1:12 AM

Man proposes, God Disposes

Bismillah


Manusia merancang, Tuhan yang menentukan

Saya tidak pernah mengulang paper, apatah lagi mengimpikannya, Alhamdulillah...

Tapi kita hanya merancang , Allah yang Maha Tahu yang terbaik buat hambaNya





Khamis- 5 JUN 2008


Hari yang menakutkan. Hari yang sangat meninggalkan kesan.


Hari itu hari untuk final exam rotation kegemaran saya- Paediatrics. Saya ke dewan peperiksaan dengan gembira, terasa ingin segera menghabiskan peperiksaan-peperiksaan yang masih berbaki ini.


Namun Allah ada perancanganNya yang tersendiri. Pastinya yang terbaik yang diatur buat hambaNya, kerana Dia- Pengasih, yang tidak akan menzalimi hambaNya, kerana Dia- Penyayang, sentiasa bersama hambaNya di waktu suka dan duka...
Bersangka baiklah dengan Allah



Saya gagal menyempurnakan 2 jam peperiksaan MCQ dalam komputer. Hanya bertahan setengah jam pertama. Saya dikejarkan ke hospital akibat sakit yang tiba-tiba datang dan tak mampu ditanggung.
Bersangka baiklah dengan Allah...





8 JUN 2008

Gembira melihat sahabat-sahabat selesai semua peperiksaan final untuk 3 rotation pertama clinical year kami...
Gembira juga tiba-tiba mendapat mesej dari adik kesayangan di Malaysia, Addin... bertanya khabar dan berpesan agar menjaga kesihatan terutama di waktu peperiksaan

Tapi,
Saya .. masih berbaki satu paper yang ter'hutang' 3 hari sebelumnya..
Pasti, ada hikmahnya






13 JUN 2008

Seminggu berlalu. Rasa seperti semalam , peristiwa itu berlaku. Rasa seperti baru saya mengadu apa yang berlaku kepada ibu yang setia mendengar luahan hati anaknya, tangisan dan harapan agar doa dan kasih sayang ibu sentiasa mengiringi perjalanan anaknya yang jauh di perantauan. Dan rasa seperti semalam, saya membuakkan kerisauan di hati ayah ibu yang masih belum reda dengan situasi kesihatan saya. Hampir setiap hari ayah berpesan.. jaga kesihatan.

Semuanya cantik diatur oleh Allah yang Maha Penyayang





Terima kasih tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat yang memberi sokongan, terutama Farah dan Faezza yang setia menemani di ED, walaupun lama. Hanya Allah dapat membalasnya. Terima kasih sangat-sangat.. from the bottom of my heart


Kepada Kak Aliaa, dan Kak Dayah yang sangat mengharukan. Ganjaran dari Allah adalah sebaik-baik balasan.





Kepada semua sahabat..
Sehingga 22 Jun 2008, andai ada tugas yang lambat saya selesaikan, ada kerja dan amanah yang tak tertunai, mohon ampun dan maaf. Doakan yang kedua ini, saya lalui dengan tenang hati, sihat fizikal dan mental, penuh pertolongan dari Dia yang Maha Esa..



Doakan saya...


Wallahua'lam


8 silent voices:

kher said...

syafakillah.

semoga kesakitan yang diberi akan menghapuskan dosa-dosa. terus dan teruskan berusahah demi agama.

Anonymous said...

xpe sarah. ujian allah yang hebat adalah untuk orang yang hebat juga. masya allah.

syukur pada allah juga kerana pertolongannya yang banyak pada 'hari kesusahan' itu.

seminggu dari sekarang boleh tulis entry 'seusai exam pedi 50 soalan' ya. heheh. bittaufiq insyallah.

Anonymous said...

ala.. miss la buat IM injection hari tu... isk isk.

ishikawa said...

haha
tu la ..
mule2 seram jugak dR tu suh faezza try cuba inject IM kat kite
(bolehke kwn akoo ni..hehe)

pastu pk2 balik, ape salahnye dak, jadik bhn eksperimen.. hehe

tapi betulla takde rezeki faezza nak act jadik dR betol2 inject kite
takpe kat mesia nanti baaaanyak chances nak try..

kher said...

owh...

boleh try2 ker?
hurm bahaya nie. insyAllah kalau kena tahan wad xjumpa doc2 kat School of Life nie.
negs nges nges...

Anonymous said...

ha.. mmg hari tu doc kat emergency tu mnta tolg inject kan. sekali nurse lain dtg terus inject.. xsmpt nak ckp pe.

kalau jumpa doc SOL kan ahsan. senang cakap bahasa melayu.

Anonymous said...

gudluck sara 4 pedi exam!sape tahu nak dapat markah tinggi gaknye tu.ammiiinn.;-)

Anonymous said...

sarah, all d best.. boleh punye pedi ni..study leklok..inshaAllah Allah tlg dr segale sudut..ameen..