8:15 AM

Warkah Buat Adik

Warkah buat adik


Adik…
Tolonglah dengar
Kakak tak mampu bertahan lagi
Kakak tak mampu memendam lagi…
Kakak perlu beritahumu sesuatu


Adik….
Semalam kakak sedih
Semalam kakak menangis
Semalam kakak merintih
Adik nak tahu kenapa….
Tolonglah dengar sampai kakak habis bercerita


Adik….
Selama ini kakak hanya mendengar dari mulut mereka
Tapi kakak tidak mahu percaya sepenuhnya
Mungkin mereka tersalah anggap
Mungkin mereka yang tersilap lihat


Tapi, adik tahu tak…?
Semalam kakak sedih
Kakak menangis
Kakak nampak dengan mata kakak sendiri
Kenapa adik perempuan kakak jalan berdua dengan lelaki
Kenapa adik lelaki kakak jalan berdua dengan perempuan
Kenapa adik-adik kakak jalan sekawan dengan yang bukan mahram
Kakak sedih……
Adik bagi alasan adik hanya kawan….
Kakak faham
Tapi itu fitnah adik.. fitnah…
Itu mungkar adik… mungkar…
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan syurga tempatnya, adik
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan rahmat balasannya, adik
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan berkat penemannya, adik
Bukan, adik…. bukan….


Adik…
Selama ini kakak hanya mendengar dari mereka
Pakaian adik tidak sempurna sepenuhnya
Kakak tidak percaya
Mungkin hanya seluar
Tapi biarlah yang longgar
Mungkin hanya T-shirt atau baju sejuk membaluti
Tapi biarlah yang tiada membentuk tubuhmu yang suci
Mungkin hanya tudung kecil yang menutupi
Tapi biarlah yang kau turunkan menutupi dada dan auratmu
Mereka juga beritahu, wajah mulus adik diwarna-warna dan ditambah serinya
Kakak tidak percaya….
Takkanlah adik sanggup melakukannya


Tapi, adik
Semalam kakak sedih,
Kakak menangis
Melihat sendiri adik, pakaian adik, dan wajah adik…
Adik sendiri tahu kenapa…


Adik….,
Tunggu adik…
Jangan dibuang warkah ini
Warkah kakak tiada nada tinggi marah berapi
Tapi nada sedih dan kesal yang bersarang dalam jiwa
Tolong baca sampai habis kakak bercerita…..


Adik…
Kakak bukanlah orang yang sempurna untuk menegur dan mengatur
Tapi kakak juga bukanlah orang yang rela hati melihat kemungkaran menjadi-jadi
Tolong, adik…
Tolong faham dari hati


Adik…
Kakak ingin berpesan…..
Agama itu bukan untuk dipermain-mainkan, adik….
Bukan untuk kaupersendakan
Walaupun bukan dengan tutur kata
Tapi cukup hanya dengan perbuatan dan gerak langkah,
Dengan penampilan dan gaya,
Selagi mana ia salah dan terpesong dari agama
Adik sudah dikira mempermainkan hukumNya, adik….


Adik…
Kakak menegur
Bukan menghina
Kakak menegur
Bukan dengan merasa hebat dan 'superior'
Kakak menegur
Bukan dengan takbur
Tapi kakak tegur tanda sayang
Sayangkan adik, sayangkan diri kakak sendiri,
Mari berubah adik
Mari….
Ramai yang menyokong dan membantumu


Adik…
Kakak tahu berubah itu susah
Kakak tahu berubah itu payah
Tapi, adik tahu kan…
Mujahadah itu indah
Mujahadah itu manis natijahnya
Mujahadahlah adik…
Mujahadah
Tinggalkan perbuatan itu
Tinggalkan kemungkaran itu
Allah bersamamu


Tidak mengapa, adik…
Tak mengapa..
Ambillah masa
Kakak tahu
Berubah mana mungkin berjaya dalam sehari dua
Tapi adik perlu berusaha memulakannya
Bukankah Allah melihat usaha
Lebih daripada natijahnya….?


Adik….
Kakak menegur
Kerana kakak takut
Apa yang akan berlaku pada kita,
Pada adik,
Pada kakak,
Selepas kita mati
Semasa di hadapan Tuhan nanti
Ya, adik…. ya…
Di hadapan Allah, adik
Yang Maha Mengetahui segala-galanya
Segala yang tersembunyi dan yang nyata


Tolonglah adik
Kakak tak mahu terseksa
Kakak tak mahu melihat adik terseksa
Bukankah kita semua mahu bahagia
Dalam syurga idaman kita semua….
YA…
Syurga, adik…. syurga
Apa Allah kata…?
Fauzul Kabir
Kakak tahu…
Susah …
Tapi tak mustahil
Susah…
Kerana harganya tak murah
Susah…
Kerana itulah ianya fauzul 'Azim
Kejayaan yang agung, adik..


Adik ….
Kakak menegur
Bukan untuk melepas diri
Biarlah andai teguran kakak adik letak tepi
Tapi adik jangan lupakan teguran Allah
Adik jangan lupa amaran Allah
Adik jangan sombong
Adik jangan berpaling dari suruhanNya
Kakak tiada kuasa
Tapi Dia ada
Takutlah adik… takutlah..
Mati itu bila-bila sahaja
KehendakNya


Adik….
Kakak tahu adik bukan orang jahat
Adik bukan orang tak baik
Adik cuma tengah kalah dengan nafsu
Adik tengah kalah dengan syaitan iblis yang menipu
Adik cuma terpedaya dengan dunia yang fana
Kembalilah, adik..
Kembalilah…


Adik…
Kakak menegur
Bukan membenci
Kakak benci untuk membenci
Tapi menegur kerana Allah
Bukankah itu sayang namanya


Adik tersalah langkah seketika
Kakak tegur apa yang terdaya
Kakak kalah dalam mujahadah
Adik ada di sisi menasihati
Bukankah itu ukhuwah islamiyah …..
Saling menegur, membetulkan, dan menasihati
Saling menerima dan mendengar dengan hati terbuka
Bukankah itu tanda sayang namanya…..?


Adik…
Mengertilah..
Kakak hanya menyampaikan
Suruhan dan larangan
Allah dan RasulNya


Adik….
Kakak tahu
Ada iman dalam hati adik
Kakak yakin
Ada ruang dalam jiwa adik
Jangan tutup adik… jangan
Benarkan hidayah menyapamu
Sambutlah…
Berubahlah…
Selagi ada masa…
Mujahadah,adik… usaha….
Sentiasa ada ruang untuk bertaubat
Sebelum terlambat…


Adik…
Kakak mohon maaf
Andai warkah ini mengundang benci dalam hati
Adik kepada kakak
Kakak sedar
Siapalah kakak hendak bersuara
Apatah lagi menjaga hal adik semua
Tapi kakak tak kisah
Sebab kakak tak mampu bertahan lagi
Tak mampu pendam lagi
Kesedihan yang bertimpa-timpa
Harap adik faham dan mengerti


Benarlah, syurga itu dipagari dengan onak dan duri
Neraka pula dihiasi intan dan permata, kesenangan dan keindahan dunia yang dusta
Ingat pesan kakak, adik……


-Kakak yang berharap-


Wallahua'lam

9 silent voices:

kher said...

Buat renungan kita semua bersama. mungkin apa yang berlaku ini adalah kerana apa yang kita pernah lakukan dulu? atau sememangnya ujian daripada Allah. Dan berharap ia bukannya bala daripada-NYA.

mari mulakan dengan tindakan kita mengubah diri kita.

semoga berjaya.

Fez said...

Peringatan utk adik,
Peringatan utk kita jua..

Hidayah milik Allah,
Jika hari ini hidayah singgah di hati kita,
Belum tentu esok lusa ia kan kekal.

Jika dulu, dialah yang bercakap soal tarbiah, soal ikhtilat,
Namun kini, dia kelu, membiarkan diri dibelenggu keseronokan dunia..

Keseronokan dunia hanya sementara,
Percayalah..

Bertahan sementara di dunia untuk mengecap kebahagiaan abadi di sana..

sempliciotto said...

mata tolong baca
hati jangan keras lagi
biar susah di sini
moga bahagia di sana

(amin..amin)

unta said...

amar makruf nahi mungkar tu kan macam tarik rambut dalam tepung. macam air menitik atas batu.

"42. Pergilah kamu (wahai Musa) beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayat-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku;

43. Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;

44. maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut."

(Toha:42-44)

apakah kita ini lebih hebat daripada nabi musa, dan apakah mad'u kita lebih teruk dari Fir'aun?!

Teruskan.

ishikawa said...

Al-Ankabut : 69

lobak asin said...

hmmm, sajak yang mantap dan sarat dgn mesej..leh la masuk petandingan sajak maulisur rasul PERMAI..:)..mabrook alaik!

ishikawa said...

ni bukan sajak sebenarnya...

bintang said...

salam wbt...
kak ishikawa..boleh copypaste sajak ni untuk kongsikan dalam blog?

kilah said...

hati mau kasik lembut??
sila rasa curah air panas atas bdn sndiri..
pastu,nanti,bgtau ak cmne rasanya.
sekian..
masa masih ada adik..kita masih pnya masa..percayalah!!