku balik Malaysia la, nanti, insyaAllah...
"Kat Malaysia pun same je kan, abang aku belajar situ, dia cerita macam-macam"
Errr.. lagi tersenyum. Lagi kelat.
Apa nak jadi dunia zaman sekarang?
Minyak oo.. minyak
Ketika kenaikan harga minyak baru-baru diumumkan, saya bersembang dengan ibu
"Harga minyak naik, kan mak"
"Haah, harga naik macam menzalimi orang, je kan"
Perasaan kita, pelajar dan mereka yang telah bekerja mana mungkin sama. Sekalipun rasa bahang kenaikannya, tak mungkin sehebat mereka yang perlu menyara lagi dua tiga malah mungkin mencecah sepuluh ahli keluarga di rumah.
Dulu..
"Atok dulu mula-mula kerja jadi cikgu, gaji 8 ringgit je", atok lelaki saya bercerita
"8 ringgit je atok" Wow! perasaan kagum menyelubungi diri.. 8 ringgit sebulan boleh hidup
"Mak Long waktu tu dah lahir ke atok?" tapi atok kurang pasti.
Sekarang...
RM8? 2 dinar pon tak sampai. Pergi balik jamiah pun boleh tahan 3 hari je lebih kurang.
Astaghfirullah... merungut ke aku ni?
Banyak lagi cara untuk kita bersyukur
Kita tak sesusah mereka...
Kisah 1:
Seorang sahabat ber'shopping' barang dapur di balad. Di kedai ayam, terdengar perbualan seorang makcik.
"Berapa sekilo ayam ni"
Tak ingat dia jawab berapa dinar.
"Nak makan ape la keluarga aku hari ni", lalu makcik tadi beredar....
Kita, harga naik ke tak, hari-hari pun boleh makan ayam
Kisah 2:
Seorang sahabat cerita tentang sebuah kisah yang terjadi selepas kenaikan harga minyak diumumkan. Sebuah famili, satu keluarga menangis termasuk anak-anak yang masih belum faham
Si ayah.. sedih kerana terpaksa bertukar tempat kerja yang jauh dari rumah
Si ibu.. sedih kerana terpaksa memberhentikan pelajaran yang disambungnya untuk membantu suami tercinta
Si anak-anak.. menangis kerana melihat ibu bapa menangis
Kita..harga naik ke tak, tak nangis pun.
Kalaupun tak merasa kesusahan harga minyak dan barang keperluan naik, jangan lupakan rasa syukur, syukur dan syukur sentiasa agar harga iman kita tak turun.
Harta yang banyak pada orang kaya adalah amanah Allah untuk dikongsi-kongsi (sedekah) pada mereka yang kurang berkemampuan.. bukan syok sendiri.. ini aku punye sorang
Hidup yang susah melatih diri seseorang tabah dan mendidik hati supaya sabar dan syukur atas kurniaanNya
Kaya, senang, miskin, susah..
Semuanya senang nak buat pahala andai matlamat hidup kerana Allah tujuan utama
Allah itu Maha Adil
Marilah berasa susah hati andai duit yang banyak masih berbaki di tangan tidak disedekahkan kepada mereka yang kurang berkemampuan, kerana takut disoal kembali di hadapan Allah, amanah yang telah dipikulkan ke atas kita yang tidak ditunaikan
Astaghfirullah
Marilah berasa syukur, walaupun dalam serba kekurangan, kerana masih ada hamba-hamba Allah yang hidup lebih merana daripada kita
Hidup ini indah jika semuanya kerana Allah....
Wallahua'lam
Walk in Titiwangsa.
14 hours ago
5 silent voices:
oo ye, terlupa
walaupun dah menafikan 2/3 majoriti dewan rakyat, pakatan rakyat tak mampu menolak usul penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang oleh kerajaan.. huhuhu
"Kill one person to save thousands"
"...for the greater good"
Mahu tidak mahu, untuk mengelakkan ekonomi merudum dan beribu-ribu menganggur, terpaksalah korbankan golongan miskin yang hanya minoriti berbanding golongan sederhana yang menempati kebanyakan sektor perkerjaan.
Realitinya, minyak semakin berkurang tapi tak bermakna sudah habis. Sama seperti zaman batu dan zaman besi, zaman itu berakhir tapi tak bererti batu dan besi habis. Cumanya mencarigali dan memproses minyak tidak lagi memberi keuntungan.
Sama ada Pakatan Rakyat yang memerintah atau Barisan Nasional, sama saja. Minyak tetap naik.
sumber tenaga yang konvensional (tidak boleh diperbaharui),
sumber tenaga bukan konvensional (diperbaharui)
silibus geografi tingkatan berapa entah, tak ingat..
bila lagi nak aplikasi pelajaran ni?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm
inikah kesudahannya?
Hujah TV9 - YB Mahfuz vs YB Aziz
Debat tentang isu kenaikan minyak. Kelakau...
Post a Comment