Semangat betul simpliciotto (betul ke eja ni??) mewarnai SOL yang kian suram dek kerana ke'busy'an penulis-penulisnya. (Tahun 5 memang sibuk. Siapa berani kata tak sibuk??)
Simpliciotto paksa saya jawab tag ni. Maka dengan rasa paksa dan rela, saya ingin bercerita di sini.
Satu perkara daripada banyak-banyak perkara yang saya pelajari dari ibu bapa saya ialah.. 'no secret between us'.
Dari kecil, serasa saya, saya tidak pernah menyembunyikan masalah, mahupun markah, konflik atau apa saja dari ibu bapa saya. Ibu saya especially. Apa yang berlaku dan apa yang saya hadapi, pasti ibu tahu.
Seingat saya ketika kecil dahulu, memang saya banyak cakap. Dan ibu bapa saya tak jemu melayan. Jika saya berdiam, mereka akan menyedari kelainan saya, dan mereka akan membuatkan saya bercerita juga akhirnya. Oleh itu apabila pulang dari sekolah, pasti saya 'kekeringan tekak' kerana bercerita dengan ibu apa yang berlaku seharian di sekolah. (Meskipun ibu mengajar di sekolah saya). Semua saya ceritakan, bila kena puji dengan cikgu, bila kena marah, bila kena kacau, bila dapat 'surat cinta' dari budak lelaki (haha), bila gaduh dengan kawan-kawan juga. Tapi ibu tak pernah masuk campur. Saya dibiar untuk menyelesaikan sendiri masalah itu tetapi beliau tetap memberi nasihat. Hal ini menyebabkan saya merasakan 'rahsia' saya selamat bersama ibu. Saya teringat salah seorang rakan saya, ibunya datang ke sekolah kerana anaknya mengadu padanya bahawa dia bergaduh dengan rakan sekelas. Oleh itu, saya bersyukur kerana ibu saya tidak mudah melenting begitu. Apabila masuk ke sekolah menengah pula, sekembali dari sekolah, saya pasti menuju ke dapur, di mana ibu ketika pasti sedang menyiapkan makan tengahari. Seperti kebiasaannya, saya akan bercerita dengan ibu apa yang berlaku seharian di sekolah. Ibu merespon dengan baik. Itu yang menyebabkan saya rasa seronok bercerita. Ibu juga rajin bercerita dan jarang menyembunyikan apa-apa perkara daripada saya, melainkan perkara tersebut 'maha secret yang hanya disimpan oleh penyimpan mohor besar raja-raja' (hiperbola sungguh).
Namun apabila masuk ke KISAS, saya rasa sedikit kehilangan. Tiada lagi tempat untuk saya bercerita sepulangnya dari kelas melainkan jika saya menelefonnya. Tetapi jika diikutkan manakan sempat jika setiap hari saya ingin menelefonnya. Namun seingat saya, boleh kata setiap hari juga saya telefon ke rumah. Nasib baik telefon memang bersebelahan dengan dorm saya. Apabila abah dan ibu datang, mereka pasti akan membekalkan duit syiling yang banyak untuk memudahkan saya menelefon.
Apabila tiba di Jordan, walaupun tidak dapat kerap bertelefon, SMS menjadi rangkaian penghubung. Walaupun jauh, ibu pasti dapat mengagak sekiranya ada perkara yang saya sembunyikan dari pengetahuannya. Begitulah tajamnya naluri seorang ibu. Saya cukup terasa jika ibu berkata, ".. dengan ibu pun nak sorok.." Air mata boleh menitis kerana tidak sampai hati. Ya, saya tidak dapat menyembunyikan rahsia daripada ibu saya.
Ibu saya jadi orang pertama yang saya 'consult' ketika saya perlu membuat satu keputusan genting dan besar dalam hidup saya tidak beberapa lama dahulu.
Kini apabila telah dewasa, saya melihat semula kepada sepupu-sepupu saya yang masih kecil. Saya teringat nasihat ibu, "Masa anak tu kecil, biasakan bercakap dengan anak, anggap mereka macam kawan. Biarlah letih pun melayan anak bertanya di dalam kereta sepulang dari kerja, jangan sekali membantutkan percakapan anak-anak. Kerana ibu bapa sebenarnya adalah asas kepada pembelajaran dan kematangan pemikiran anak-anak. Jika dengan ibu bapa pun mereka takut bercakap, pasti di sekolah juga mereka pasif dan takut dengan guru dan rakan-rakan."
Moral of the story : Jadikan anak sebagai rakan. Begitu juga anak-anak, jadikan ibu bapa sebagai rakan. Borderless between us. Ya, inilah pengajaran berharga yang akan saya turunkan kepada anak-anak saya pada masa akan datang. Insyallah."<< (Ini ayat skema soalan ya. Saya hanya menurut perintah :p)
Walk in Titiwangsa.
14 hours ago
2 silent voices:
bakal ibu brjaya!!yeah!!
wanita peneraju ummah..(boyo..haha)
*angguk-angguk*
Lepas ni nak borak dengan anak je lah, making memories gitew haha (erk, ada anak dah ke?)
Post a Comment