7:36 AM

1 tahun 4 bulan


Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik, kejap sungguh masa berlalu, dari kanak-kanak riang bawa beg galas belakang yang bila jalan tak kisah orang hinggalah ke beg tangan yang bermacam-macam design.(Tapi tak smua yang pandai pakai handbag :) Pemukiman di ardu kinanah ni dalam diam tak diam hanya tinggal lagi 1 tahun 4 bulan je insyaAllah (sama-sama kita doa sungguh-sungguh keh!)

Lepas-lepas ni bila masing-masing dah kerja, ada life sendiri, yang balik kampung, yang migrate ke negeri/negara lain ke, blog ni tak tahu macamana nanti wallahu'alam. Tapi harapnya, andai ada masa, bolehlah kita sama-sama coret-coret kisah masing-masing. Macam Dr. Muui kita buat (kan kak? ;) barulah namanya School of Life. Sampai ke besar insyaAllah kita tetap bersama walaupun hanya di alam maya.

Saja nak post gambar KAUH, buatnya akan datang, tetiba rindu doktor-doktor, boleh tengok balik kat blog ni. Xde muka doktor, hospital pun jadilah. Tetiba datang satu idea, buat contributor-contributor SOL, jom kita amik gambar setiap hospital yang kita round and post kat sini? (Tag untuk semua ^_~ !)

Ok, start dengan KAUH dulu. KAUH ni nama jolokan, budak Melayu yang bagi. Kalau sebut KAUH kat budak Arab, maunya muka konpius yang kita nampak. batch-batch yang terawal MEP Jordan yang guna nama KAUH ni. Ringkas dan padat, senang nak sebut. Kalau orang Arab, selalu panggil Mustasyfa Malik Abdullah (KAUH yang ditranslate ke dalam bahasa arab. Lebih dekat sebutannya dengan lidah mereka)

KAUH atau nama sebenarnya King Abdullah University Hospital ni merupakan hospital utama untuk kami yang study di JUST (Jordan University of Science & Technology --> Kalau sebut JUST budak Arab tak konpius sebab diorang pun sebut sama)

Apa yang menarik KAUH ni?

Kalau as patient, biasalah, as tertier hospital, biasanya kes-kes yang berat di refer ke sini. Doktor hebat-hebat. Selalu kluar TV, yang tulis jornal lain. Makanan yang dihidang pun memang nampak sedap sangat, buah-buahannya antara yang mahal saya kira kalau kita banding harganya kat pasar. Yogurt dan brand air susu pun sama.

Kalau as student especially clinical student, kafe staff yang selalu kami serbu. Selain harganya yang memang murah berbanding kafe satu lagi di tingkat atas, makanannya juga sedap. Masa tahun 4 dulu, kalau nak masuk selalu buat muka bajet confident. Alhamdulillah, jarang sangkut dengan pakcik guard huhu. Sebab tahun lepas restricted to 6th year student sahaja selain staff. Tapi tahun ni, nampaknya asal kita pelajar klinikal insyaAllah takde masalah nak lepas. Kafe tingkat lagi satu yang terletak di tingkat 1 terbuka kepada orang awam. Tapi harga makanannya agak berganda jugalah mahalnya. Kadang terfikir, kesiannya ahli keluarga pesakit yang datang berziarah kalau nak beli makanan buat alas perut. Terpaksa berbelanja lebih dari sepatutnya kalau nak banding dengan makanan yang sampai yang jual kat luar.

Ok cite pasal belajar pula. Round di KAUH selalunya lebih kecut perut. Secara general, KAUH lebih strict dari segi masa, kedatangan mahupun evaluation ketika round. Maklumlah kan, kita memang student dia.

Satu perkara yang saya suka sangat dengan hospital-hospital di sini adalah alunan ayat-ayat suci al-qur'an yang lazim dipasang menjadi halwa telinga baik pesakit mahupun staf. Boleh kata, bacaan al-qur'an mudah untuk kita dengar di mana-mana - dalam wad, klinik, farmasi. Tenang. Suanana di Malaysia wallahu'alam. Tapi hospital yang pernah saya pergi, seingatnya, belum pernah dengar atau belum lagi menjadi satu kebiasaan. Andailah, budaya ni belum ada di Malaysia, jom buat nak bila balik nanti. Mudah-mudahan, kurang marah-marah masa kerja, kurang jerit tengking staf paling tidak pun sebab hormat dengan bacaan yang diperdengar. Yang sakit juga, moga-moga lebih dekat dengan pencipta. Yang bukan Islam juga, apa salahnya dengar, kalau terbuka hatinya macam sirah Umar, sapa tahu kan?

Ok, untuk sahabat-sahabat sebatch yang lain, mari kita kuatkan usaha. Jom jadikan baki pengajian yang ada, tahun terbaik dalam hidup kita di sini. Jangan lupa doakan kejayaan bersama ya. Bagi sahabat-sahabat yang lain juga, kakak-kakak, abang-abang (?) adik-adik, rakan-rakan sama juga. Moga kita beroleh kejayaan yang paling cemerlang buat kepuasan diri, buat negara dan ummah seluruhnya.

Yallah bye!

3 silent voices:

Anonymous said...

assalamualaikum... tuka template lg maa...heheh

sape simpliciotto ni ek. berbelit jari nak menaip nama :)

'Aqilah Suhaimi said...

isk..isk..
kejap nye rasa..

Anonymous said...

to dr.muui >> waalaikumsalam kak :) adik-adik akk dalam ni tak sampai geng bola sepak lah kak, tak itu, ini. Tak ini, itu huhu

to kilah >> kudusmu masih ku kenang :D