Bismillah
29 Ramadhan
Selesai menghadiri jamuan berbuka puasa di Solah
Esok raya?
Taknak raya lagi….
Itulah yang terdetik di hati
"Rumah tak kemas lagi…"
"Nak masak ape?"
"Eh, kita mesyuarat la malam ni, meeting MPPM"
Alasan-alasan yang kedengaran dari mulut sendiri dan kawan-kawan
Selesai solat Isya', imam masjid melaungkan takbir raya.. Ya Allah… terkejutnya! Esok raya..?! Haa.. dah raya ke?!
Syahdunya..
Teringat ayah, ibu, keluarga..
Teringat juga Ramadhan yang ditinggalkan
Atau sebenarnya yang meningalkan aku tahun ini
Dapatkah aku keampunan Tuhan di bulan penuh rahmah dan barakah yang baru berlalu pergi…
Syahdunya….
Rindunya pada Ramadhan yang sudah pergi,
Nak jumpa lagi….
MasyaAllah!
Teringat pada janji ingin meminta tolong pihak ikhwah melaungkan gema takbir di rumah baru kami..
Rumah baru..
Baru 2 minggu..
Banyak lagi yang perlu dikemas dan disusun atur
Alhamdulillah sempat membeli langsir baru petangnya sebelum berbuka
Kelam kabut dibuatnya..
Sedang pihak ikhwah mengalunkan takbir raya ala
Sempat ke ni??
Kesian Adik Tiqah yang kepenatan keluar tergesa-gesa ke kedai-kedai berhampiran membeli sedikit sebanyak barang keperluan. Sudah tentulah tidak banyak kedai yang dibuka ketika ini.. ke mana sajalah budak ni mencari-cari kedai yang masih mahu menerima pelanggan.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita mendengar gema takbir dilaungkan di rumah baru kami yang dahulunya bukan dihuni oleh orang Islam
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
Hanya Dia yang layak dipuja, diagungkan, dan dibesarkan
Hanya Dia Yang Satu
LAILAHAILLALLAHU
WALLAHU AKBAR
Hanya Dia yang layak disembah, tiada selainNya
Hanya Dia Yang Satu
ALLAHU AKBAR
WALILLAHILHAMD
Segala pujian hanya layak bagiNya
Hanya Dia Yang Satu
Saya yakin, sebenar-benar yakin
Biarlah laungan kalimah tauhid bergema di rumah yang dahulunya bukan memuja Tuhan yang Hak, Allah Yang Satu!
Saya dan Adik Tiqah rasa bersyukur kerana hasrat kami dimakbulkan Allah..
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak ikhwah yang telah mejadi wasilah untuk menyempurakan hasrat dan harapan kami
Namun….
Dalam kesyahduan dan kesyukuran
Kenangan dan pengajaran
Saya tidak pernah menduga kanak-kanak 'lincah' dan 'riang' di kawasan kejiranan kami sanggup bertindak sedemikian rupa..
Nakal mereka banyak kali kami maafkan, kami biarkan
Biarlah… budak-budak
Kalau dimarah pun, diri sendiri yang penat, baik buat tak tahu sahaja
Tapi malam tadi memang melampau
Mengapa sehingga tetamu kami mereka kacau?
Selesai sahaja bertakbir dan menikmati juadah kami yang tidak seberapa, pihak ikhwah memohon izin untuk pulang
Alangkah terkejutnya mereka, apabila pintu dibuka, tiada sepasang kasut pun yang tinggal di muka pintu…
Hah? Kasut takde?
Betul ke?
Licin betul lantai kat luar tu…
Mana pulak hilangnya kasut-kasut ni…?
Adooooiii!!! Astaghfirullahal'azim
Tiada siapa yang bermain dalam minda saya kecuali budak-budak di kawasan kejiranan kami yang pelik-pelik perangainya..
Ya Allah.. mana nak cari ni?
Saya yakin ia tidak hilang
InsyaAllah tak hilang!
Mesti disembunyikan
Mesti!
Tapi di mana?
Kat bawah tangga tu gelap, tiada pula lampu suluh untuk mencari 6 pasang kasut yang ghaib tiba-tiba..
Tiba-tiba , kami ternampak seorang anak jiran yang agak baik dan mugkin boleh membantu..
"Adik, adik tau tak sape yang amik kasut-kasut diorang ni?"
Tapi dia bukanlah culprit yang sebenarnya..
Tak tahu…
Buntu..
Dalam hati, mana nak cari ni, takkan nak biar tetamu ni balik berkaki ayam..? Malam-malam raya? Selepas takbir raya?
Kesiannya mereka, sudahlah datang berjalan kaki dari jauh ke rumah kami 'hujung dunia' ini
Datang-datang pula, dilanda musibah yang tidak tersangka-sangka
"Janganlah diorang ni menyesal pulak datang umah aku malam ni," boleh pula hati saya terdetik begitu.
Tiba-tiba terdengar suara diselangi hilaian tawa mereka dari atas rumah..
Dah jumpa!!
Alhamdulillah
Budak-budak bijak anak-anak jiran tu dengan selambanya mencampakkan kasut-kasut mereka ke bawah rumah, bahagian paling gelap berhampiran pokok yang tumbuh di sebelah rumah..
Siapalah yang boleh perasan pada mulanya..?
Ya Allah… kesian
Terasa tebal muka, perasaan malu menyelubungi diri..
Malunyaaa!
Malu tak terkata!
Budak-budak ni pun, kalau nak kacau, kacau kami berdua sudah la…
Jangan la kacau orang lain..
Dengan perasaan penuh malu, saya dan Adik Tiqah memohon maaf…
Rasa bersalah pula
Tapi, Alhamdulillah, at least tidaklah mereka pulang berkaki ayam, di malam raya setelah takbir raya.. di rumah saya!
Masuk rekod PERMAI pula nanti – "Skuad takbir raya paling tabah"
Patutnya tadi pintu di ruang tamu tak perlu ditutup, bolehlah nampak siapa budak kecik yang buat 'kerja bijak' tu..
Dah la mereka datang ke rumah paling jauh,
Juadah pula tak seberapa,
Dimainkan budak kecil lagi..
Uhh.. dugaan betul bagi mereka yang memang nak buat baik ni
Mohon maaf sekali lagi
(Aiman Majdi, Muhtadiin, Firdaus, Farhan, Engku dan Tarmizi- Salah nama minta maaf)
Jazakumullahu khairul jazak
Taqabbalallahu minna wa minkum
Takbir raya Syawal 1429H
Yang syahdu dan yang lucu
Dalam kenangan Aidilfitri terakhirku di Jordan…..
(Tak sabar menanti Aidilfitri di Malaysia tahun depan.. moga dipanjangkan usia)
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua…
Moga diterima ibadah sebulan berpuasa
Mendapat rahmah, maghfirah dan barakah
Lailatul Qadar? Biarlah dalam rahsiaNya
Tahun depan bersama-sama kita buru kembali di mana Lailatul Qadar impian kita
TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM
Wallahua'lam
5 silent voices:
salam...
first of all, hahahahaha....
adeh, denagr first time aritu pun dah terguling-guling rasa nak gelak.. kesian gak la kat team takbir.. tabik toing-toing kat diaorang sebab tabah mengharungi jalan dr utara ke barat kawasan umah budak malaysia.. adoilahh... ^_^
alamat nak pos pape pun tukar gak ker?
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin :-) Ni Zayyani ke?
searcher a.k.a kak dee (kuat betul instinct rase kak dee)
alamat surat menyurat tidak bertukar.. akk nak hantar kad besdey, adiah dn sebagainya dialu-alukan...
hehe..bila baca post ni macam rs kak sarah tgh bercerita dpan saya jer..maaf k'sarah dan tqah..saya masih tak smpi2 lagi kat umah akk..insyaallah akan tiba waktu itu.
Post a Comment