6:50 AM

Tips untuk menang dalam MEKAR

Saat ini pelajar Malaysia di Jordan sedang sibuk dengan persiapan masing-masing untuk memeriahkan MEKAR yang bakal bermula esok. Beramai-ramai akan berkumpul esok di Mafraq. Pelbagai pertandingan disediakan sebelum kita sama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MPPM kali ke-9.

Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk 'menang' dengan mekar dalam MEKAR esok sebelum sempat keputusan diumumkan Photobucket

"MENANG" SEBELUM MENANG ATAU KALAH

Tipsnya sangat mudah iaitu PERTAMA : mengubah aim bertanding esok bukan untuk bertanding tapi untuk menyampaikan mesej-mesej kebaikan demi Allah swt. Kita tak perlu ubah last minute apa-apa persiapan pun kerana sudah pasti setiap kumpulan yang bertanding esok, baik dalam nasyid, pentomen atau apa-apa sahaja akan menitik beratkan bahagian isi persembahan. Isi yang dipilih sudah tentu mengandungi mesej-mesej yang baik dan berguna(diambil kira dalam pemarkahan). Tambahan pula, ramai yang akan menjadi pendengar dan penonton, samada hadir untuk berhibur atau untuk mengutip pengajaran. Jadi, jika target utama kita diniatkan untuk menyampaikan mesej kebaikan maka kita dikira telah berjaya sebaik sahaja selesai persembahan. Itu kan menang namanya. Kita menang sebab kita dah berjaya mencapai matlamat kita dalam persembahan tadi.

Ada pun jika matlamat kita sekadar untuk meraih tempat pertama atau kedua maka rugilah usaha kita. Kita telah mengecilkan skop kemenangan yang sebenar. Sebaiknya, segala kepenatan dan masa yang dikorbankan untuk berlatih disalurkan ke arah dakwah kepadaNya, meski dalam keadaan kita mengalunkan nasyid nan merdu atau melakonkan gaya bisu dalam pentomen.

Tips yang KEDUA : Meringankan salam & memaniskan senyuman. Ambillah peluang keemasan untuk mengeratkan silaturahim esok bersama-sama sahabat serantau Jordan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan. Inilah sebab kedua untuk kita menang dalam MEKAR esok kerana salah satu objektif MEKAR ialah mengumpulkan ahli MPPM untuk mengeratkan silaturahim.

KITA SEMUA JUARA

Jadinya, yang tidak menjadi peserta secara langsung pun boleh jadi pemenang esok. Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk dipraktikkan esok. Jom, sama-sama jadi juara.

Buat yang berjaya dalam pertandingan pula, semoga anugerah kelebihan yang Allah berikan itu disyukuri dan dimanfaatkan ke arah perkara yang mendatangkan keredhaan Pemberi Kelebihan iaitu, Allah Taala. Bak kata Abu Faris, kelebihan itu adalah pinjaman daripada Allah swt. Boleh jadi yang dah cekap menyanyi pun boleh hilang suara atau terlupa lirik masa bertanding nanti.

Buat Abu Faris yang tersayang & sekalian sahabat-sahabat yang bakal memeriahkan MEKAR..moga penat lelah antum berlatih akan membuahkan sebuah persembahan yang berisi kemanisan kebaikan & taqwa kepadaNya.

Ya Allah, mekar suburkanlah MEKAR esok dengan redha & rahmatMu..Ameen

Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~
sabishi


1 silent voices:

kher said...

Nice tips.

benarlah apa yang dikatakan.
kita semua adalah pemenang.
dan alangkah indahya jikalau kemenangan itu diniatkan kerana-Nya. sesungguhnya itulah kemenangan yang lebih baik.

dan kemenangan yang kekal apabila kita berjaya tiba ke Syuraga AllAH.
sama-sama.

terima kasih atas ingatan.