8:01 PM

lelaki tanpa hati

Suatu hari ada seorang pemuda yang merasakan dirinya terpisah antara kewajipan & realiti, antara iman & ilmunya dan antara ucapan lisan & penghayatan dari hatinya. Lantas dia menulis surat kepada Imam Hassan al-Banna bertanyakan penawar bagi hatinya & kemudian dibalas pula oleh ulama tersebut. Apa yang menarik adalah huraian suratnya seakan-akan menerangkan apa yang pernah, sedang atau akan tersirat di hati kita.

Dalam kita sentiasa mencari cara menjadikan hari semalam lebih baik dari hari ini, mendekatkan diri lebih rapat kepada Allah swt, melatih jiwa lebih taat menuruti iman dan mengawasinya dari setiap helah kemungkaran kita akan menemui keadaan di mana hati kita seakan-akan tidak turut serta dalam usaha fizikal kita mengejar semua ini. Kitab yang ditatap mata dan nasihat yang mencelah masuk ke telinga seolah-olah tidak sampai ke hati untuk menghidup suburkannya. Di sini, saya ingin berkongsi surat pemuda & jawapan Imam Hassan al-Banna.

Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya.
Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.

Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh.
Dia memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang.

Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?

Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja, hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

Waalaikumussalam wbth


InsyaAllah saya akan tuliskan jawapan yang dibalas oleh Imam Hassan al-Banna. Sementara itu, saya alu-alukan sebarang pendapat pembaca tentang surat lelaki ini, baik dari huraian keadaan hatinya yang 'hilang' itu atau cadangan ubat untuk menyembuhkan hatinya.

p/s-surat ini dipetik dari Nazhrat fi at-Tarbiyyah wa as-Suluk, h.107, 108.

Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~


6 silent voices:

MaUt said...

subhanAllah zai, jazakillah.. baca surat ni je buat kita nak sgt baca apa balasan IHAB.. kita tunggu..

niksifu said...

insyaAllah jawapannya coming soon..sbnrnya
surat ni ditulis berpuluh-puluh tahun dulu tapi isinya masih relevan dgn jiwa pemuda pemudi islam sekarang

ishikawa said...

kasihan si lelaki tanpa hati...
kasihan juga kita jika situasi sama sepertinya...

aina qalbik?

soalan yang susah dicari jawapannya..

(cepatla sambung puan zay...~)

ainshams said...

oo puan zay, cepatlah sambung.. tak kan nk wat edisi Nur Kasih kot..hehe

erm,sgt relevan dgn dunia skg.. sian kt si lelaki itu, tp.. alhamdulillah, hatinya masih hidup sebab dye SEDAR yg dye 'bermasalah'..
may be dye perlu spend more times bertafakur menghayati alam..relate kan dgn Pencipta..
saat mendengar burung bersiul, hati terdetik.. (sbb burung bertasbih sebut nama Allah, org2 beriman akan bergetar hatinya dgr nama Allah)

hikmah kembara said...

salam ziarah...... :)

niksifu said...

ishikawa : memang susah, pakai CT scan pun tak nampak..inilah seriusnya penyakit hati nurani sbb ada tanda tapi kdg2 tak bertemu puncanya

ainshams : bukan nak buat edisi nur kasih tapi nak buat mcm KCB, part 1 & 2 =D

hikmah kembara : ahlan wasahlan