12:39 AM

Terima kasih, Thank you, Allah yajzikumul kher...


Alhamdulillah...

segala puji bagi Allah swt atas nikmatNya yang tak terbilang & dgn izinnya saya dapat tulis entry yang saya kira bermakna ini walaupun mungkin ada yang menyifatkan entry ni sudah agak lewat. Namun saya bersyukur kerana entry yang saya berhajat untuk tulis 6 bulan yang lalu..tertulis juga akhirnya..alhamdulillah ya Rabb.





pantunmu teman, ini jawabnya..

Sejuta rasa terbuku di hati,
Lidah terkelu seribu bahasa,
Lantas kunukilkan coretan ini,
Moga terluah apa yang dirasa..


Sebenar-benarnya saya tidak tahu dari mana ingin saya mulakan entry ini, mungkin kerana terlalu banyak yang ingin saya kongsi hingga tak bertemu punca. Entry ini adalah dedikasi khas buat sahabat2 a.k.a keluarga saya di jordan.

TERIMA KASIH
Alhamdulillah & terima kasih yang teramat kepada sahabat2
(kakak2, batch 2004, adik2) yang bertungkus lumus memerah keringat & berjaga malam mengadakan majlis perkahwinan saya di jordan. One of the most important event in a woman's life is her wedding & all of you had made mine a memorable one.

Saya sungguh terharu dengan bantuan kalian ..bersedia pergi ke syria untuk membeli barang keperluan kenduri, bersungguh-sungguh menyusun perjalanan majlis akad nikah & majlis resepsi, mereka bentuk kad kahwin, merancang menu & memasak, memikirkan pakaian pengantin, menemani saya menguruskan prosedur perkahwinan & membeli kelengkapan rumah, membeli cincin, memberi sokongan moral, menjahit veil pengantin, mengemas rumah baru & banyak lagi...tak tersebut..

Selepas mengenang kembali segala pengorbanan sahabat2..saya jadi terkelu & tidak dapat memikirkan bagaimana harus saya balas semuanya kerana hanya Allah yang tahu betapa besar maknanya pengorbanan mereka kepada saya. Mereka melakukan segala-galanya tanpa mengharapkan apa2 balasan, hanyalah kerana rasa sayang yang didasari keimanan kepada Allah, atas ingatan saudara seakidah. Semoga Allah merahmati kalian & menyuluh perjalanan hidup kalian dengan sinar hidayah yang sebenar, sesungguhnya janji Allah itu benar seperti yang dilafazkan melalui perantaraan kekasihNya, Baginda saw;

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda;
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. (riwayat Muslim)

Jazakumullah khairan kathira..saya bersyukur kerana diizinkan Allah mengenali insan2 seperti mereka.

MINTA MAAF
Seribu kemaafan juga saya pohon daripada sekalian sahabat2 & adik2 atas 'kehilangan' saya beberapa lama selepas berumah tangga. Bukan niat di hati untuk memencilkan diri, jauh sekali untuk melupakan kalian. Cuma diri ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Alhamdulillah setelah 6 bulan, I am getting back on track.

Bagi saya, setelah berkahwin, seseorang itu bukannya menukar ganti taklifan diri daripada seorang adik atau kakak atau sahabat dengan amanah baru sebagai isteri/suami tetapi sebenarnya dia menambah satu lagi taklifan baru dalam diri iaitu sebagai suami atau isteri. Cuma yang mencabarnya ialah setelah berkahwin, seseorang perlu menyusun serta menyesuaikan keutamaan antara semua taklifan yang ada(sebagai anak, adik, kakak/abang, sahabat, suami/isteri dll) supaya tiada yang tercicir. Saya berharap sahabat2 & adik2 tak merasakan bahawa kalian sudah kehilangan seorang sahabat atau kakak. Saya merasakan setiap satu mempunyai hak ke atas saya selagi mana taklifan itu tersandar pada bahu ini. I am still here as long as the Almighty permits me & am still looking forward to sit for a chat, share ideas, thoughts & feelings & have gatherings together. Bayt Sakinah sentiasa terbuka untuk kalian, insyaAllah..

ingatkanlah saya andai terlupa & tegurlah andai tersalah

jazakumullah khairan kathira..taqabbal Allah minna wa minkum.
ya Allah peliharalah insan2 berhati mulia ini.

Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~

sabishi

7 silent voices:

ishikawa said...

Alhamdulillah.. dah lama kami menanti 'cenderahati' dari puan zayyani untuk blog kita ni.

Semoga Allah kurniakan kekuatan menempuh hari2 yang penuh cabaran. Maaf andai selama 6 bulan zay cuba menyesuaikan diri dengan hidup baru, sahabat ini tidak selalu berada di sisi, memahami, memberi sokongan dan membantu apa yang perlu.

Rasa kehilangan...? Kadang2 terasa juga.. =( Tapi pandai2 lah pujuk diri sendiri.. xpe... zay tetap sahabat kami, cuba dia perlu masa.. T^T

Syaitan tu jahat, kan? Kadang2 timbul rasa dalam hati.. kenapalah zay kawin awal sangat ni.. tak puas nak 'main2' lagi.
Tapi bila fikir2 semula, itukan ketetapan dari Allah, by hook or by crook, 10 disember 2008 pada usia 22 tahun, memang telah Allah tetapkan zayyani md nor akan berkahwin.. huuu...
lagipun dia kawin je, bukan meninggalkan kami.. =)

Welcome back, my dear. Semoga semakin terbuka pintu-pintu kebaikan buatmu, semakin betambah peluang-peluang melakukan amal kebajikan dalam fasa baru hidupmu ini.

Sayang zay~

Fez said...

No sweat my dear! That's what friends are for rite?..

ready getting back on the track??
alhamdulillah. bolehla i undi u jadi ydpah mppm tahun depan.. :p
lega rasanya. haha.

cuti2 meh la dtg umah..

'Aqilah Suhaimi said...

faezza kata dia nk masak sambal terbaik,zay..haha

niksifu said...

takpe..alhamdulillah zay faham all my sisters were adapting too.jadi masing2 perlukan masa (wink)

nak undi utk ydpah? dah pencen zay ni :D

klu faezza buat sambal..kilah tolong buat nasi lemak ye..^^

hidup ni tak lekang dgn cabaran..berkahwin membuka pintu kebahagiaan baru dlm hidup tapi ia masih tidak lekang dari ujian & cabaran ar-Rahman, semoga Allah beri kita kekuatan

Maut said...

Salam zai, mabrook alaik kerana telah berjaya mengharungi 6 bulan yang pertama dgn penuh kesabaran dan ketabahan. Hidup sememangnya medan pembelajaran yang paling baik untuk setiap manusia, segala kepayahan, kesakitan, kegembiraan dan apa2 jua yang dilalui sememangnya kerana Allah ingin mengajar kita sesuatu. Bila manusia berada di satu persekitaran baru, dgn berusaha menyesuaikan diri, kelemahan kita akan nampak lebih jelas di mana, begitu juga kelebihan. dan kita belajar untuk memperbaiki mana yang kurang, menggilap mana yang baik.

Bila manusia meletakkan Allah untuk kita dahulukan dalam segala hal, maka seandainya dalam jalan2 yang kita lalui itu ada cemuhan, makian serta kata2 org yang kurang memahami memedihkan hati dan telinga, jgn pernah mengalah, jgn putus asa..teruskan berjalan dan keraskan hatimu.
Sememangnya sesuatu yang benar itu memang menuntut kita untuk berusaha lebih kuat lagi kerana ganjaran yang menanti bukan calang-calang..bukan sejuta dua ringgit, bukan jua kereta mewah dan banglo yang tersergam indah. Tapi janji Allah buat hambanya yang bersabar..

"Sesungguhnya org2 yg bersabar sahaja yg akan disempurnakan pahala mereka dgn tidak terkira"- Az-Zumar 10

dan kelak kita jd tetamu Allah dijemput untuk menginap di taman-taman syurganya..

Jangan juga zai merasa telah menyusahkan kami dgn segala bantuan yang kami beri, kerana kami juga patut berterima kasih pd zai, kalau tiada seorang shbt yang hendak berkahwin, mana mgkin nak belajar macam mana mengurus majlis besar seperti ini sendirian berhad- semua ini kan soft skill hehe^_^..

dan dgn adanya seorang shbt yg memulakah langkah ke alam yang baru ini, ramailah yang lebih berusaha menambah ilmu2 yang seharusnya dicari.bkn sekadar persediaan untuk itu, tetapi yg lebih penting membuka mata kita bhw perkahwinan itu jalan keluar untuk segala masalah2 perhubungan yag meruncing di luar sana, di daerah kita ini khususnya.

untuk satu perkara yang benar, sememangnya banyak hikmah tersembunyi yang akan terserlah bila tiba masanya^_^

Tahniah dan mg jd inspirasi buat semua..

assalamualaikum

sempliciotto said...

owh tidak-tidak, banyaknya post y dah terlepas. huhu

anyway zay, it's great to have you back. entry macam buat come back je :)

la syukran ala wajib sis, it was a pleasant memories for me too

Anonymous said...

If you are just starting out with home schooling, provide some time to work. Usually do not surrender the first full week or month. It will require a while for your youngsters to evolve for the workouts. You may have a problem getting some more mature little ones to just accept the newest schools technique should they were actually as soon as in educational institutions using their friends. [url=http://www.ss12w12ws.info]Slitr567her[/url]