1:05 AM

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu....

Bismillah

Terasa ingin menulis sesuatu.



"AKU HANYALAH SEBUTIR PASIR DI TENGAH PADANG PASIR....."

Pagi ini saya cuba melawat blognya.

Sebak... dan ayat di atas betul-betul meninggalkan kesan dan menyentuh hati saya...

Semua tinggal kenangan...


USTAZ ARMAN

Sebelum beliau tiba di sini tahun 2008 lalu, saya tidak pernah berjumpanya. Saya juga bukan bekas anak muridnya, tetapi ustaz ini saya kenal semasa di tahun satu pengajian perubatan di sini lagi, tahun 2004/2005 dulu. Mesti ada yang berkerut kehairanan.

"Menipulah budak ni, ustaz belum datang lagi bertugas kat sini time tu, ok! Time tu still ada ayahanda sebagai atase pendidikan sebelum ustaz datang menggantikan"

Tak mustahil, kan?

Saya mula mengenali beliau ketika itu, walaupun tidak pernah bersua muka, apatah lagi berbicara.
Tapi saya mengenali beliau melalui peribadi dan kehebatannya sebagi seorang guru yang dicanang-canangkan ahli rumah suatu ketika dulu.

Kami, 2 pelajar SMAPK, berkongsi rumah dengan 2 lagi pelajar dari SMKA Maahad Hamidiah- 2 sekolah yang dikatakan musuh tradisi berzaman, menjadi kawan karib dan membentuk ukhuwwah yang indah di sini.

Mereka, Farah dan Juiliana, sering bercerita tentang ustaz Bahasa Arab kesayangan mereka itu. Ceritera lucunya, peramahnya, dedikasinya, kadang-kadang menjadi santapan telinga kami mendengar. Kadang-kadang berkongsi juga tawa ria apabila terdengar cerita lucu yang dikisahkan.


Di Jordan ini, seingat saya saya tidak pernah berbicara dengannya. Iyalah, kita pun bukan orang-orang rasmi persatuan, bukan juga kenalan lama. Hanya pernah melihatnya beberapa kali dalam majlis rasmi. Tapi saya tetap yakin, dia seorang yang sangat baik hati dan prihatin dengan pelajar di sini. Itu yang saya dengar daripada mereka yang menceritakan.


Semalam, dia telah pergi..
Pergi bersama iman yang dibawa, dan amalan sebagai bekalan. 35 tahun bukanlah satu tempoh yang panjang. 14 tahun bersama isteri bukanlah satu tempoh yang lama. Dijemput pada usia muda, tapi saya yakin banyak amalan dan jasanya.....

Maaf, saya tiada gambarnya untuk dikongsi...


Kepada anak murid beliau, dan mereka yang pernah bersamanya...
Jika benar kita sayangkannya, jika benar kita ingin melihat dia bahagia di sana..
Doakan kesejahteraan dan keamanan dia di alam baru
Amalkan segala ilmu yang berguna yang diturunkan pada kita,
amalkan, turunkan dan ajarkan kepada yang lain...
Itulah yang menjadi penyambung sahamnya yang tidak putus-putus di alam barzakh sana


Menjadi guru....
Mudah untuk disayangi....
Susah untuk dilupakan..
Banyak kenangan..



اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ

"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."6 [1]




"Sesiapa yang menganjurkan contoh ikutan yang baik di dalam Islam, ia akan memperolah pahalanya dan pahala orang-orang lain yang selepasnya yang mengamalkannya, tanpa dikurangi pahala tersebut sedikitpun, dan sesiapa yang menganjurkan contoh ikutan yang buruk di dalam Islam, ia akan mendapat dosanya dan dosa orang lain yang mengamalkannya tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun"


Ustaz,
Semoga tenang di sana
Peringatan buat kita yang masih bernyawa
MATI ITU BILA-BILA SAHAJA
Tolong ingat, dan sediakan bekalan

Allahummaj3alna minassolihiiin...
Ameen...

Wallahua'lam


Al-fatihah.....

0 silent voices: