"And the life of this world is nothing but play and amusement"
Hidup manusia seperti roda. Kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang rumput yang indah - Hidup Ini Sederhana Kecil
Alhamdulillah hari ni genap umur Faris 99 hari. Minta maaf buat sahabat2 di Malaysia yang tertunggu-tunggu gambar Faris ni. Hajat di hati ingin membuat entry ni setelah habis pantang 44 hari tapi terlalu banyak yang berlaku sehinggalah post ni tertunda lebih 2 bulan.
Nama penuh putera sulung kami ni ialah Faris bin Amir. Ada yang bertanya kenapa nama dia pendek sangat =) ? Kami sengaja memilih nama yang sepatah je, supaya ringkas tetapi mendalam maksudnya semoga Faris mudah faham apa yang didoakan oleh setiap orang yang memanggil namanya.
Kami mohon sahabat2 mendoakan semoga Faris membesar menjadi pahlawan Islam yang sebenar seperti namanya Faris yang bermaksud pahlawan.
Khas buat family & ammu serta acik Faris di Malaysia
Ahlan wasahlan ya Faris Hari Pertama
Neonate (sekitar 28 hari)
Ketika Faris Bertasbih (^^,) .. waktu ni faris dah 2 bulan
Faris dah mula pandai bersembang & paling suka bersembang lepas mandi & lepas minum susu. (2 bulan)
Alhmdulillah 3 bulan.
Wajah ceria pahlawan kecil kami di usia 3 bulan. Kehadiran Faris menjadi tarbiyah terbesar yang saya pernah lalui dalam hidup ini.
Looking forward to share what I've been through in light of helping other first time mothers who might have the same situation.
"Artikel ini adalah sambungan daripada Pinjamkanlah Dia Sebagai Suamiku 1. Khas buat sahabat yang bakal melayari bahtera perkahwinan tak lama lagi. Wish I could be there."
Ijab kabul adalah lafaz keramat bagi setiap pasangan yang bertunang untuk melangkah ke alam rumahtangga. Suatu akad yang mengiktiraf seorang lelaki sebagai suami, seterusnya memiliki segala hak istimewa seorang isteri ke atas dirinya. Begitu juga bagi seorang wanita, akad nikah adalah perjanjian yang meletakkan dirinya pada tempat yang mulia dan selayaknya mendapat perhatian dan keutamaan seorang pemuda bernama suami. Inilah juga saat di mana perasaan cinta dan sayang dapat diluahkan tanpa batasan syarak yang membatasi hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi. Rasa syukur dan gembira tak terkata kerana telah tiba masanya melalui detik bahagia menghidupkan impian indah untuk hidup bersama. Inilah keajaiban lafaz akad nikah.
HAKIKAT MEMILIKI
Keasyikan melayari detik indah alam perkahwinan mampu melupakan kita kepada amanah lain yang dipikul sebelum berkahwin. Contohnya sebagai seorang daie, anak, adik, sahabat dan lain-lain lagi. Amanah sebagai suami/isteri yang diterima selepas ijab kabul tidak menggantikan amanah yang lain tetapi menambah amanah yang sedia ada. Kita masih terikat kepada semua amanah ini kerana ia adalah taklifan daripada Pemilik Hakiki yang memilki kita, pasangan kita dan sekalian alam iaitu Allah Taala.
Seperti seorang khadam yang perlu mengutamakan perintah tuannya sebelum memerhatikan suruhan orang lain, begitu jugalah kedudukan antara kita dengan Allah Taala. Hak Allah dan suruhanNya wajib diutamakan kerana kita makhluk yang dimilikNya. Ini termasuklah taklifan dariNya untuk kita berlaku adil dengan semua amanah yang dipikul sebelum atau selepas berkahwin.
Justeru, pemilikan yang dirasai seorang suami dan keutamaan yang didambakan seorang isteri tidak bersifat mutlak kerana pada diri keduanya terdapat hak-hak lain yang perlu dilunaskan. Kenyataan ini mudah diterima akal rasional seorang muslim tetapi hakikat berdepan dengan realitinya lebih mencabar.
SEBELUM BERKAHWIN
Sebelum berkahwin, saya pernah terbaca artikel Ustaz Hasrizal yang bertajuk Erti Sebuah Perkahwinan. Dalam artikel tersebut, ustaz ada menulis,
"Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan."
Pada saat membaca artikel ini, saya berkata kepada diri saya bahawa saya akan merasa senang mempunyai seorang suami yang gigih menunaikan amanahnya sebagai hamba Allah dan tidak nampak sebab yang memungkinkan saya menghalang beliau berbuat demikian.
SELEPAS BERKAHWIN
Saya lebih memahami maksud tulisan ustaz selepas berkahwin. Alhamdulillah saya merasa bersyukur dan gembira dikurniakan seorang suami yang sentiasa berusaha gigih melaksanakan semua amanah yang dipikulnya tetapi saya juga sudah memahami perkara yang memungkinkan saya menjadi penghalang beliau.
Sudah menjadi fitrah setiap jiwa yang bercinta untuk sentiasa mendampingi insan yang dicintainya maka perpisahan akan mengundang rasa resah dan derita. Jika sebelum berkahwin, hakikat perpisahan itu lebih mudah diterima kerana jelas terdapat batasan syarak yang mewajibkannya, namun selepas berkahwin keadaanya berbeza. Nafsu akan menuntut kita meminta suami sentiasa berada di sisi dan mengutamakan kita melebihi segalanya.
Kita boleh terperangkap jika terlupa bahawa hakikatnya si dia hanyalah pinjaman di dunia, kita tak memilikinya secara mutlak sehingga mampu menuntut sesuatu yang bukan selayaknya bagi kita. Justeru si suami masih terikat dengan hak yang lebih utama dilaksanakan, iaitu terhadap Pemilknya yang sebenar. Bila iman memujuk hati untuk memahami hakikat pinjaman ini maka hati akan lebih berlapang dada untuk merelakan perpisahan yang meresahkan demi sebuah perjuangan kerana Allah Taala.
Inilah hikmah memahami bahawa suami/isteri tetap sahaja pinjaman bagi kita walaupun telah diikat dengan akad perkahwinan.
MEMELIHARA PINJAMAN
Ketika Aina meminjam pen Ilya, dia bersetuju untuk menjaganya dengan baik, begitulah juga adab kita tatkala Allah mengizinkan hambaNya dipinjamkan sebagai pasangan hidup kita. Ia bukan suatu yang remeh, bukan juga sekadar memuaskan hati sendiri, tetapi ia nikmat yang beserta dengan pertanggungjawaban. Baik suami atau isteri, keduanya perlu menjaga hak pasangan tika waktu suka atau sebaliknya.
Syaitan yang memperdayakan insan sebelum berkahwin untuk melakukan maksiat atas nama cinta, tidak berhenti 'bekerja' selepas pasangan tersebut berkahwin. Setelah berkahwin maka matlamat tipu dayanya adalah untuk melahirkan benci & perpecahan rumahtangga yang dibina. Apabila tipu dayanya berjaya, pasangan akan mula menzalimi satu sama lain lalu terlupa si dia bukan miliknya untuk disakiti sesuka hati. Rasulullah juga pernah berpesan tentang perkara ini:
"Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia kecuali berkata hurun `ain (bidadari-bidadari syurga) yang bakal menjadi isteri si suami di syurga: "Jangan engkau menyakitinya. Qatalakillah (moga Allah melaknat kamu!) , Sesungguhnya dia di sisimu hanyalah sebagai tetamu dan sekadar singgah, hampir-hampir dia akan berpisah denganmu untuk bertemu dengan kami(di akhirat)."
(HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah no. 204. Berkata penulis Bahjatun Nazhirin: Sanad hadits ini shahih, 1/372)
Sebaliknya, ketika berlaku salah faham, masing-masing perlu mengambil masa untuk bertenang sebelum mula berbincang untuk menjernihkan keadaan. Jika kita terpengaruh dengan emosi yang keterlaluan maka sama sahaja dengan menurut hasutan syaitan. Redakan rasa tidak puas hati dengan mengenang kembali segala pengorbanan dan kasih sayang pasangan kita dan banyakkan berdoa kepada Allah kerana cinta yang ada dalam hati ini adalah milikNya.
Banyak cara untuk kita kenangkan kasih sayang pasangan kita pada waktu tegang mahupun ketika berjauhan. Contohnya, saya akan memainkan salah satu lagu yang dihadiahkan Abu Faris kepada saya, yang bertajuk "Zawjati" nyanyian Ahmad Bukhatir.
Terima kasih kepada Abu Faris yang sentiasa membuat diri ini terasa istimewa meskipun dalam kesibukanmu menunaikan segala amanah yang terpikul di bahumu.