4:17 PM

The essence of Surah Al-Jumuah that wakes up my sleepy eyes and mind

Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah, syukur atas rezeki ilmu yang dikurnia Tuhan. Bila sudah sekian lama tidak mencoret, rasa agak janggal dengan mainan kata sampai tidak tahu nak susun ayat macamana. Tidak tahu nak susun ayat macamana pun boleh jadi kata-kata yang dibaca, merepek sedikit. Bak kata Sarah, silalah add entry baru untuk mengasah bakat penulisan :P

Baiklah, di sini ingin berkongsi dengan satu ilmu tentang tafsiran Surah Al-Jumuah yang cukup membuatkan saya rasa, "Wah, hebatnya" Tidak pernah sebelum ini saya mendengar kupasan Surah Al-Jumuah yang begitu menakjubkan. Benarlah Al-Quran itu mukjizat, bukalah, bacalah malah ulanglah seberapa banyak kali pun, tdak pernah jemu menerpa, tidak akan kering kupasannya, malah setiap kali itulah ilmu-ilmu dan pengetahuan baru Allah singkapkan untuk hamba-Nya. Subhanallah.

Ulama-ulama tafsir moden (muta'akhirin) gemar untuk membahagi-bahagikan kaedah pentafsiran al-quran mengikut tajuk-tajuk tertentu. Umpamanya seperti akhlak yang dibawahnya termasuk memberi salam, berjabat tangan. Ataupun seperti ibadah yang di bawahnya termasuklah puasa, solat, haji dan zakat. Jika yang mendalami ilmu perubatan, ma'ruf di dalam buku-buku teks yang membahagikan tajuk-tajuk pelajaran berdasarkan sistem seperti respiratory, cardiovascular mahupun gastroenterology.

Dalam Surah Al-Jumuah, ulama telah membahagian kaedah penafsirannya kepada 3 bahagian besar mengikut ayat:
Bahagian 1 : Ayat 1-4; yang bertajukkan kesatuan sebagai kata kunci
Bahagian 2 : Ayat 5-8; menyentuh perihal kaum yahudi
Bahagian 3 : Ayat 9-11; sama seperti bahagian 1 - menyentuh aspek kesatuan

Secara ringkas,
Bahagian 1 yang dimulakan dengan ayat pertama menunjukkan common ground sifat semua makhluk Allah sama ada yang berakal mahupun tidak iaitu bertasbih memuji Allah. Kemudian disambung dengan ayat 2-4 yang menunjukkan kesatuan manusia itu letaknya pada aqidah yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w hasil wahyu yang diturunkan oleh Allah.

Bahagian 3 pula yang sangat berkaitan dengan bahagian yang pertama tadi turut meletakkan kesatuan sebagai essence of the ayaat. Penekanan diberikan kepada kepentingan untuk kita berkumpul terutamanya pada hari Jumaat, kerana itulah lambangan jelas kesatuan umat. Untuk bersatu, kita kena berkumpul dan kesatuan yang sebenar hanya dapat dicapai dengan beribadah keapda Allah. Walaupun begitu, kesatuan Islam bukan hanya terletak pada perjumpaan dan pertemuan, tetapi apabila kita bertebaran usai solat contohnya seperti yang dinyatakan dalam ayat ke-9, hati umat Islam masih tetap dinamakan bersatu selagi Allah menjadi tujuan. Dalam bahagian ke-3 ini juga terdapat ayat hukum dalam berjual beli dan sekali lagi penekanan diberikan kepada hari yang dikhususkan iaitu hari Jumaat. Jumhur ulama' sepakat mengatakan haram hukumnya untuk kita berjual beli ketika kefardhuan solat Jumaat hendak ditunaikan. Jadinya, baru saya tahu (setelah usia yang sebegini) haram hukumnya berjual beli di kedai-kedai atau menggunakan perkhidmatan teksi contohnya apabila seruan untuk solat jumaat telah dilaungkan kerana Allah telah mensucikan satu hari dalam seminggu untuk memanggil melatih hambanya bersatu sebagai satu umat. Agaknya kalau tiada solat Jumaat, entahkan dapat untuk kita lihat manusia berbondong-bondong memenuhi masjid terutamanya di Malaysia. Di Jordan, antara perkara yang saya kagumi adalah masyarakatnya yang nampak sungguhnya bergegas apabila azan dilaungkan. Muda atau tua, bilangannya masih lagi ramai yang berpusu-pusu ke masjid, bukan sahaja solat jumaat atau solat-solat hari istimewa seperti hari raya, tetapi setiap kali solat fardhu yang lima.

Kalau kita dapat lihat semula daripada 3 bahagian penafsiran yang disebutkan, cantiknya Allah nampakkan Maha Bijaksana-Nya dalam al-quran. Letaknya bahagian 2 di antara dua bahagian yang berunsurkan kesatuan umat Islam pastinya bukan satu kebetulan. Tetapi, tidak lain Allah ingin nampakkan kepada kita bahawa inilah sifat Yahudi yang kita kena sedar dan selalu sedar sukanya mereka memecah-belahkan umat Islam. Amazing bukan? Selama ini, saya tidak pernah perasan pun. Dan inilah the best part that makes me go super-wow! Subhanallah!

Sungguh terlalu luas ilmu Allah. Kupasan ringkas ini (malah terlalu ringkas saya kira) pastinya tidak dapat dibandingkan dengan dapat secara live. Kurang umph! orang kata. Moga diampunkan Allah jika ada kesalahan penulisan atau apa-apa yang menjauhkan dari maksud sebenar ayat yang hendak disampaikan. Semoga Allah anugerahkan kita dengan rezeki kefahaman. Moga diberkati usaha menjadikan diri muslim mukmin mengikut original acuan yang diharapkan. Amin

3 silent voices:

ainshams said...

salam KAK DUKTURAH hetty,
jazakillah atas perkongsian ^^

alaa..byk mende ko bley coretkan hetty, ko kan byk kisah2 motivasi yg ko bley kongsikan.. chicken soup dsb.. mantap gituh! =D

Anonymous said...

thanx kakak langit. Hanya mereka yang Alah bagi kelebihan memahami ilmu dan kalamNya mampu menafsir ayat2 Allah selari dengan kehendakNya..

sempliciotto said...

ain >> huhu, credit to original speaker. kena beljar dr ko dulu lah ain, menten gitu update blog :))

anonymous >> betul, mg smua termasuk dalam golongan yang diberi kelebihan itu, amin. huhu sinonim nm akk dgn langit :P