9:49 PM

Our Best Friend's Wedding

Bismillah



Memetik bait-bait kata yang dinukilkan oleh sahabat kami, Zayyani dalam entrynya sebelum ini
(A Point To Ponder)


"Life is predestined, yet it's presented to us as unpredictable..hence signifying the Power of the Creator & the dependence of His creations~"


Ya, hidup kita, mula dan akhirnya, perjalanan dan liku di dalamnya, susah senangnya, semua telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi..
Tapi seringkali perkara dalam hidup kita datang dengan cara yang tak terduga
Yang pasti, tentulah hanya yang TERBAIK untuk hambaNya.....



Sungguh, jodoh itu rahsia Allah
Segala yang tersurat adalah dalam pengetahuanNya
Siapa menduga wajah tenang sahabat kami menyimpan seribu satu rahsia cerita hidupnya
Dan bermulalah satu fasa baru dalam kehidupan apabila dengan izin Yang Maha Kuasa terlafazlah satu perjanjian sepanjang hayat antara Zayyani dan pasangannya, Amir



Saya sendiri kurang pasti dengan perasaan yang menyelubungi diri
Awal-awal mendapat khabar, saya sepenuh hati berkongsi kegembiraan bersamanya
Wanita yang baik Allah sediakan untuk lelaki yang baik
Lelaki yang baik Allah tentukan dengan wanita yang baik
Memang itulah selayaknya, dan itulah yang saya nampak ada di antara mereka berdua, ciri-ciri persamaan yang memang ketara
Pasangan yang sama baik sama sopan, sama soleh solehah, sama-sama menjaga dan terpelihara....


Namun, makin lama saya makin keliru
Dalam diam rupanya ada sisa sebak dan pilu yang menyelubungi diri, tidak tahu kenapa, apa puncanya, saya kurang pasti.....
Mungkin kami se'batch' terlalu menyayangi sahabat kami, Zayyani yang kami gelar ibu batch kami...



Betapa susah ke pekan Chini
Nun jauhnya kereta tiada
Betapa susah melepaskan Zayyani
Berendam air mata dalam ceria



Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad "Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku."





SATU PERJANJIAN


Bulan mengambang di celah awan
Pungguk merindu dengan berangan
Rahsia Allah jodoh pertemuan
Akad nikah satu perjanjian


Pernikahan bukan sekadar lafaz, bukan sekadar akad, bukan sekadar penerimaan, malah lebih besar tuntutannya dalam sebuah rumahtangga yang menagih perjanjian sepanjang hayat

Walaupun saya bukanlah orang yang selayaknya, tapi sekadar menyampaikan buat peringatan diri sendiri serta sesiapa yang sudi mengambil pengajaran

Memetik satu tazkirah dari sebuah blog, serta diubahsuai sedikit bahasanya:


Pernikahan bolehlah difahami sebagai
Akad untuk beribadah kepada Allah,
Akad untuk menegakkan syariat Allah,
Akad untuk membangun rumah tangga sakinah mawaddah wa rahmah.



Pernikahan juga akad untuk meninggalkan kemaksiatan,
Akad untuk saling mencintai karena Allah,
Akad untuk saling menghargai dan menghormati,
Akad untuk saling menerima seadanya,
Akad untuk saling menguatkan keimanan,
Akad untuk saling membantu dan meringankan beban,
Akad untuk saling menasihati,
Akad untuk setia kepada pasangannya dalam suka dan duka, dalam kefakiran dan kekayaan, dalam sakit dan sihat.




Pernikahan bererti akad untuk meniti hari-hari dalam kebersamaan,
Akad untuk saling melindungi,
Akad untuk saling memberikan rasa aman,
Akad untuk saling mempercayai,
Akad untuk saling menutupi aib,
Akad untuk saling mencurahkan perasaan,
Akad untuk berlumba menunaikan kewajipan,
Akad untuk saling memaafkan kesalahan,
Akad untuk tidak menyimpan dendam dan kemarahan,
Akad untuk tidak mengungkit-ungkit kelemahan, kekurangan dan kesalahan.



Pernikahan adalah akad untuk tidak melakukan pergaduhan,
Akad untuk tidak saling menyakiti badan,
Akad untuk lembut dalam perkataan,
Akad untuk santun dalam pergaulam,
Akad untuk indah dalam penampilan,
Akad untuk mesra dalam mengungkapkan keinginan,
Akad untuk saling mengembangkan potensi diri,
Akad untuk adanya saling keterbukaan yang melegakan,
Akad untuk saling menumpahkan kasih sayang,
Akad untuk saling merindukan,
Akad untuk tidak adanya pemaksaan kehendak,
Akad untuk tidak saling membiarkan,
Akad untuk tidak saling meninggalkan.



Pernikahan juga bermakna akad untuk menebarkan kebajikan,
Akad untuk melahirkan generasi berkualiti,
Akad untuk bersedia menjadi bapa dan ibu bagi anak-anak,
Akad untuk membangun peradaban
dan akad untuk untuk segala yang bernama kebaikan.

Dipetik dari Buku “Pernak-pernik Rumah Tangga Islami” Cahyadi Takariawan.



TERIMA SEADANYA

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai di hati


[An-Nisaa 19] bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).




PASANGAN DUNIA AKHIRAT

Anak keli di tapak tangan
Pucuk pauh tepi telaga
Rahmat Ilahi moga berpanjangan
Kekal jodoh hingga ke Syurga

Ameen, Ya Rabbal'Alamin



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.


Riwayat Ibnu Abbas dan Bukhari:
Sesiapa yang mempunyai empat perkara ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat iaitu
Hati yang selalu bersyukur,
Lidah yang sentiasa berzikir,
Jiwa raga yang sabar dengan ujian,
Isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya..



Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”



Berbahagialah pasangan suami dan isteri yang lengkap sempurna menurut Quran dan hadis Nabi.
InsyaAllah, semoga pasangan Amir-Zayyani yang dijodohkan oleh Allah akan sentiasa saling membantu membawa bahagia di dunia hingga ke akhirat sana






TAHNIAH


Tahniah dari kami krew SOL dan mewakili mereka yang gembira dengan terjalinnya satu lagi ikatan suci di bumi Irbid ini


2 thumbs up buat krew 'adik beradik, anak beranak' pengantin perempuan di sini



Walaupun tidaklah se'gah' atau setanding majlis perkahwinan yang sempurna seperti di Malaysia, kami cuba buat sedaya upaya untuk sahabat kesayangan kami, Zayyani








Amateur punye keje, tak sehebat mana

Krew Akhawat

Wedding Planner- 'Aqilah Suhaimi

Pembantu-pembantu setia akhawat- Nur Faezza, Hetty Ayuni, Farah Najihah, Juiliana Hamzah, Sarah Dardiri, Kamilah, dan adik-adik tahun 4 yang sangat membantu (ramai sangat).


Bagi pihak si Wedding Planner, kami mohon maaf kepada pasangan pengantin andai ada cacat cela sepanjang kami membantu menguruskan sedaya mampu majlis akad dan resepsi kalian berdua..


Semoga Zayyani berbahagia di samping suami tercinta. Doa kami sentiasa mengiringi semoga rahmat Allah kekal menemanimu sehingga ke syurga. Ameeen


Wallahua'lam.

p/s:(menanti 'mama batch' a.k.a 'ibu tiri batch' punye turn pula, bila ye?)

1 silent voices:

niksifu said...

assalamualaikum..
alhmdulillah & jzkillah khairan katheera khasnya buat ukhti sarah & smua krew SOL for the special post..really its a post to make me shed my tears, feeling mostly greatful for all the big helps everybody gave & all the love u guys had showed..thank u & ya Allah pls bless these kind people

mnta maaf lambat baca post istimewa ni sbb dah lama tak surf internet spanjang tempoh adaptasi dgn alam baru..alhmdulillah Allah mudahkan..

a short note of appreciation & tons of thanks kpd sahabat2 akhwat batch 2004 & adik2 yg banyak mnolong & live up our big day..benar2 Allah shj yg layak mbalas kbaikan kalian, apa yg mbantu sy buat di dunia ni utk mbalas semua tu tak akan setanding dgn apa yg kalian smua lakukan..berjaga malam..memerah idea..mengerah tenaga..tima kasih sgt2
tak sedap pulak rasanya nak cerita kat comment ni..insyaAllah post istimewa ni akn di reply dgn post jgk..seiring dgn suruhan Allah swt utk membalas suatu kbaikan dgn suatu kbaikan yg lebih atau yg serupa dgn nya..
thanks a lot girls..