9:57 AM

~persediaan yang selalu dilupa~

Aku ini tempat yang sunyi, banyakkanlah membaca alQuran moga ia menjadi temanmu.

Aku ini tempat yang gelap gelita, terangilah ia dengan banyak bangkit bersolat di malam hari.

Aku ini tempat tidurmu berlapikkan tanah, bawalah bekal amal soleh mu.

Aku ini tempat yang penuh dengan kala jenking dan ular, bawalah pelindungmu dengan banyak membaca Bismillahirrahamanirrahim

Aku ini tempat kamu disoal munkar nakir, mudahkanlah ia dengan banyak membaca La ilah illa Allah



~persediaan yang selalu dilupa~
sedang mati entah bila.

ingat wahai diri;
kubur itu tempat kau akan sunyi tanpa teman..
kubur itu tempat gelap gelita tanpa cahaya..
kubur itu tidurmu berlapik tanah..
kubur itu penuh kala jengking dan ular..
kubur itu tempat engkau disoal..

fatazawwadu.

~persediaan yang selalu dilupa~



:: cryin'::

1 silent voices:

Pjoyz Zul said...

komen x kaitan skit. tgk la blog aku. ada cite ttg wedding yana aritu.