11:36 AM

Senior naik tocang?

Bismillah

Selesai satu lagi program besar PERMAI. Tamat selepas jam 9 malam, waktu qarar yang dihadkan. Menjadi kebiasaan di sini, selepas tempoh qarar, pelajar perempuan akan dimuraqibkan untuk menjaga keselamatan.

Saya dan adik-adik siswi sedang menanti seseorang di luar dewan.

"Akak balik macam mana ni? Ada muraqib ? "
Sopan, seorang junior bertanya. Tidak pula saya kenal siapa.

Kami ketika itu 4 orang, namun sedang menunggu wanita pertama PERMAI menyelesaikan hal-hal di balik tabir selepas program menjadikan kami 5 orang kesemuanya.

"Takpe. Kami naik teksi. Takde polis malam-malam ni"

Ketika itu di fikiran saya, alang-alang dah ramai pelajar perempuan, boleh la balik sekali dengan satu teksi, walaupun had penumpang teksi hanya 4 orang, tetapi kami pelajar Melayu yang kecil-kecil ini, boleh 'squeeze' sikit untuk memuatkan 5 penumpang dalam teksi. Bahayanya cuma satu, pemandu teksi takut disaman jika ada polis yang melakukan rondaan.


Terdengar adik tersebut ketawa kecil.

"Polis...."

Saya tidak melihat ia sebagai satu perkara yang besar. Tambahan, saya sendiri terfikir, tidak mahu menyusahkan mereka, siswa junior yang ingin memuraqibkan. Kerana itu saya lebih selesa menaiki teksi bersama sahabat-sahabat lain.


Tetapi, saya terkilan, apabila ada yang menyampaikan, dia terdengar satu suara di kalangan pelajar siswa, selepas saya menolak untuk menerima pertolongan untuk dimuraqibkan.

"Ala.. dah dia senior...."

Seolah-olah maksudnya pada pendapat saya "Nak buat macam mana, kakak ni macam tak nak ikut peraturan, nak paksa pun..., dia dah senior, kita ni junior, takkan nak tegur dia pulak ".

Walhal saya tahu mereka, pemimpin-pemimpin persatuan ini, mahu melaksanakan qarar dan peraturan sebaik mungkin.

Tiada yang lain, ayat itu memang ditujukan kepada saya, satu-satunya pelajar senior yang sedang menunggu adik-adik lain untuk pulang bersama.

Saya tidak mendengarnya, jadi saya tidak tahu nada dan intonasi dialog tersebut dituturkan.
Tetapi saya terkilan andai ia memaksudkan, kesenioritian menjadi penghalang seseorang untuk ditegur apabila mekakukan kesalahan dan mungkin juga membawa contoh yang tidak baik kepada adik-adik yang lain. Ketika itu saya sedikit malu. Malu kalau-kalau dilabel atau dipandang 'slack', "dah senior, boleh buat apa sahaja", sedangkan mungkin mereka tidak tahu alasan saya bertindak menolak pertolongan mereka pada awalnya.

Saya berlapang dada. Takpelah, dah mereka ingin begitu. Kita ikut sahajalah. Akhirnya kami menaiki 2 teksi dengan seorang muraqib setiap teksi. Alhamdulillah, terima kasih.

Pulang ke rumah, saya terfikir....

Bagaimana, ye pandangan junior-junior terhadap senior-senior?

Keras kepala/ berlagak sangatkah seorang senior sehingga apabila dia melakukan kesilapan, tiada siapa yang mampu bersuara di hadapannya, sopan penuh adab menegur membetulkan?

Atau adakah di situ satu 'barrier' yang menghalang mereka bersuara ?

Kalaulah saya seorang senior yang dilihat begitu oleh adik-adik junior, saya mohon maaf.

Kalau salah tetap salah, tegurlah, anda kan pimpinan...?

Tetapi menegur pun ada adab sopan dan hormatnya, agar kami yang 'tua' ini tidak terasa ada 'kurang ajar'nya dalam tingkah laku dan tutur kata.

Cakap belakang dan sangkaan hanya akan memburukkan keadaan.

Senior atau junior, kita semua sama. Yang membezakan hanya jarak usia, tahun belajar, atau juga pengalaman. Kesenioritian bukanlah tiket untuk kita melakukan semua benda suka hati sendiri. Senior, anda jadi tauladan, contoh yang baik atau yang buruk yang junior perhatikan. Jangan keras kepala.

Bukan mahu memperbesarkan perkara kecil. Hanya mahu muhasabah diri sendiri.

(4 bulan lagi sebelum 'title' senior di sini, ditinggalkan untuk menyandang 'title' junior di hospital kerajaan)

Wallahua'lam

7 silent voices:

'Ezzah Al-Islam said...

astaghfirullah...

Pang! rasa sungguh tertampar. seolah2nya sayalah senior yg dimaksudkan itu memandangkan kadang2 rajin juga menolak muraqib atas alasan rumah di laluan cerah yg ramai orang. Bimbang menyusahkan. Ermm... moga tak disalahtafsirkan.

tq kak sara atas peringatan selaku senior. kembali bermuhasabah

ishikawa said...

hmm.. tulah.. kadang-kadang takut jugak disalahtafsirkan tindakan kita, sampai timbul pulak sangkaan dan pandangan yang kurang baik.

sebenarnya, in a way, entry ni sbagai satu clarification juga supaya tak tersalah faham, senior bukan naik tocang nak buat apa sahaja yang dia suka... tapi kadang2 tu, apa yang kita fikir tak sama dengan apa yang diorang fikir.

apa pun, no hard feelings here..

ainshams said...

jr: saya murakebkan akak yer. rumah akak kt area zamzam kan?
snr: erm, xpela..kawasan situ cerah. ramai orang lg masa ni.
jr: x pe ke kak?
snr: ok jek, insya Allah. awak pon jg diri yer.

tapi, rupe2nye, adik jr ni still murakeb smp ke rumah snr..huhu, mekaseh yer, adik jr! snr rase terharu plak.
pas smp bwh rumah, snr tuh tahankan teksi utk jr ni, kesian jr nk menapak sorang2 plak nnt.

apepon, klu nak murakeb tu, buat jek.. wpon ditolak baik oleh akhwt.
akhwt x de la nk halang smp baling2 kasut ke..(ade ke? x mungkin! hehe)

hidup bermasyarakat katenyer..eceh!

Anonymous said...

betul3!

teringat masa dulu2, bila ada seorang ustaz ni yang bersungguh-sungguh nak tolong muraqibkan akhawat kalau ada ternampak akhawat jalan malam2.. tapi kita tak pernah kena, la... kooot.. orang yang cerita..

bila dengar cerita tu, terus rasa nak berdoa, semoga anak-anak perempuan ustaz, keluarga dan keturunannya dipelihara dan dilindungi Allah, ganjaran daripada usaha dia untuk cuba menjaga keselamatan akhawat2 kat cni...

kalau ikhlas mesti Allah bagi ganjaran walau tak nampak dalam masa terdekat...

atiqahdahalan said...

oho..sy ingatkan kalo naik teksi sama2 akhawat tak payah murokib dah? hoho..

tp sy rasa, sebagai junior kita bila tgk senior2 menolak murokib, yg terlintas, "akak ni dah besar dan dah biase kat sni.." huahuahua..

adepun, satu isu jugak adalah cara kita bermurokib. mungkin permai kena keluar garis panduan lagi. yg terlebih2 pun ada, yg bermurokib tp jarak 1000 batu, smpai kalau jadi apa2 pun tak sempat murokib nak pi ligan apa yg patut pun ada.

haiz~

ishikawa said...

ehe..

ape lagi cik one, silalah usulkan pada mereka y sepatutnya...

btw, one..

"akak ni dah besar dan dah biase kat sni.."
x semua orang fikir macam tu.. huhu

niksifu said...

Honestly, saya hargai syabab yang sudi luangkan tenaga, masa & kdg2 duit(tambang) utk jadi murakib tapi kbykn akhwat pula for some reason rasa berat sebab tak nak susahkan sesapa.

Dari pihak syabab pula, abu faris kata sbnrnya sybb yang sudi menjadi murakib sbnrnya tak rasa disusahkan tapi mereka anggap itu sbg usaha yg termampu utk mereka bantu akhwat bagi mengelakkan prkr yg tak diingini berlaku.
jazakAllah khairan dear brothers & keep up your good effort.

So it ends up, both sides have good intention.

In a nutshell, everyone has their own part. So sisters,let do ours & feel free when the brothers feel like doing theirs.

p/s-terima kasih kpd murakib saya yang setia =)