1:45 PM

Cop! Saya nak jadi.....

Bukan susah untuk mencari ketenangan. Hanya dengan doa dan usaha kita yang bersungguh untuk mencapai ketenangan itu, maka dengan semudah itu juga Allah akan mengurniakan ketenangan yang kita cari itu. Mudah bukan? Yang penting, ingat formula biasa ; usaha, doa, tawakal dan yakin dengan pertolongan Allah.

Freeze…(end intro)

Sudah lama tidak bersembang-sembang meriah dengan teman-teman. Malam ini, selepas menghadapi hidangan dinner yang 'lazat', kami bercerita tentang ‘CITA-CITA’. Semua orang yang bergelar manusia pastinya bercita-cita besar. Begitu juga kami. Manusia biasa. Hari ini, kami sungguh teruja melihat para graduan JUST di majlis konvokesyen 2008. Ditambah pula dengan kehadiran kelibat-kelibat doctor-doktor di universiti dan hospital yang ‘very adorable’. Kami pun mula berangan…(Mudah-mudahan bukan angan-angan Minah Jeninah)



Nak further apa ye lepas grad nanti?”
“Dermatologist la paling banyak duit. Orang berjerawat pun datang jumpa.”
“Jadi cardiologist macam Dr. Abdullah Saadeh pun best. Tak boring. Banyak pesakit!”
“Hm… What about Dr. Ahnaf Nephro?”
“Psychiatrist??”
“Rheumatologist cam Dr Khaldun? Symptom lebih kurang semua. Senang nak ingat.”


Macam-macam bidang kami bincangkan pro dan kons nya. Hingga akhirnya kami terkeluar tajuk…

Kan best kalau jadi businesswoman”
“Hello… you’re already on this road laa! A road to the hospital!”




Wah, rupa-rupanya semua antara kami sememangnya berminat untuk membuka perniagaan. Tetapi perniagaan apa?

Perusahaan hotel best kan? Modal kena banyak. Tanah kena ada.Tepi pantai pulak tu.. Hmm.. Terengganu sesuaii!!!”
“Kita nak buka perusahaan kerepek! Oh, kena kahwin dengan orang kampong la macam ni. Senang dapat sumber, pisang, ubi kayu, keladi..”
“Aku nak jadi broker tanah!” Wah hebatnya kawan kita ni…
“Saya nak buka kedai buku ‘medic’ la kak. Kaya dan laku.”
“Nak buka Syarikat Ubat”




Perniagaan sememangnya menawarkan keuntungan yang lumayan jika kena dengan gayanya. Namun asas-asas dan selok-belok perniagaan perlulah dipelajari sebelum melangkah ke dunia tersebut. Kini kami dalam bidang perubatan. Masa bila pula kami dapat memulakan perniagaan yang dicita-citakan?

Kan kita kena yakin… Untuk semua benda, kita perlu ada usaha, doa, tawakal dan keyakinan yang tinggi terhadap pertolongan Allah. Itu saja formula penting untuk mencapai sesuatu. Tidak kiralah sesuatu itu berbentuk kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, bahkan cinta sekalipun. Maka, untuk setiap kejayaan yang tidak tercapai, untuk kerjaya yang tertangguh dan untuk cinta yang tidak kesampaian, segala-segalanya kita pulangkan kepada Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang manusia tidak ketahui. Sentiasa tanamkan keyakinan dalam hati; Allah pasti sedang menyediakan sesuatu yang lebih berharga dan bermakna untuk kita. *Sigh*

Membicarakan tentang cita-cita memang seronok. Seronok berangan dan membayangkan masa depan yang penuh dengan kejayaan. Namun sekarang, saya terpaksa berhenti dan berpatah balik ke destinasi realiti. Di sini saya masih merangkak, bertatih menghabiskan sisa tahun 4 yang masih berbaki satu semester lagi.

Ayuh kawan-kawan! Kita realisasikan cita-cita kita.
Muslimah, Doktor, Businesswoman yang solehah!!!

Bersama membangunkan Islam.


11.50pm
14 Jun 2008

3 silent voices:

ishikawa said...

berangan jadik kaye memang seronok..
tapi jangan berangan jauh2, takut tak berpijak di bumi nyata...

"akak, paediatrician kaye tak?"
"kaye2"
.. haha.. terus tanak berhenti berangan jadik paediatrician

sape2 yang bukak hospital ke.. pusat perubatan ke.. klinik ke.. , boleh la tempah ubat-ubatan kat syarikat kita, eh.. (berangan lagi..)

kher said...

hurm....

beranganlah supaya anganan kita boleh menjadi pendorong kejayaan. bak kata seseorang tuh, "xper banyak berangan asalkan kita xberhenti sekadar di anganan sahaja. jadikan ianya satu kenyataan."

Anonymous said...

jom kt sama2 buka univ swasta kt mesia..jd JUST kt mesia..lg untung besar..sama2 berusaha mncapai cita2..mengejar kejayaan dunia dan akhirat..ameen