8:20 AM

DUTA kecil ISLAM (part 2)

(www.gettyimages.com)

Dalam bahagian kedua (bahagian pertama - part 1) ini, saya nak berkongsi beberapa cabaran yang sinonim dengan seorang duta kecil Islam seperti kita. Perkongsian ringkas ini diharap dapat mengingatkan yang lupa serta merangsang & menggerakkan kita semua untuk memantapkan lagi perlaksanaan tugas kita sebagai seorang duta kecil Islam, insyaAllah.

Cabaran demi cabaran yang silih berganti adalah sesuatu yang perlu dijangkakan oleh setiap duta kecil Islam. Cabaran ini mungkin berpunca dari diri sendiri atau keadaan sekeliling. Meskipun begitu, setiap ujian yang datang berada dalam kemampuan kita untuk menyelesaikannya, seperti yang janji ar-Rahman dalam surah al-Baqarah, ayat 286:

[286 ]لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Terjemahan : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya

Antara cabaran dari dalam diri ialah :
  • Persediaan ilmu. Kecintaan menimba ilmu perlu disemai & dibaja kerana ia aset utama kita untuk menunaikan salah satu tugas duta kecil Islam iaitu, mengajak ke arah kebaikan & menegur sebarang kesalahan. Berbekalkan ilmu dari sumber yang sohih, insyaAllah lebih mudah bagi kita melakukan tugas ini kerana akan semakin jelas perkara yang ingin digalakkan & yang ingin ditegur.
  • Inferioriti kompleks. Inferioriti kompleks yang timbul dalam diri akan menimbulkan rasa kerdil yang keterlaluan terhadap orang lain. Konflik diri seperti ini berbeza daripada konsep tawaddu' & ia memberi kesan negatif kepada pembawaan diri. Cabaran ini sering berpunca dari rasa kurang yakin terhadap nilai-nilai yang ada dalam diri. Akibatnya, kita akan kelihatan lemah, tiada keyakinan diri & tidak mampu bergerak ke hadapan. Seterusnya, ia akan mencacatkan misi kita untuk menjaga imej baik Islam. Jalan penyelesaian bagi konflik ini adalah dengan menanam keyakinan terhadap kekuasaan & janji Allah swt serta merasakanbahawa nikmat iman & islam yang meletakkan nilai mulia pada diri seseorang insan. Firman Allah swt :

ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين

Terjemahan : "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kami orang-orang yang beriman. (surah Ali-Imran : ayat 139)


  • Meletakkan mind-setting yang betul. Antara salah faham yang selalu timbul adalah tanggapan bahawa penuntut ilmu agama sahaja yang layak memainkan peranan ini. hakikatnya, setiap seorang daripada kita mampu menyumbang kepada Islam menurut kemampuan kita. Tiada pengkhususan kepada mana-aman bidnag pengajian. Bak kata pepatah Melayu, "Nak seriba daya, tak nak seribu dalih"

Justeru dalam rangka kita memperkemaskan lagi perlaksanaan tugas sebagai seorang duta kecil Islam, beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya :
  • Niat kita memikul amanah ini dituluskan kerana Allah swt
  • Motivasi diri perlu berterusan untk membantu kita terus istiqamah menjalankan tanggungjawab sebagai duta kecil Islam yang semakin hari semakin mencabar. Motivasi ini boleh jadi daripada penghayatan kepada Al-Quran & hadia Rasulullah saw, mengambil iktibar dari kesungguhan & semangat para sahabat Baginda saw serta berbaik sangka(berfikiran positif) dengan setiap yang berlaku.
  • Kreatif dalam memikirkan kaedah terbaik menjayakan tugas.

Tanamkan niat & azam yang betul, aturkan rencana kita sebaiknya, dengan iringan doa serta tawakkal, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan, inilah janji Ar-Rahman seperti firmanNya:

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين
Terjemahan : Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. (surah Al-Ankabuut:ayat 69)

Semoga kita terus diberi kekuatan menunaikan tugas istimewa sebagai DUTA KECIL ISLAM


Jelaskan matlamat..Tuluskan niat~
sabishi

0 silent voices: