10:28 AM

"Sundus"

Wajah suci setulus niat,
Pertemuan ilmu cinta tersirat,
Satu pertemuan janji diikat,
Sentiasa bersama mentajdid niat.

Tatkala sang iblis cuba menjerat,
Hati yang mekar sesekali berbirat,
Kemalasan bersarat,
Langkah kaki terasa berat,

Namun,sebesar-besar kuasa jahat,
Allah jua yang maha hebat,
Kerana ukhwah janji terpahat,
Kerana Allah niat tersemat.

Senyuman dikuntum penawar penat,
Ilmu dan ganjaran janji di akhirat,
Pertemuan di dunia biarpun singkat,
Semoga di jannah kita ditempat.

“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).Baginda juga bersabda:“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

0 silent voices: