5:33 AM

To put yourself in one shoes

Kata orang jadi doktor ni, kurang sensitivitinya. Betul?

Bila difikir-fikir kembali, saya rasa ada benarnya. Maksud saya, ramai doktor mempunyai rasa kurang sensitiviti dengan pesakit dan penyakit.

Sedikit sebanyak saya turut merasakan dan mengalaminya. Bagaimana anda nak tahu benarkah anda makin kurang sensitiviti?

1. Apabila rakan anda bertanya, "What case did you take today?" Maka dengan muka yang bosan anda menjawab, "Common..., pre-eclampsia..." "..or breast mass", "..or "..MI (myocardial infarction)".

('Common' ~~ baca: "Case cam biasa. Hari-hari dah discuss case ni.")

2. Apabila salah seorang saudara anda mengadu, "Makcik ada pendarahan banyak, sampai anemic (Hb: 6), kena blood transfusion lagi. Kenapa ya? Dan anda jawab,"Ooo, tak pe makcik. Makcik pergi hospital, nanti doktor cek, buat ultrasound and bagi ubat tranexamic acid bla..bla..Nanti doctor bagi tau makcik sakit apa. Kalau fibroid, operation je utk buang. takpun, boleh buat hysterectomy.(buang rahim).

(Buang rahim?? Waa senangnya cakap, macam nak potong kuku plak dengar bunyi senangnya..)

3. Apabila memilih case dari wad ke wad..," Taknak lah amik chest pain, taknak lah amik MI, taknaklah amik hernia. Bosan.."

(Bosan?? Tak kena lagi attack cam aku ni boleh la cakap..)

4. Anda boleh menguap di operation theatre, di kala melihat doktor melakukan Cesarian untuk complicated delivery.

Dan banyak lagi situasi yang boleh menunjukkan betapa kita dah lali dengan penyakit-penyakit tersebut, kita rasa penyakit itu sendiri 'simple' dan adakalanya pemikiran dan rasa kita tersebut tanpa kita sedari, diterjemah ke perlakuan sehingga menyebabkan ada pesakit yang 'berasa hati' dengan doktor ataupun pelajar perubatan.

Doktor bukan sahaja perlu mempunyai rasa simpati, bahkan perlu memiliki empati. ~~To put urself in one shoes~~

Pesakit memang datang dalam keadaan 'yang mahu agar mereka dibantu'. Mereka mahu didengari dan diberi perhatian. Ramai orang mengadu 'mereka tidak disentuh langsung oleh doktor' jika mereka mendapatkan rawatan di unit rawatan luar hospital kerajaan.

Mentang-mentang 70% diagnosis datang dari history taking, maka ramailah para doktor yang mengabaikan 'physical exam'. Itu sebabnya kadang-kadang doktor langsung tak angkat muka. Sibuk mencatat di fail ketika pesakit bercakap. Semua aduan yang pesakit ajukan, telah kita hafal dan 'predict'. Contohnya pesakit (ibu mengandung) datang dengan sakit kepala. Belum lagi pesakit membuka mulut, kita dah bercakap di dalam hati, "lepas ni mesti dia nak cakap dia ada 'high BP' sebelum ni, ada 'blurry vision, ada edema, ada tremor.. Kalau buat urine test karang, mesti ada proteinurea..."

Memang kita lebih banyak tahu tentang penyakit berbanding pesakit itu sendiri. Kita tahu tentang simptom, investigation, management and even prognosis. Namun pesakit yang datang hanya ingin mengadukan sakitnya dalam keadaan mereka tak tahu kenapa mereka sakit dan mereka hanya merasakan bahawa sakit mereka tidak tertanggung lagi dan ingin segera sembuh.

Menurut teorinya, baguslah kalau kita telah pun bersedia dan tahu simptom-simptom yang bakal diajukan. Namun jika sebaliknya, dengan adanya pengetahuan tersebut berkurangnya 'manner' kita di depan pesakit, muka pesakit langsung tak dipandang, untuk senyum jauh sekali, alangkah sedihnya...

So, jangan terus dibiarkan sensiviti kita berkurang dalam urusan harian kita belajar dan bekerja.



::Man la yarham, la yurham (au kama qal)~~Sesiapa yang tidak mengasihani, dia tidak akan dikasihani ::

4 silent voices:

chokora said...

subhanallah..terima kasih..mmg tu la berlaku

sdg Allah bagi peluang kat kiter supaya boleh muhasabah dengan aper yang kiter lihat..

cth paling mudah, tahu nikmatnyer sihat bile tengok org sakit..ingat sikit dengan mati..

ya Allah ampunilah kami..

kwn sekolah said...

BETOL3!!
Thanx faezza ingatkan
tgh belaja forensic ni, mayat depan mata dR buat autopsy, tak tau la kalau still tak ingat mati, still tak jadikan kematian satu pengajaran HARI2!
Mati tu bila2 je...

BalQis said...

Salam,

Ho, betullah... tak perasan pun benda ni sebenarnya berlaku hari-hari.

Patients are not a broken machine that needs to be repair, they are human being with feelings.

terima kasih kerana mengingatkan. InsyaAllah akan disemat dalam kotak fikir sampai bila-bila.

Salam perkenalan untuk semua penulis di blog ini!!

fez said...

BalQis..
Salam perkenalan.

Kawan sekolah,
Saling mengingatkan ye. Kadang kala diri ini selalu terlupa.

Chokora,
Antara salah satu sunnah Rasulullah juga apa yang sahabat baginda sering lakukan sebagai pemimpin adalah 'mengingatkan rakyat atau pimpinannya dengan kematian'..