6:47 PM

saya dan sekolah

Bismillah..


Teringat dialog yang berlaku antara saya dan seorang sahabat, si A tentang pengalaman pertama persekolahannya..

S : eh, *****, ape perasaan ***** bila masuk darjah satu ye dulu-dulu?

A : Ntah, aku biasa-biasa je, tapi aku tak nangis la..

S : Haah, kite pun tak nangis jugak masa first time masuk darjah satu dulu.

bla.. bla.. bla..



ceeee.. masing-masing pun tak nangis, agaknya dua-dua pun suka bersekolah. Perbualan kami berlanjutan hingga masuk cerita pengalaman di tadika..


S : masa baru pindah ke taman Universiti dulu, kite yang beria-ia sangat mintak mak ayah carikan tadika, agaknya ter
influenced dengan kakak ngan abang kiter yang dah sekolah dan tadika. (masa tu baru umur 4 tahun, teringat masa sama-sama naik kereta dengan mak ayah mencari-cari tadika di taman perumahan yang baru itu). Masa umur kita 6 tahun, mak kita masukkan adik kita pulak (umur 4 tahun), tapi sekejap je.. adik kite tu asyik nangis je, tanak gi tadika la tu.. (abesla kalau adik kite tau kite cite pasal dia dalam blog ni.. sorry, addin!). Kita ingat lagi masa umur 6 tahun, kelas kita kat atas, adik kita kat bawah, tetiba kawan kita bagitau adik nangis, kita pun terus turun bawah (cikgu tak masuk kelas lagi rasanya masa tu). Sampai bawah, nampak adik tengah nangis, kite yang konon-konon berjiwa kakak masa tu terus nak dukung adik kita, konon-konon nak pujuk dia la (macam larat je.. budak 6 tahun dukung budak 4 tahun, macam ape je ). Tak lama lepas tu adik kita berhenti tadika.. sampai umur dia 6 tahun rasanya, mak kita carikan tadika lagi- Tadika AnNuur. Mula-mula dia pun nangis jugak, tapi lama-lama alhamdulillah boleh je teruskan. Masa majlis penyampaian hadiah tadika dia, mak kita tak tau pun dia dapat hadiah, sampailah bila mak kita baca buku cenderahati tu tetiba nampak nama adik kita dalam senarai penerima hadiah, no. 2, terkejut mak masa tu.. (iye lah, budak tu pun mula-mula kurang tunjukkan minat nak pergi tadika belajar, agaknya suka la tu duduk umah, main je)


A : Masa tadika dulu, aku ingat ada sorang kawan ni siap boleh cakap lagi dengan cikgu, "Cikgu, esok saya tak datang, esok saya demam!" (hahaha..
we both burst into fits of laughter). Aku dulu tadika kat masjid, (mesti tadika Islam ni, pakai tudung semua.. comelnye), ada sorang kawan aku ni selamba je datang tadika kadang-kadang tak pakai tudung.. (haha.. budak-budak..). bla..bla.. bla..




Bercerita tentang alam persekolahan dulu memang menyeronokkan. Bagaimana kita memulakan langkah-langkah pertama sehinggalah melangkah ke alam universiti ini. (tapi saya tidak merasa sangat berada di alam universiti, rasa seperti masih bersekolah lagi..)


Alam persekolahan yang penuh dengan keseronokan, tawa ria, suka duka memang menggembirakan. Kali pertama menjejakkan kaki ke darjah satu, ditemani ayah dalam kelas, (masa pendaftaran je rasanya), saya tidak menitiskan air mata. Saya suka sekolah! (sekarang....?) Tapi bila semakin membesar, kadang-kadang timbul rasa malas terutama selepas bercuti walaupun hanya cuti hari Sabtu dan Ahad. Setiap kali tiba hari Isnin, kepala saya ligat memikirkan apa perkara yang
best hari ini, yang boleh menggalakkan saya ke sekolah dengan penuh semangat. (yelah, baru lepas cuti, rasa nak duduk rumah lagi). Selalunya hari Isnin, semasa perhimpunan mingguan, pihak sekolah akan mengadakan sedikit penyampaian cenderahati dan hadiah untuk pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan atau peraduan yang dibuat di peringkat sekolah. (rasa macam banyak je yang cikgu-cikgu selalu buat) Saya dididik oleh ibu untuk sentiasa involve dengan aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan. (hari-hari menca-pubku zaman dulu-dulu), maka setiap kali tiba hari Isnin, hati rasa tak sabar ke sekolah kerana ternanti-nanti acara tersebut (berdebar tunggu keputusan satu, tak sabar ambil hadiah satu.. macam komfem je dapat hadiah).




Motivasi! Ya, saya terfikir, walaupun saya suka ke sekolah, kadang-kadang rasa malas timbul juga. Saya ke sekolah kerana saya suka, tapi apabila saya malas, apa yang meng
induce saya untuk meneruskan langkah ke sekolah? takut ibu bapa marah kah? Saya terfikir, sama ada saya sedar atau tidak saya telah membina satu motivasi dalam diri ketika itu, walaupun rasa malas datang menerpa. Saya cuba berfikiran positif, memikirkan perkara yang menyeronokkan yang ada di sekolah untuk menghilangkan rasa malas lantas menukarkan perasaan itu menjadi suka semula!


Kita semua perlukan motivasi dalam diri terutama ketika ada perkara yang manghalang diri daripada melakukan sesuatu. Ketidakupayaan kita dalam membina motivasi dalaman menyebabkan kita gagal meneruskan sesuatu perkara atau gagal membina minat dalam sesuatu perkara. Saya teringat ketika kali pertama menyertai
tournamanet taekwondo ketika darjah tiga. Saya pulang ke rumah dengan perasaan hampa kerana gagal meraih sebarang pingat. Perasaan sedih, hampa ditambah dengan larangan ayah untuk menyertai lagi sebarang tournament selepas mengetahui kecederaan saya ketika tournament tersebut (kat mulut je pun, bukannye ape..) membuatkan saya berhenti daripada menyertai sebarang acara seumpama itu sehinggalah tamat darjah enam. Ketika ada jurulatih yang menggalakkan saya menyertai semula acara tersebut, saya menggunakan alasan "ayah tak bagi.." bagi mengelakkan diri daripada terlibat.

Sebenarnya saya silap! Alasan "ayah tak bagi.." , baru kini saya rasa hanyalah untuk menafikan perasaan takut dalam diri untuk menyertai lagi
tournament seumpama itu. TAKUT! Saya gagal untuk membina motivasi dalam diri untuk menangani masalah takut, takut gagal, takut kalah, takut berhadapan lawan dan sebagainya. Adalah tidak adil untuk saya meletakkan kesalahan di atas bahu ayah.. "ayah tak bagi..", walhal saya sendiri yang membina perasaan TAKUT dalam diri. Saya sedar, jika betul-betul saya berani, saya pasti akan cuba pujuk ayah sedaya mungkin untuk menyertai semula acara tersebut. Lagipun ayah bukan sekeras mana... Sayalah yang bersalah! Saya menunggu masa yang agak lama sehinggalah sekolah menengah, sedikit sebanyak perasaan takut itu mula saya atasi. Malah sewaktu ke tournament, ayah sendiri yang menghantar saya ke tempat pertandingan. Pulang pula bukan dengan tangan kosong... Terima kasih ayah! Binalah keyakinan dalam diri....


Hidup perlu bermotivasi! Pengajaran telah Allah Taala letak di mana-mana. Hanya kita yang telah dikurniakan akal fikiran perlu bijak dan prihatin, mengambil pengajaran sebagi tauladan dalam hidup seharian. Jadikannya sebagai satu pembakar semangat dan motivasi untuk kita teruskan langkah-langkah dalam kehidupan. Setiap insan Allah kurniakan kelemahan untuk diperbaiki untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan menjadikan esoknya lebih baik dari hari ini. Allah dengan rahmatNya, telah menurunkan sendiri buku motivasi untuk kita- Al-Quran Yang Mulia. Sudahkah saya dan anda manfaatkan sepenuhnya?!


Saya katakan semua ini bukanlah bererti saya seorang yang setiap hari bermotivasi, bersemangat. Banyak lagi kegagalan dan kelemahan yang belum saya atasi kerana kurangnya motivasi dan keyakinan dalam diri. What I write does not reflect who I am, instead the way I WANT to be... Saya ingin hidup bermotivasi! Semoga berjaya hendaknya......



Wallahua'lam

6 silent voices:

Anonymous said...

asyik cik tiara je yang rajin menulis. mana penulis-penulis yang lain? mana kebersamaan?

methinks --> adakah sangat sibuk dengan meeting?

maut --> adakah sudah maut??

me&only --> adakah hidup anda hanya untuk 'me&only' saja, tak mahu memberi ke?

niksifu --> sibuk jadi cikgu ke?

jangan marah...kalau terasa, itu tanda hati masih hidup.

Anonymous said...

ishh...ishh... kan ke lagi baik kalau kita husnu zon...

ntah2;

methinks tu memang betul2 sibuk dgn meeting (meeting dengan famili),

maut sedang zikrul maut, bukan ke itu tuntutan drpd mengandaikan ka'maut'an maut,

me&only sedang sibuk melengkapkan dirinya untuk memberi (walaupun realitinya me&only telah terlalu banyak memberi, tp mungkin belum lagi dizahirkan melalui cara blogging),

niksifu memang sedang sibuk menjadi cikgu, memikirkan tentang permasalahan masyarakat, yang mungkin lebih besar drpd berblogging...

mengapa hanya 4 pelajar sekolah sahaja yang di highlight kan?

adakah tiara, fez dan muui terselamat?...

jangan marah...kalau terasa, itu tanda hati masih hidup.

Anonymous said...

terima kasih kak muui..

yang lain bukan tak nak menulis, mungkin dalam draf lagi, belum di publish..

Anonymous said...

uiks dia kenakan balik?

salah satu cara untuk husn uzon ialah dengan bertanya.

4 orang saja yang dihiglightkan tidak bermakna yang lain terselamat. cuma pada ketika tu takde idea camne nak kenakan dengan nickname masing-masing.

tiara --> sibuk kumpul duit nak beli proton tiara/rantai mutiara ke?

muui --> dah tunang dengan mawi ke?

fez --> erm...takde idea

sekadar pertanyaan. no offense. mintak maaf segala salah silap. ramadhan dah dekat, tak baik marah-marah.

Anonymous said...

kami semua xmarah...nabi pun ajar untuk menahan marah...

terima kasih bertanya...

salam nisfu syaaban

Anonymous said...

harap2 penulis-penulis lain mendapat motivasi daripada provokasi encik umar atas tu